Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 25, 2009

Dinner @ KRR


Ptg td kuar gi 1 Borneo. beli brg n dinner.. ktorg mkn kat Kenny Rogers Roasters. taw x this is the 1st time for me... buat malu je...


These are B's meal. sedap...

Black Pepper Chicken Quarter Meal with coleslaw, fresh fruit salad, macaroni & cheese, and banana muffin




Fizzy Spring





And these are mine. new promotion. not bad la..

Baked Fish with potato salad, garden pasta salad and mashed potato & gravy


Fizzy Autumn


Cheesy Chicken



last but not least....




us.. sama kembang.. huhu



we really enjoy the meal n the time we had together..

I Made It

Y: B rasa ayg bunting la.. he used bunting instead of pregnant or hamil.. sounds terrible huh
A: Nape lak
Y: Sebab B mkn byk skg
A: Ala.. org msk sedapkan tu yg berkali2 B tambah..
Y: Dah ayg soh abiskan
A: Eleh.. org msk sedap kan..
Y: Adik ckp sedap, kira ok la tu
A: Adik ckp ikan sedap. ye la ikan mahal kan..


it was our conversation about my cook last night..


Yeah.. kalau B ckp sedap mksudnya sedap la sbb B ni citarasa tinggi ckit..



tp....


kot2 nk sedapkan ati je kn...





tp.. B tambah nasi byk kali... huhu... kalau tak sedap xkan la tambah nasi..




huhu.. dulu siap gado lg psl isu msk ni sbb saya mmg tak reti msk. but now, by referring recipes i made it.. sape ckp tak leh. yg penting ada keinginan utk belajar dan mencuba.. tp bukan keinginan je. kena buat la. usaha tangga kejayaan.. huhuhu


ps: seronok tgk B mkn siap tambah. rs ape yg dibuat dihargai...

Tuesday, February 24, 2009

A Gift


Harini genap la lg sebulan B will turning to 26th.. dari bulan lepas dah pk nk bg ape utk birthday B.. aritu ms kat Lumut B ada minta belikan pancing~i never knew he likes fishing, tp kalau nk bg pancing bukan taw pilih pun. kena ajak dia pilih sendiri la kot tp nti tak suprise lak..


mmmm... lg pun ms besday B maybe ktorg berjauhan.. he might be onboard to Indonesia at that time.. so how la....



i thought may be i will just send him a card.. buy something special n different or make it by myself.. tp nk wt sendiri bukannya creatif sgt.. mmm baru teringat b4 B gi Sabah bln Jan aritu ada bg something yg nice.. maybe leh amik idea dr benda tu ckit..






about the celebration, i feel like want to treat him a dinner at restaurant berputar kat Menara Tun Mustapha.. i hope i will having ability to do that when i return to KK, maybe on April.. we'll see..





any idea about a present for him??

1st Lunch and Dinner

seawal pg sudah mengadap miss lappy. kat cni pkl 7 mcm pkl 8 kat semenanjung. baru pas anta mr hubby kerja. tp depan pintu je la.. huhu...


nak cita psl semalam..
emmm.. malu la...


huhu.. gedik



smlm for the 1st time i made a lunch for mr hubby.. tp refer resepi dr internet ngn buku gk. takpe la org baru belajar kn.. asalkan leh telan.. huhu...


nk taw msk ape tak.. hehe...


ikan bawal masak merah, sawi + sosej masak sos tiram


masak for 2 utk lunch and dinner la kan. tp ms b balik tgari ckp da ajak Farid mkn kat umah mlm nti.. mcm x cukup je lauk. bukan nk btaw awal2.. x pe la.. ptg tu ktorg bergotong royong kat dapur tmbah lauk ckit.. bukan msk lain pun just tmbah bahan dlm lauk je..


FYI: Farid is hubby's bro yg keja TLDM gk. tp under training lg..


brothers. xsenonoh duduk eh..



Alhamdulillah.. laku gk lauk.. B n his bro ckp sedap. thanks for the compliments. ok la as a beginner kn.. hehe..



Sunday, February 22, 2009

Lucky


Yeah.. akhirnya saya telah berada di KK. sy akan berada di sini slma seminggu. xpe dok cni lama2 skg ni sbb dah ade rumah so tak pyh nak bazir duit sewa hotel..


saya tiba di sini 20hb. so smlm spjg ari ktorg bershopping sakan. byk gk abis beli brg keperluan umah. luckily skrg baru ada umah n beli brg2. kalau mcm org lain lepas kawin terus duk sekali mesti pening pk duit utk kenduri dan idup lepas tu.. we are lucky sbb duk umah kelamin dlm base TLDM, all furniture are provided~ smpai terlebih2 lg.. just beli brg elektrik je. tak pe la takde umah sendiri lg jnji idop sendiri dan tidak menumpang.. ade ke istilah menumpang suami?? lucky me saya hnya msuk umah cuci kaki je.. everything is provided by hubby... thanks dear.. ;)


another lucky thing...
semalam ktorg telah merasmikan kereta baru. our 2nd car.. his 2nd car actually. but this time is a new car.. he almost finish a payment for his iswara which currently at his hometown. bulan 4 ni abis la..





