Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label babbling heart. Show all posts
Showing posts with label babbling heart. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Bersatu kita teguh!

Assalamualaikum


Lamanya tak mencoret di sini. Dah 6 hari PRU13 berlalu tapi di laman sosial facebook masih hangat lagi isu ni. Sudahnya terpaksa la mak hide orang-orang yang memualkan. Hari isnin lepas mak ada buat draf pasal PRU13 tapi nampak gayanya macam malas je nak publish. Takut pemes lak blog ni nanti. Huhu.. Tetiba pagi ni mak jumpa status yang best, yang isinya lebih kurang macam yang mak kupaskan dalam draft tu. Sila baca sini Aery Hussaini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10151907655409689&id=814664688&refid=17



Bacalah dengan hati yang terbuka. Jangan Pro mana-mana. Guna akal untuk berfikir.. Isu ketelusan SPR pun ramai petugas spr yang dah cerita flow sepanjang proses pengundian sampai kira undi. Pergi cari kat facebook tu. Baca dan nilaikan.



Macam ada yang kata, "Malaysia boleh. Macam-macam boleh jadi". Ok! Kalau macam tu, jangan menunding jari sebelah pihak je. Benda-benda yang dituduh tu boleh jadi pihak yang menuduh punya angkara juga. Kebarangkaliannya 50-50 juga. Tidak ada yang mustahil. Entah-entah yang rocket punya angkara nak lihat melayu berperang sesama sendiri. Oh! Ada berbaur perkauman disitu. Mak tidak menyokong perkauman sebab mak akui bangsa cha ya nun alif ni lah yang banyak menyumbang ekonomi Malaysia. Mak sendiri pun berurusan dengan mereka dalam perniagaan mak. Tetapi kita kena lebih berhati-hati. Pergi buka buku sejarah, baca pasal Singapore dan 13 Mei. Mak memang grade C sejarah. Tapi bila isu ini dimainkan semula dalam internet dan laki mak yang pandai sejarah explain baru mak paham.



Kita sebagai orang Islam mesti nak pemimpin kita Islam. Sedih bila ada Islam yang pilih pemimpin bukan seagama hanya kerana menyokong parti tertentu. Sebab tu mak pernah buat status "undilah sebagai muslim, bukan berdasarkan parti" something like that. Melayu, islam bersatulah! Jangan sampai kita merempat di bumi sendiri.







Yang sudah tu sudah lah. Redha dengan ketetapan Allah.



“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)


Ingat tak rukun iman ke-6? Kalau tak boleh terima qada qadar macam mana tu?


Apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan. Jangan menoleh kebelakang, rancang kehidupan yang lebih sempurna untuk anak cucu akan datang.



Kepada pihak yang menang, sila teruskan berbakti kepada rakyat dengan adil. Sedikit Sama Dirasa, Banyak Dibagi Rata. Tunaikan segala janji dan manifesto anda.  Mohon pemimpin memimpin isteri ke jalan yang diredhai Allah, insyaa Allah yang tak pilih pun akan pilih.


Kepada pihak yang tewas, ada masa 4-5 tahun lagi untuk pancing undi rakyat. Apa kata tunaikan dulu janji dan manifesto yang ditaburkan di negeri jajahan kalian. Insyaa Allah akan terbuka hati yang lain untuk memilih.



Kalau ikut hati mak ni, banyak betul benda nak tulis pasal pru. Lagi-lagi bila baca status kat facebook tu. Tapi malas nak layan. Paling tidak pun mak menceceh kat laki mak. Nanti dia sambung dengan hujah-hujah dia. Yang peliknya, kedua-dua pro-bn dan pro-pr sibuk update itu ini, share itu ini sepanjang masa. Korang tak kerja eh? Ke makan gaji buta? Hahaha


Ok! Dari entry ni nampak sangat tak mak ni belah mana? Hehehe~~


Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, March 6, 2013

Dilema!

