Tuesday, December 23, 2008

Cicakman 2-Planet Hitam

Sabtu lepas ktorg layan Cicakman 2 lak.. bwk Maman skali.. sbb dah janji ngn dia lama dulu... n msih lg menonton di MBO.. layan je la..

otw.. B wore new present yg xsmpt nk bungkus.. huhu
kena ugut br nk amik gmbr ngn org.. ngn org lain bkn main lg..
penat jln2 smntara tunggu tygn at 6pm
ms utk menonton.. lmbt tol msuk panggung.. pnt dah tunggu ni
pas abis tgk movie maman main game.. ditonton oleh kami..
mr hubby beli beg kanak2.. hehe
enjoy the show smntara tunggu mr hubby beli beg..



SINOPSIS CICAKMAN 2: PLANET HITAM (creadit to budiey)

Profesor Klon kembali untuk meneruskan rancangannya menakluk Metrofulus di dalam filem sekuel ini. Profesor Klon yang berada di dalam persembunyian bawah tanah, merancang plan Planet Hitam, untuk mengawal bekalan air mentah di Metrofulus.

Melalui plan Planet Hitam, beliau berjaya mencemar bekalan air di kota tersebut dan meminta Presiden Metrofulus, untuk melepaskan jawatannya. Hairi pula berdepan dengan musuh terbarunya, Rrama, seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Profesor Klon untuk menghapuskan musuh-musuhnya.

Pada waktu yang sama, Hairi juga berdepan dengan masalah peribadinya iaitu sukar mencari kerja lantaran beliau mempunyai tanggungjawab untuk membanteras kejahatan di Metrofulus. Rrama bukan sebarangan musuh lantaran beliau gemar membunuh dan menganggap setiap tugasannya sebagai satu seni.

Tangkas dalam ilmu mempertahankan diri serta berhati batu, Rrama merupakan penjenayah paling hebat pernah berentap dengan Cicakman. Dan Rrama bukan satu-satunya masalah yang perlu dihadapi oleh Cicakman kerana superhero ini juga dihantui oleh Ginger Ghosts yang mahu membalas dendam atas kematian mereka.

Hairi juga perlu berdepan dengan masalah emosi dengan kehadiran Tania yang bertugas sebagai wartawan untuk mencari identity sebenar Cicakman. Kehadiran Iman, seorang gadis buta di dalam hidup Hairi, menambahkan lagi dilemma di dalam diri Hairi. Apabila Rrama menjadikan Iman tebusan untuk memerangkap Cicakman, Hairi sedar bahawa dia sekali lagi perlu berkorban untuk menyelamatkan orang yang dia sayang, juga menegakkan keadilan di Metrofulus.

Namun, mampukah Cicakman menandingi kekuatan dan kebolehan dua penjahat – Rrama dan Profesor Klon yang sudahpun melengkapkan diri dengan senjata kebal bagi menandingi cicakman?

Scenes yg tedpt dlm movie nih

Reviews: tak best sgt.. boring je sbb lama sgt. almost 2 hours citer ni... pastu teknik CGI (betol ke?) terlalu kartun.. x nmpk real. tak best... part 1 better lg... persoalan.. nape kena amik pelakon indon. Tamara (Rrama) tu indonesian kn.. sbb nk market kat sn ke... mcm ni punya quality baik tak yah market kat ngra lain kot. sbb terlalu kartun.. just my 2sen...

Monday, December 22, 2008

Histeria

Jumaat yg lalu saya bersama suami terchenta telah pergi menonton wayang bertajuk Histeria di MBO Melaka.. ceh skema giler.. huhu.. sy tiba kat Melaka dlm 2120 gk la.. tunggu mr hubby kat Melaka Central smpai pkl 2210 gk.. B drive dari Lumut ke Melaka.. sesampainya B kat bus stand tu ktorg terus ke MBO Ayer Keroh... hajat di hati nk tgk wayang kat Dataran Pahlawan ke.. Mahkota Parade ke.. sbb sblm ni dah tgk kat MBO kn... tp apakan daya B tak berapa nak taw jln ke sana.. drpd sesat buang ms n minyak adalah lebih baik ktorg ke MBO je yg pastinya dah taw nk ke sana.. ktorg tgk movie tu tygn pkl 1130 mlm.. smbil2 menunggu tu smpt gk snap gmbar..

kesayangan hamba yg kepenatan

mrs crocodile yg sudah lusuh... kena gnti baru ni B

para pelakon Histeria.. grab from somewhere..

