Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 22, 2008

Histeria

Jumaat yg lalu saya bersama suami terchenta telah pergi menonton wayang bertajuk Histeria di MBO Melaka.. ceh skema giler.. huhu.. sy tiba kat Melaka dlm 2120 gk la.. tunggu mr hubby kat Melaka Central smpai pkl 2210 gk.. B drive dari Lumut ke Melaka.. sesampainya B kat bus stand tu ktorg terus ke MBO Ayer Keroh... hajat di hati nk tgk wayang kat Dataran Pahlawan ke.. Mahkota Parade ke.. sbb sblm ni dah tgk kat MBO kn... tp apakan daya B tak berapa nak taw jln ke sana.. drpd sesat buang ms n minyak adalah lebih baik ktorg ke MBO je yg pastinya dah taw nk ke sana.. ktorg tgk movie tu tygn pkl 1130 mlm.. smbil2 menunggu tu smpt gk snap gmbar..

kesayangan hamba yg kepenatan

mrs crocodile yg sudah lusuh... kena gnti baru ni B

para pelakon Histeria.. grab from somewhere..

SINOPSIS FILEM HISTERIA(also grab from somewhere.. tp ada yg dah edit)
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Ladies, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Enam pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Pergila tengok ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.


Antara scenes dlm Histeria


Reviews: pelakon utama semua pendatang baru tp lakonan dorang boleh dibanggakan gk~sbgai plkon baru.. kemunculan pelakon2 yg ber pengalaman sprti M Rajoli, Vanida Imran, Adlin sgt la sedikit... dr segi jln cerita.. mmm ok la mudah difahami.. make up mcm teruk sbb nmpk sgala jerawat.. ye la bdk skola takkan nk make up tebal2kn... myt2 disolek mmg nmpk real... keseluruhannya boleh la layannn... sblm terlupa.. babak yg digembar-gemburkan sblm ni.. bab kissing lesby nih.. ada je scene tu tp sgt la sekejap.. tu pn tak la kiss btol2.. si Zeta tu yg nk kiss Alissa tp Alissa smpt alihkan muka dia. tak taw la kalau dah potong scene tu.. ke mmg mcm tu je.. xkn la dorg nk kiss betol2kn.. sanggupkah mereka..



so gi la tonton dan sokong la industri hiburan malaysia... huhu..

No comments:

Related Posts with Thumbnails