Assalamualaikum

short entry just nak minta pendapat kalian.. (kalau la ada yg baca)

Lagi 21 hari Arsyad akan 1 tahun dan ada appointment untuk cucuk setahun. Aduhhh.. Dulu masa Azhad pun ada baca pasal vaksin ni juga tapi pergi cucuk juga. Sekarang ni baca balik, rasa tak nak cucuk. Tapi hubby mesti suruh cucuk juga. Dah bagi dia baca pasal ingredient vaksin ni pun dia tak peduli..


Perlu ke vaksin? Lagi banyak baca lagi takut. Tapi kalau tanya pengamal perbuatan mestilah diorang suruh amik vaksin. Errmmmm. Serious takut tersalah membuat keputusan.


Vaksin ni ada side effect. Mungkin tak ramai yang kena, tapi kalau terkena tak boleh berpatah balik.


Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambaMu ini.


OZ friends, kat sana berapa banyak kena cucuk bagi baby bawah setahun ye? Mind to share?


Thanks

Saturday, February 9, 2013

Shaklee Idaman Ibu Malaya

Assalamualaikum


Kebelakangan ni ada beberapa orang rakan facebook yang inbox UNC. Tapi bukan untuk beli barang. Kalau inbox minta like gambar anak masing-masing join contest dah selalu sangat. Tapi kali ni saya terima inbox daripada pengedar-pengedar shaklee.. Well, mesti dah tau sebab apa kan..


Sekarang ni kalau kat facebook tu tak kira la personal account or UNC, kalau tengok news feed tu, mak aaiiii.. Semua orang eehhhh ramainya manusia jual shaklee.. Yang asal usul salasilahnya jual barang baby sudahnya jual shaklee juga.. Dari situ saya tahu permintaan shaklee memang tinggi dan mungkin boleh jadi salah satu hot produk.


Sebelum ni ada beberapa orang customers yang datang kedai bila tengok arsyad yang bambam akan tanya, "baby minum susu apa?" Saya jawab, "Susu ibu." "Oh u ada jual shaklee?"



budak tembam


Lihat?


Kalau letak di kedai saya pasti boleh jual kerana dengan ada anak yang bambam, mesti akan menjadi testimoni terbaik!


TETAPI


Saya bukanlah pengamal supplement shaklee.. YE! Saya memang pernah beli trial set hampir dua tahun yang lalu, rujuk ENTRY INI. Tapi saya ni jenis makan tak tentu masa, apatah lagi nak makan vitamin or supplement. (Kalau tak, tak kan la hb rendah je sewaktu mengandungkan arsyad..) Jadinya bila selalu tak makan, jadi membazir. So saya memang tak teruskan lagi.. Itu la pertama dan terakhir saya beli.


Ini membuatkan saya berfikir. Boleh tak saya jadi pengedar Shaklee walaupun saya tidak makan supplementnya. Ala orang bukan tahu pun. Bila tanya jawab je ye, tiru testimoni orang lain untuk rujukan.. Boleh je kan. Janji masyukk.. Huhuhu



budak ni pun membesar dengan sihat. cuma tak tembam je..


Tapi, saya ada sebab kenapa tidak mahu menjualnya.. Selain dari saya tidak makan, ada sebabnya.. Insyaa Allah.. in next entry.. bila ntah next nya. hehehe

Saturday, September 8, 2012

No 3 Is Ready To Be Baked?

Apakah?

Arsyad is only 5 months. Not even has his solid food. And of course im not ready yet!


Ya Allah. Kami merancang. Kau juga merancang. Sesungguhnya perancangan Kau adalah yang terbaik. Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu.


Cannot imagine if it is true!




Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 10, 2011

Air Asia OH Air Asia!!!

Assalamualaikum


Stress!! Tension! Tapi yang lebih tepat SEDIH!!!