SINOPSIS FILEM HISTERIA(also grab from somewhere.. tp ada yg dah edit)
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Ladies, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Enam pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Pergila tengok ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.


Antara scenes dlm Histeria


Reviews: pelakon utama semua pendatang baru tp lakonan dorang boleh dibanggakan gk~sbgai plkon baru.. kemunculan pelakon2 yg ber pengalaman sprti M Rajoli, Vanida Imran, Adlin sgt la sedikit... dr segi jln cerita.. mmm ok la mudah difahami.. make up mcm teruk sbb nmpk sgala jerawat.. ye la bdk skola takkan nk make up tebal2kn... myt2 disolek mmg nmpk real... keseluruhannya boleh la layannn... sblm terlupa.. babak yg digembar-gemburkan sblm ni.. bab kissing lesby nih.. ada je scene tu tp sgt la sekejap.. tu pn tak la kiss btol2.. si Zeta tu yg nk kiss Alissa tp Alissa smpt alihkan muka dia. tak taw la kalau dah potong scene tu.. ke mmg mcm tu je.. xkn la dorg nk kiss betol2kn.. sanggupkah mereka..



so gi la tonton dan sokong la industri hiburan malaysia... huhu..

Thursday, December 18, 2008

perut yg sakit

waduh2...
semalam alami kesakitan pd perut tahap maximum
rs mcm nk terberanak je... oppsss x prnah beranak lg mane taw rs nk beranak.. huhu
tp mmg sgt sakit la....
pg semalam bgn subuh elok je.. tak rs ape2 pn..
pastu bgn n mandi dlm pkl10 start rs sakit...
mcm msuk angin je tp sblm ni tak lak sakit mcm tu
nk urut ngn minyak angin, minyak lak tertinggal kat umah
minyak yg ada hnyalah minyak cap kapak yg dah abis..
waaa... sgt sedih..
tiada siapa utk diraih simpati ketika sakit mcm tu
family jauh, suami lg la jauh..
terlantar tidor je spnjg ari..
bygkan tengahari yg panas tu tido selubung ngn selimut..
rs sgt sejuk.. mcm demam je
tp bdn tak pns pn....
something wrong somewhere la...
tp bgn2 je bdn pns.. sekejap je la...
bergolek2 menahan sakit je spjg ari
mlm ari gagahkan diri gk la gi kedai beli minyak n mknn..
satu ape pn tak msuk perut lg..
sakit gk perut bila terhentak...
nk jln pn tak leh tegak.. kena bongkok n jln slow2..
sesuatu kn...
nk gi klinik tp... mcm tak berbaloi je..
paling2 pn dr bg ubat.. huhu.. mls la..
hingga skrg pn sakit lg perut... cuma kurang la ckit...
msh tak dpt dipastikan lg apakah puncanya kesakitan ini
nk kata masuk angin, 2,3 arini makan je...
salah mkn kot.. mmm... get well soon myself...

Saturday, December 13, 2008

Los dan Faun

Selasa lepas ktorg kuar ke Mid Valley tgk Los Dan Faun.. dah la penat travel jauh2 tak hilang lg.. smpai KL je kena gi kursus kat PJ... mlm mr hubby ajak tgk wyg.. so ikotkan je la sbb the next day B nk blk Kelantan blk.. tiket ktorg pkl 1130 mlm..

dinner at McD


luv this picture.. maman taw je ktne gmbr ni di amik

surrounding at the cinema.. ramai gk manusia time tu..

msuk awl tp lmbt giler start.. smpt posing.. huhu


Synopsis about the movie.. credit to
Los dan Faun

Los (Hans Isaac) and Faun (Adlin Aman Ramlie) are two childhood friends who come to Kuala Lumpur to make a living for themselves. Together they have a gift for deduction which helps people find their misplaced belongings.
They soon become well-known and are seen on tv.