Semalam sekelip mata je habiskan RM150+ kat Air Asia.. memula dah YEAY!! Siap dah berangan macam-macam lagi. Tak lama lepas tu teringat something, then check balik!!


OMG!!!


Memang confirm akan BURN lah tiket tu. ARGHHH!!!


Sebabnya, saya dah berjaya tempah tiket ke Langkawi pada 24 Oct - 26 Oct 2012. RM150+ untuk 3 orang. baby dalam perut tak masuk lagi, dah lahir nanti baru beli lain.. kira murah la tu kan. tapi MALANGnya apabila 26 Oct itu merupakan HARI RAYA HAJI!!!! Tension i!! Dah la next year turn balik Kelantan. Kalau balik kg i harus la i dont mind since raya haji kitorang biasa-biasa je. lagipun dekat, nak balik kg tu anytime.. So berendam la air mata ni. Eh! Takde la berendam pun, mengalir sikit je. Dah la kepingin sangat nak ke Langkawi, dah dapat tiket boleh lak clash macam tu.


Suatu ketika dulu..



Sedih! Fikir punya fikir memang takde jalan keluar. Kalau call Air Asia tak kan dia nak layan punya! Redha dalam keterpaksaan je la. Pengajaran! Lain kali check calendar dulu. Memang dah check tapi check time cuti sekolah je. Tak nak time cuti sekolah, confirm penuh. Tak teringat langsung pasal raya haji..


Nasi dah jadi bubur. Bagi mengubati kekecewaan ini akan ku pujuk hubby ku untuk ke Cameron on the way back dari Kelantan nanti. Huhu..


Kalau raya haji tak jadi or di lewatkan/awalkan sikit tak boleh ke??? Huhuhuhu


Ok la. Chow chin chow dulu..


Saturday, August 20, 2011

Luahan Hati

Assalamualikum


Just nak share some situations

Bila azhad makan/minum coklat, ada yang berbunyi "abis lah aktif azhad nanti"


Bila ada yang cakap dalam sebulan lagi tegap la azhad berjalan, ada yang jawab
"abis la penat ko nanti"


Bila azhad suka cakap guna bahasanya, ada yang cakap
"ada budak tu dah besar cakap bahasa dia je"


Dan yang cakap tu adalah orang yang sama.


Sungguh annoying rasanya. Macam lah anak i tu pasif sangat! Ingat kalau anak i tak makan coklat tak aktif bermain ke? Kalau jalan jatuh-jatuh tu tak boleh buat sepah? Kalau masih tak reti menyebut tak boleh bercakap ke?


Tengok apa dia buat?




Orang masuk dapur, dia masuk gak. Sudahnya keluarkan segala benda dalam almari untuk dibuat main. Eh, kalau anak i tak lasak takde la i kurus kering macam ni. Berat sekarang dah 43kgs je. Berat masa menengah rendah rasanya.


Pasal bertutur, doakan lah semoga semuanya baik. Tak payah nak bagi orang risau. Normal la budak cakap pelik-pelik. Kalau yang terus pandai menyebut tu kelebihan Allah beri padanya. Tapi kalau tak pandai gilap tak jadi orang jugak!


So cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarlah. Satu, dua kali orang terima. Masuk tiga kali orang menyampah!

Daa~~

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, July 21, 2011

I'm Back!

Assalamualaikum


Its been a while..
banyak benda nak cerita tapi ada masalah dengan email gmail
lepas satu, satu ujian yang datang
Alhamdulillah finally dapat juga account gmail balik
tapi FB JOS tak dapat nak diselamatkan
terpaksa la create account baru, dengan nama baru

semoga ALLAH tambah rezeki kami dengan ujian ini..


ehhh.. mesti ada yang tertunggu-tunggu entry terbaru, kan
almaklumla boleh buat bahan ngumpat sesama sendiri
or lebih tepat nak ambil tahu je.. huhu


till then, sehingga bertemu lagi


daa~~~

Friday, May 20, 2011

Family In Law ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum
macam hape je tajuk!!


Dag Dig Dug!!!


InsyaAllah malam ni family hubby dari Kelantan akan sampai di rumah ni..
22 mei Fahmi register di UPNM
dah alang-alang tu, satu kampung family turun KL
bila tahu diorang nak datang ligat la kepala ni fikir nak masak apa
almaklumlah.. saya ni bukan pandai masak!
kalau masak pun memang lauk yang saya suka je iaitu sambal
kalau takde sambal memang tak sah!
kang kalau masak sambal ada yang tak makan pula..
kalau hubby sorang boleh la belasah je..
hubby seperti mengetahui kerunsingan ku
akhirnya mengeluarkan kata-kata
yang bermaksud, hubby yang akan masak!
YEAY!!

ok2.. check list!

sapu rumah -done
mop rumah -done
cuci toilet -done
cuci towel & cadar -done
lipat kain -done
kemas dapur -done

ada apa-apa yang tertinggal tak?
harap-harap everything goes well..
takut nanti ada berbunyi
"tak kerja tapi rumah bersepah jugak!"
kekekeke


daaa~~~

Saturday, May 14, 2011

Blogger.Com Ke Laut

Assalamualaikum


Rasanya semalam seharian blogger.com ni sengal!
Pagi ni buka tengok-tengok entry yang saya scheduled untuk publish semalam takde!
Tu OK lagi!
Yang lagi hampeh, comment kat entry Azhad 1y5d, BMI critical? pun ghaib!
Ingatkan upgrade makin ok..
Rupanya ke lautttt


Ke ada setting lain yang saya kena betulkan?
Tapi comment kat entry lain ada je..
ERRMMM


Siapa kena macam saya??



Thursday, March 31, 2011

Yang Mana 1 Pilihan Hati?

Assalamualaikum..


Lately ni kejadian laptop hubby shut down sendiri amatlah kerap dan merungsingkan. bukan sebab kerja yang tergendala. tapi takut kalau asyik shout down improperly nanti jahanam laptop ni. tak pasal-pasal kena ganti baru pulak!


Jadinya, saya ni pun berkira-kira sama ada nak beli laptop baru. tapi hari tu masa on the way dari KL ke JB, hubby ada sebut pasal blackberry. hubby cakap kalau guna blackberry senang. kalau travel pun boleh online lagi. boleh check email, boleh balas comment or message di FB. almaklumlah. saya kan kerja bisnes online.. bila difikir-fikir betul juga. lagi-lagi bila laptop ni mula buat hal. lagi lah rasa macam nak beli blackberry je..


So saya pun survey la. line apa yang ok. sekarang kan semua line mobile phone ada package untuk blackberry ni. smart plan lah. itu lah. ini lah... bla bla bla.. bila dah godek-godek pasal blackberry ni jumpa lah android, ipad, iphone.. model-model ni banyak yang screen besar..


salah satu model yg saya suka. sebab screen besar.. :p


Tapi saya masih belum buat keputusan lagi sama ada nak beli salah satu daripada gadget ni. atau repair je laptop hubby then teruskan menggunakan laptop. tapi tu la kan, bila keluar jalan-jalan susah nak online. sekarang ni kalau travel jauh-jauh saya akan pindahkan sim card broadband masuk dalam handphone sony. so boleh la online. tapi tak syok sangat sebab screen kecil..


ini dia model phone yg dah berbakti selama hampir 3tahun. sebaya dengan marriage kami..



Pasal line pula, paling murah sekarang Digi. tapi takut pula kalau line Digi tak ok di kawasan rumah saya. macam line maxis dan celcom. padahal duduk tengah bandar..


So kalau ada sebarang pandangan mengenai gadget dan line phone ni amatlah dialu-alukan.. sebab saya ni agak buta IT sekarang. tak berapa nak follow pasal perkembangan dunia telefon ni..


owh ya.. entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. sebab sememangnya kalau saya jadi beli mana-mana item tersebut haruslah saya beli hutang. mana nak cekau duit beli cash.. huhuhu


till then.. daa..