Recently bereaved Jasmin (Erra Fazira) sees an ad for their services on TV and hastily calls Los and Faun to garner their services. When her super-rich husband Tuan Soffar (Afdlin Shauki) died, his very expensive watch went missing, and she needs their help to locate it.


Los and Faun visit Jasmine and find that she is very beautiful, living alone in a huge house of luxury, and fighting off Tuan Soffar’s younger step-brother Jefri (AC Mizal), who claims that some of her inheritance belongs to him.

Faun, struck by Jasmine’s beauty, tries to make some deductions about the whereabouts of Soffar’s watch, but to his and Los’ chagrin, finds that his powers are strangely affected by Jasmine’s presence.



review dr ktorg.. citer ni mmg best.. mmg ktorg rekmen kat semua tgk citer ni.. sgt2 berbaloi.. karya Afdlin mmg tak pernah mengecewakn.. keep a good work bro!!!

Friday, December 12, 2008

Antoo Fighter-Amukan Drakulat




si comei Scha

Synopsis-credit to
Antoo Fighter

Antoo Fighter@Penentang Jembalang merupakan sebuah kumpulan pemusnah Antoo bawah tanah yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Setiap 60 tahun, 5 manusia akan dipilih untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman puaka zon.

Sekumpulan Antoo dari zaman dahulu kala yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy telah kembali mengganas setelah terlepas daripada kurungan, Antoo-antoo ini telah mengembara ke Kuala Lumpur untuk meneruskan misi mereka yang belum tercapai. Drakulat telah menawan kota untuk dijadikan markas operasi mereka. Amukan Drakulat telah membawa kekecohan kepada ibu negara sehingga berada dalam keadaan tidak tentu hala.

Dalam pada itu, tugas sebenar Drakulat ialah untuk membebaskan Lord El-Sharon, bapa syaitan dari neraka zion. Pembebasan Lord El-Sharon dapat menyatukan dunia dan dimensi nerakanya. Drakulat perlu mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan dara suci Delyla. Darah korban itu adalah kunci segala mentera untuk Antoo-antoo ini menguasai dunia.

Kehadiran semula Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din dan beliau mewasiatkan cucunya Pohjee untuk menjado pewaris Penentang Jembalang alaf baru.

Reviews from us: Tak byk yg nk di citerkan pn.. just watch by urself.. for me citer ni boleh la... utk buang masa.. mmg tak kena pk ape pn.. just watch n laught.. cuma.. mmm.. for us (hubby n me) perlu bykkan adegan gado2.. ni tak, gado ckit je dah menang.. mcm tak berape menarik je.. but its ok la.. 1 perubahan dlm indsutri perfileman malaysia.. x la asik2 cita cinta n jiwang je.. smga movie kita lebih berkembang...

ke-4.. ke??

Dah lama berlalu cuma masa je tak mengizinkan nk mem'blog' psl bnda ni..

Psl ape?

Mmm.. psl kepulangan mr hubby ke semananjung 3 minggu lepas..


Seperti dirancang, 26112008 B smpai kat KLIA pada 1230pm.. saya dan abg GG gi amik kat sana.. pertama kali jejak kaki kat KLIA ni.. mcm jakun lak.. huhu..

bnda alah ni ada kat KLIA.. papan kenyataan psl KLIA. unik kn..
diumumkan ketibaan LT Yusairi TLDM.....
Ktorg terus balik umah pastu. rehat, mkn2.. ptg tu jgk ktorg gerak ke Melaka.. mulanya ingt nk balik esoknya je tp tak jadi.. B nak gi UPNM amik transcript degree dia, jd dah alang2 tu ktorg terus la blk kg.. ada org merajuk tak dpt ikot blk kg.. kacau daun je la.. huhu.. ktorg smpai kg mlm dah menjelma so tak ke mane2 la.. utk makluman, saya berjaya pinjam keta abg GG dr 26 hingga 30hb. lama kn.. huhu.. terima kasih daun keladi.. ;)