Tuesday, March 15, 2011

Berdua Lebih Baik!!

Assalamualaikum...

Entry sependek yang mungkin.

just nak share bahawasanya sekarang saya sendirian bersama azhad..
malam ni malam ke-2..
hubby di Ayer Keroh menghadiri kursus..
kursus apa? ha.. yang ini kita tak tahu..
SUDAH!!
jangan merepek..


hubby akan berada di sana until friday.
friday petang tu boleh bergerak pulang untuk berjumpa isteri tercinta dan anak tersayang.
psss.. apa beza cinta dan sayang??


kalau siapa-siapa boleh terangkan beza cinta dan sayang PLEASE leave comment..


my heroes



lepas tu saja nak ek (action)
saya suka bila hubby takde..
jarang jumpa orang macam saya kan... huhu


bila jauh macam ni la baru wujud perasaan rindu
bila jauh macam ni la baru rasa sayang.. or cinta?
bila jauh macam ni la baru tahu menghargai



tapi yang lagi bestnye..


bila sendiri macam ni saya tak payah terkejar-kejar nak masak
huhu.. dasar pemalas..

serius!!!
korang takkan jumpa orang macam saya!!


ok la



good night all...

ps: hidung ketat je.. kepala pun weng je. jangan la sakit. sian azhad nanti..


Saturday, February 12, 2011

Makan Gaji Vs Kerja Sendiri: Need Ur Opinion Guys..

Assalamualaikum





PENING!!

Macam yang korang tahu, sekarang kami dah berhijrah ke Kuala Lumpur semula. so peluang pekerjaan kat sini lebih terbuka luas. masa di KK tu diorang nak orang Sabah juga sebab takut kita Cha Alif Bot, so bila dah balik KL ni, alasan tu tak boleh digunakan lagi. Tapi saya hadapi sedikit conflict.. nak kerja atau buat bisnes online sahaja atau kedua-duanya..


MAKAN GAJI

Yang BEST
- income bulanan TETAP

Yang TAK best
- work pressure
- kena bangun awal, balik belum tentu pukul berapa
- bagi orang lain jaga Azhad
- balik rumah penat nak kena masak, kemas etc


BISNESS ON9

Yang BEST
- boleh bangun dan tidur suka hati
- boleh jaga Azhad sendiri
- takde work pressure

Yang TAK best
- income bulanan tak tentu
- risiko tanggung rugi


MAKAN GAJI & BISNESS ON9

Yang BEST
- income MASYUUKKKK

Yang TAK best
- pressure & penat BANYAK


Kalau tengok pro and con tu macam lagi bagus buat bisnes on9 je. tapi rasa macam sayang lak belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap, tapi end up keje sendiri je. apa yang kepala hotak ni pening kepala sampai nak pecah masa belajar dulu macam sia-sia je..



OK! Kalau saya makan gaji, perkara utama yang perlu difikirkan adalah AZHAD!!! 9 bulan Azhad hanya minum susu cap gantung tanpa bantuan botol susu, so how dia kena pandai guna botol susu dalam masa sebulan?? Memang dia boleh minum guna sudu, cawan dan botol muncung itik. tapi kalau nak tidur harus la nak minum susu juga, kan. Selagi tak kenyang memang tak boleh tidur. tapi kalau dah kenyang boleh je dodoikan sampai tidur.. OH! itu kalau dengan ummi dan abi azhad. kalau dengan orang lain saya tak boleh jamin!



Kenapa sebulan?

A friend of mine email inform that department dia nak guna NA ~stand for Naval Architect.. memang tak cakap bila, tapi kalau dah beritahu nak guna macam tu i guess ASAP la kan... selewat-lewatnya sebulan la kot.. or boleh minta 3 bulan? kalau kita ni bekerja boleh la minta notis 3 bulan. ni tak kerja, takkan nak cakap sebab nak practice anak menyusu botol.. huhuhu...


so what say u?


opss.. FYI, income bulanan bisnes saya buat masa ni lebih dari separuh gaji hubby.. lebih sikit je tak banyak.. cukup la buat bayar PTPTN, bagi mak ayah, bayar hutang, simpan sikit dan roll modal balik..


please advice guys.. pendapat anda amat-amat dihargai.. muaxx..


Sunday, January 16, 2011

Jatuh Katil LAGI

Anak korang pernah jatuh katil? Apa perasaan korang masa amik baby tu??

PERGHH.. sure sedih + risau..


Azhad?? BANYAK kali jatuh katil. mula-mula tu tak jatuh ke lantai terus. ada jatuh dalam bakul sebelah katil. ada jatuh dari tilam ke katil. ~boleh refer entry ini..

yang betul-betul jatuh dari atas katil ke lantai 4 kali KOT.. tu yang saya ingat la... yang latest ni pagi buta tadi.


biasanya saya takde la risau. bukan tak risau, tapi risau sikit je. tapi incident pagi tadi memang betul-betul buat saya risau dan sedih. sebab baru 1, 2 hari lepas azhad jatuh. ni jatuh lagi. lepas azhad berjaya dipujuk dan ditidurkan oleh abi dia, mengalir air mata ni. risau dan takut if apa-apa yang tak diingini berlaku. long term effect.. minta-minta dijauhkan lah..


jatuh semalam tu gara-gara ummi tidurkan azhad, tapi ummi yang tidur dulu. azhad tak tidur dan main sorang-sorang.. sudahnya jatuh kat hujung kaki katil.. lepas ni tidur bawah je la. daripada jatuh manjang..


semoga azhad sihat selalu..

Saturday, January 1, 2011

New Year with Tears!

Mood sedih.. lama tak nangis!!

I ended my 2010 and started 2011 with tears.. alone!!! ~hubby ada dinner new year


"Ya ALLAH, Kau laknatlah mereka yang mengambil hakku.. Kau lipatgandakanlah rezekiku menggantikan apa yang telah mereka ambil"



nangis sambil peluk tidurkan Azhad. "semoga rezeki yang dalam dakapanku ini Kau pinjamkan sehingga akhir hayatku"





Wednesday, December 29, 2010

Pendek Rezeki

Bila sebut pasal pendek rezeki apa yang terlintas dalam kepala korang?





Bila tengok gambar di atas apa yang biasa kita dengar? 'lelaki lebih rendah dari wanita, murah rezeki' betul ke statement tu? errmmmm.. rezeki ada di mana-mana yang penting usaha. rasanya statement tu wujud sebab tak nak pasangan tu kecil hati kot.. ye la orang confirm mengata punya! huhu.. lari topic sudah!!


Nak share pengalaman saya membeli-belah online last week.. perkataan biasa.. huhu


OK! saya ada jual benda alah ni.. ada la amik sepasang kat azhad.. tetiba dah lama, teringat nak pakaikan azhad, kaisah dan azief baju yang sama ni... tanya kat member yang supply baju tu memang sold out.. so, google punya google jumpa la few blog yang masih available. ada yang jual RM30/pc, beli 2 pun tak kurang so confirm la saya REJECT!!! huhu.. sebab saya dah tahu harga modal segala.. gila kedekut owner tu tak kasi kurang.. huhuhu


then ada la blog ni, saya sms on saturday pkl 2 lebih.. dia cakap nanti dia confirmkan.. fine! ku tunggu.. sampai ke malam takde feed back. so ku sms la balik.. dia cakap nanti dia confirmkan. pastu tanya kalau ada, saya nak ke?? of cos la nak kalau dah beria sms tanya kan.. hari ahad menjelma.. senyap sunyi je minah ni... saya sms lagi.. tapi dalam masa yang sama google lagi, kot-kot la dapat cari yang murah lagi... ntah macam mana jumpa lak satu blog ni yang GILER murah dia jual baju tu.. RM23/pc.. saya pun tak berani nak letak harga tu.. huhu.. saya pun apa lagi email la.. nak sms dia tak tinggal phone no lak.. tapi maklum la.. kalau beremail ni lambat la sikit..