Hari berikutnya, 27hb ktorg kuar gi Mahkota Parade.. tujuan utama adalah nk tgk wayang cerita Antoo Fighter tp tak tercapai sbb takde tayang kat c2.. dok cari panggung sekitar situ tp tak jupe.. ape lg talipon abg tnya la.. dia ckp ade kat dpn Jusco.. ktorg yg buta jln ni berpandukn papan tanda je la cari Jusco.. dan Alhamdulillah tnpa sesat jupe gk. tgk Antoo Fighter kat MBO Melaka Mall.. abis je filem tu terus blk, tp singgah Masjid Al-Azim jamak Zohor dan Asar.. pengalaman pertama solat kat situ tuh.. pastu ke Tesco beli lauk.. byk gk beli belah mcm nk dok c2 lama je..


on da way ke bndar Melaka.. senyum la cyg

nk blk dah ps tgk Antoo Fighter..


esoknya Jumaat 28hb ktorg kuar mlm.. nk naik cruise tp tak jupe.. ada ke ktorg jln dr tmpt bgn merah tu nk ke Taman Rempah. jauh tu... dah separuh jln ktorg patah blk.. tp smpt la bergambar tepi2 jalan tu sbb cantik mlm dgn lmpu2...masa dlm perjalanan blk ke kereta ujan lak turun.. kuyup gk la ktorg sbb mls nk tunggu ujan yg mcm lmbt nk berenti..

ada org tumpang buang hajat kat cni.. huhu
cantikkan bangunan nih.. abaikan yg 'kedepan' tu.. huhu
garang la konon..


Sabtu , 29hb kwn saya ketika di Mrsm Muar kawin di Batu Pahat.. ktorg gerak dr umah agk lewat.. rancangnya kuar pg tergendala. dah tu tak cari hadiah lg so agk lewat la smpai kat sana.. dgn sesatnya lg.. ye la org tu salin peta pn salah. tp nama kg je slh.. tp yg sengalnye takde papan tnda ke umah pengantin.. kwn2 yg nk kwin lain kali letak la papan tanda ok. sng ckit org nk cari.. smpt la jupe Piah n Nazeem.. yg lain2 smpai awal dah chow..


saya with pengantin, Dilla

ktorg balik Melaka lalu jln lama.. smpai kat Melaka jupe lak papan tanda ke Taman Rempah. jadi dah alang2 tu ktorg terus gi je la.. dgn berbaju kurungnya.. mcm perempuan melayu terakhir gittew... x koser.. huhu.. mula2 mak ckp nk blk kg sbtu ingt nk ajak mak, ayah n sumer yg blk gi skali. tp disbbkn dorg tak jd blk ktorg pergi ber2 je la.. tiket naik cruise tu berharga RM5 utk org dewasa, kanak2 RM3 kot.. xingt lak.. perjalanan 45mnt pegi balik.. ok la kn.. tak mahal.. berbaloi gk la.. huhu..

dr bgnn ni la ktorg jln ari sebelumnya tuh.. jauh kn
yeay

30hb, Ahad ktorg gerak blk ke KL.. smpai umah dlm pkl 2 kot. B blk Lumut mlm tumpang Din dan saya terus ke umah akk mlm tu..

Spjg dok bersama tu ktorg dpt la rs dok ber2 mcm org dah kwin yg lain.. slama ni dok jauh je. klu jupe pn kdg dok umak akk. dok ber2 ni ada la main msk2.. tp B yg msk saya hanya membantu smbil blja..
stick daging, ayam, nasi goreng, sandwish~ni je yg mampu sy buat sndri dll..wuuu.. malunya x pndai msk.. xpe msh byk ms lg..