tengah excited tunggu respond email, minah ni sms cakap barang dah ready dan suruh buat payment segala... masa tu isnin petang dalam pkl 1! saya senyap sunyi.. hati dah serba salah. sebab dah jumpa yang lagi murah! tapi memang tak sms minah ni. tengah berkira-kira lagi..


keesokan harinya, yakni selasa dalam pkl 2 gitu minah ni sms tanya, jadi ke tak beli baju tu.. ok! saya faham kalau sms tanya jadi ke tak ni. tapi ayat yang tak boleh tahan, "kalau tak jadi cakap je la. jangan MENYUSAHKAN ORANG"


wah... sedapnya bahasa ko!! terus la saya sms kata dia pendek rezeki. dari orang nak, terus tak jadi.. kalau ye pun tak boleh ke tanya elok-elok.. kalau ada kesulitan masa nak amik stock tu tak boleh ke cakap baik-baik so kita akan consider balik untuk amik dengan dia. sebab masa tu saya memang belum decide lagi.. lepas je dapat sms dari minah budiman tu terus la saya buat payment kat mamat blog lagi satu tu.. tak ke namanya pendek rezeki tu.. macam mana la dia berniaga kalau baran macam tu ek... saya ni berniaga gak.. selalu je orang cancel order.. siap dah tanya macam-macam, minta book itu ini.. at last cancel. tapi takde la nak maki hamun orang.. redha je la dah bukan rezeki kat situ....


sebelum ni saya amik barang ngn my sifu, selalu order dengan dia, selalu cancel jugak. tapi dia tak pernah cakap kasar pun. siap kitorg boleh sembang macam dah lama kenal padahal tak pernah jumpa pun.. akak tu memang mesra alam, sebab tu rezeki dia murah.. ni kalau dengan customer nak naik angin tak tentu fasal memang tolak rezeki la jawabnya...


ermmm.. minta-minta saya dijauhkan la dari sikap macam tu..


eh.. nak tahu ke baju apa yang saya beli untuk azief dan kaisah?? tunggu mama papa diorang upload dan tag. tak pun, tunggu bulan 3 nanti la kot.. tu pun kalau azhad masih muat pakai dia punya...


kalau korang ada pengalaman berurusan dengan kedai online yang hampeh macam ni boleh la share...


salam

ps: yeaY!! malaysia menang piala AFF.. jumaat ni cuti umum.. entah kenapa saya sangat excited padahal tiap-tiap hari pun saya cuti.. huhuhu

Friday, October 1, 2010

Tak Kenang Budi

Hi all..


Pagi-pagi berblog walking, terjumpa la satu entry ni, tajuk best!!! Dasar budak tak kenang budi.. tetiba teringat kata-kata tu pernah ditujukan kepada saya oleh seseorang.. Tapi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya apakah budi dia terhadap kami..


Nak kata dia pinjamkan duit masa saya extend study di UTM dulu, tak juga.. ~extand lebih baik dari tak graduate langsung.. :) Kenduri kahwin saya bukan dia hulurkan bantuan pun.. Errmmm.. apa ye.. mungkin dia selalu mendoakan kejayaan kami kot.. apa-apa pun terima kasih kerana mengajar kami erti hidup.. trust no one but yourself..


ps: en hubby akan terbang ke KL hari ini untuk menghadiri kursus di Lumut. will be back on 11 Oct.. tinggal la daku sendiri dengan Azhad comei..

Related Posts with Thumbnails