Sebelum terlupa.. saya dpt adiah dari mr hubby. sbnrnya B dah btaw nk beli cuma tak taw bentuk ghupenye mcm mane je.. huhu.. rantai kristal dr Sabah.. byk gk B beli brg dr Sabah, brg perhiasan utk umah ktorg nti, frame ayat2 suci utk mak, kak iza, ma, kak ja dan kak da..



kejutan dr B beli kat Sabah. cantikkan... mhl ni.. huhu


Adiah utk B?? da beli tp tak smpt nk bungkus.. nk kena tmbh sesuatu lg tp tak taw ape..


Utk ari2 yg diabiskan bersama kali tu B ckp itu adalah bulan madu ktorg yg ke-4.. mm bila ms lak yg ke-2 dan ke-3 eh??


katanya:
ke-2 ms saya ke KK utk kali ke-2
ke-3 ms keluarga saya ke Cameron Highlands raya aritu
ke-4 kat melaka sbb ktorg ber2 je kat umah tu

mmm... leh kira cmtu ke??

Perjalanan jauh yg lama

Hello.. kali ni nak cite pengalaman perjalanan terlama~buat masa ni yg melebihi 12jam..

JB-Muar-Gua Musang-Tumpat

Saya dr JB ke Muar ari Jumaat. bus spttnya pkl 130ptg tp mcm biasalah lmbt. pkl 2ptg baru bas jln. smpai Muar pd 4ptg. Muar masih seperti 8 tahun yg dulu..
tak byk yg berubah.. ~terkenang saat2 outing.. waaaa.. bestnya zmn ittew.. smpai je terus gi makan kat Medan Selera Bentayan..
mkn mee bandung yg sedap.. ada telur, seketol udang, 2,3 ketol daging yg liat~ini adalah salah satu alasan mengapa saya tidak berapa gemar daging dan lain2..
dok mkn smbil lepak2 tepi sungai tu smpai pkl 445ptg. pastu jln2 kat Astaka smbil tunggu Pn Faulina blk keja.. mlm tu tgk tv smbil bergosip ngn Fau. biasala pompuan kn.. haha.. adik Fau, Norli pn ada. dia br smpai mlm tu gk..

Esoknya dlm 930pg ktorg berempat, Fau n husband, Norli n me ke bus stand Muar anta Norli yg nk blk Pontian. pastu terus ke tmpt yg dituju, masuk hiway Tangkak smpai Sg Besi dlm ms sejam stgh je.. ms ni jln lengang je.. dah msuk Gombak jln makin sesak.. perghhh.. byk tol keta menghala ke Kelantan.. al maklumla raya org kelantan kn..
perjalanan dr KL-Gua Musang yg sepatutnya amik ms 5jam jd 9jam lebih. ada la 2 kali berhenti. mula2 kat Petronas kat Bentong. mkn tgari n solat kat c2.. nk msuk toilet pn beratur punya pjg.. pastu benti kat Benta. pastu ktorg meneruskn perjalanan tnpa henti kecuali ms isi minyak kat mane tah…

Mr n Mrs Irwan kat Petronas@Bentong

Sampai kat Gua Musang dlm pkl 930mlm n mr hubby amik kat dpn simpang msuk kg husband Fau. dorg ajak singgah tp tak sempat sbb dr Gua Musang ke Tumpat amik ms 3jam gk.. tp ktorg smpai umah slpas 5jam lebih iaitu dlm pkl 3pg sbb ujan n keta byk, singgah amik Firdaus ngn Syapik kat hospital n pandu lalu KFC. waaa.. inilah rekod paling lama saya menaiki kereta iaitu slama 17jam.

Tumpat-Lumut-KL

Ptg raya aji dlm pkl 4 lebih ktorg dah gerak blk dr Tumpat. Saya, Mr Hubby, Farid dan Marzuki (kwn B) ke Lumut dulu utk anta adik B n mber B.. ni pertama kali saya ke Lumut dr Kelantan. lalu jln Grik.. sebelum ni pernah ke Lumut ikot rombongan Cik Kiah dr UTM.. huhu.. ktrog smpai kat Lumut dlm 11 lebih.. x sempat nk berhenti lama sbb perjalanan masih jauh..

siput ditgh jalan di Lumut.. ada kwn B ckp tu kacang.. huhu
Kuar dr Pangkalan TLDM Lumut ktorg benti kat bndar Lumut utk melepaskan hajat, dan makan nasi yg Kak Ja bekalkan.. pastu ktorg meneruskan perjalanan. ms tu dah tengah malam.. mata dah tak leh tahan.. mr hubby pn dah ngantok. msuk je highway kat hentian pertama terus berhenti n tido.. ms tu saya mmg dah terlelap.. tak sedar pn bape lama tido. lg skali terjaga B tgh drive n lelap balik. pastu tersedar ms B berhenti lg.. ktorg smpai umah pkl 6lbh.. smpai je rumah msing2 terus tido sbb saya ada kursus pkl 9 pg tu.. mlm tu baru taw rupa2nya ms berhenti mula2 tu ktorg berhenti 2jam dr pkl 2 smpai pkl 4.. ptt la lambat smpai. pdhal Lumut-KL leh smpai dlm 3j je.. dan perjalanan blk dr Tumpat-Lumut-KL adalah kedua paling lama, mengambil masa selama 14jam.

yg kesiannya kat B sbb hrp je ade member laki tumpang tp tak leh drive.. sian B kena drive lama n jauh... saya?? tak yakin nk drive keta manual yg tak power steering di mlm ari.. tp pompuan logik la.. laki?? musykil sungguh..

Wednesday, December 10, 2008

Aidil Adha 1429

Selamat Hari Raya AidilAdha/ Haji/ Qorban

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Oleh kerana sekarang ni masih dlm suasana raya Qorban, sehingga esok (13 Zulhijjah) pun masih boleh buat Qorban lg, jadi kali ni nak cerita pengalaman raya Qorban kat Kelantan buat pertama kalinya.

Org ckp raya Haji kat Kelantan meriah.. tp rasanya tak lah meriah sgt sbb org kuat family B yakni Ma masuk ward. oleh itu takde ape yg istimewa pn dari segi juadah. cuma pengalaman tengok proses sembelih dari awal hingga abis je la.. dari lembu tu berak2-cuak punya psl smpai segala isi perut lembu tu dikeluarkan..

saat lembu pertama ditumbangkan

selamat di Qorbankan.. suami saya yg berbaju oren ittew..

darah memancut kuar..

alamak.. darah kena my hero la..


yea.. lembu ke-2 berwarna coklat n ke-3 warna itam

lembu kaler coklat smpt melabur.. takot la tu.. huhu
wow.. gagah perkasanya dia..
episod melapah daging utk dibahagikn..

ada berani??

mr hubby with adiknya, Farid tolong melapah daging

ini adalah daging lembu pertama yg telah dilapah.. byk woo
Tahun ni Kak Ja amik 1 bahagian, Ma pun amik 1 bahagian. bahagian Kak Ja RM260 dpt 13kg~lembu 1st, gemok ckit, Ma punya RM250 dpt 8kg~lembu ke-2, kurus ckit.. beza RM10 tp daging beza dlm 5 kg. byk beza tu..

Ape yg lainnya sambutan Raya Qorban kat Kelantan:
-Sembelih lembu kat umah org yg terima tempahan.. rasanya la, tak pasti umah sape.. tp yg pasti bkn kat msjid mcm tmpt lain mcm KL, melaka dll
-biasanya org yg wt Qorban akn adakan kenduri. Tp kalau tmpt lain x kn..
-org akn jln ke rumah2 yg wt kenduri.. mcm jln beraya la bkn jln raya.. kalau tmpt lain dok umah je kn..

Tu je la kot yg lainnya.. mmm.. ada lg ke???

Alhamdulillah byk yg dpt dipelajari psl ibadah Qorban ni. Kalau tak gi tgk sndri mmg tak taw. biasala zmn belajar dulu main hafal je.. tp bila dah tgk sndri br taw ape yg boleh dan ape yg tak boleh..

Ps: pengorbanan saya tahun ni adalah smbut raya Qorban di Kelantan walhal spttnya di Melaka. akan dtg nk citer pengalaman perjalanan yg sgt lama..

Related Posts with Thumbnails