sila teka kereta apa..








tet..
keta buatan Malaysia je.. perodua Myvi SE. tp ok la dr Proton sbb Proton cepat jahanam kn.. but it's him so i don't really care. asalkan berbaloi. bkn kereta Malaysia terpakai like previous. tp takpe time dia amik tu ktorg x kenal lg.. kalau nk amik used car yg import xpe la... i asked him to take a manual car so leh la saya biasakan diri nti..


smart tak..



eh....
nak tgk tak permandangan dari umah ktorg... jgn jeles taw








serious!!! sgt indah ciptaan Tuhan.. siap leh dengar bunyi ombak lg.. takyah gi jauh2.. tp nk snokerling kat sini tak leh la.. nk kena ke pulau gk.. waaa.. bila la berpeluang lg nih.. waiting... im lucky huh...

Friday, February 20, 2009

Next Meet

Not more than 24 hours..

We will meet again

B.. wait for me

KK.. here i come..

AGAIN



lalala~~~

Thursday, February 19, 2009

A Progress

FUUHHHH... lega rasa
baru lepas present master progress dpn SV Droy, Co-SV Dr Poji, Yogi's Co-SV Dr Kamarul and En Wan Zaidi. En Wan Zaini is from Aeronautical Department (Mechanical Eng), currently doing his Phd about Wind Turbine. he helped me so much.. thanks a lot..


Sepatutnya 830am esok present tp minta awalkan. btaw Droy esok pg ada hal kat kolej. pada hal takde ape pun.. huhu… bila dah setel present tak la serabut sgt and boleh la kemas brg awl ckit.. tp sbnrnya hrp Dr Kamarul tak available today sbb dia ni kadang2 selalu over ckit byk, tp apa kan daya dia free walaupun dtg lambat ckit. Nasib baik la present td dia tak byk tnya.. tp dia ada tnya power output dari calculation tu cmne taw reliable ke x.. seb baik la compare kan dgn prototype yg ngra lain dah buat tak jauh sgt… tp tak taw la kalau dah buat model nti leh dpt nilai mcm tu ke x.. hope tak jauh sgt gk la..


This presentation tujuannya nak tengok how are our progresses. kot2 ada ape2 mslh ke leh dibincangkan dgn SV2 yg ade... and currently i am recalculating the parameters of the design. tp analysis dah ade.. cam mane tu?? adakah saya kena run simulation again??? waaaa...




This is Yogi presented his project.. sama je project ktorg cuma dia vertical axis, and mine is horizontal axis.. Yogi ni student dari Indonesia. ramai tol postgraduate dr Indonesia skg ni.. budak melayu semua tak mo belajar. keja lg best dpt duitkan.


semoga ktorg dpt habiskan master ni seperti yg sepatutnya.. GAMBATE

Monday, February 16, 2009

Diet Rasulullah S.A.W

Rupa-rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tak boleh main makan sahaja? Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini. Tak payah susah-susah makan pil untuk kurus? Insha Allah kalau ikut diet Rasullullah, kita tak akan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi tiada keraguan. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam…
Insha Allah sama-samalah kita mengamalkannya…….
WallahuA’lam



ni pun amik dr email..
see... org Yahudi pun amalkan ape yg Rasulullah s.a.w amalkan
so mari la kita amalkan.. nak mandi pg pun liat.. huhu

Mengapa Yahudi Bijak

Saya dpt email ni dari seseorg yg tak dikenali. may be a friend of my friend. x kisah la kan yg penting pengisiannya sgt berguna dan harap2 leh diaplikasikan.



Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu mengandung akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau "Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang TIDAK baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan." menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, "campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam."

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, "Dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah."

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , "siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab)." Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka "Bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak."

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, "Memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara."

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon



Nampaknya mcm Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya tetapi umat Islam sendiri mengabaikannya.

Next entry saya akan cuba paparkan beberapa sunnah Nabi Muhammad S.A.W..

Saturday, February 14, 2009

Azief vs Ipin



Semalam belek2 gambar dalam laptop jumpa gambar Azief dgn mama masa raya tahun lepas..








pastu teringat lak movie Geng:Pengembaraan Bermula~ Penampilan Istimewa Upin & Ipin yg dah mula ditayangkan pd 12 Februari 2009..






serupa tak azief dgn ipin~baju biru ok.. tak nak la upin. ipin lg best.. betul betul betul.. salah... haha.. comei sgt...


saya dan mr hubby bercadang menonton movie ni next week.. di mana?? just wait and see... it's not more than a week.. lalalala~~~~



more information about the movie leh gi sini >> GENG


nak download ringtone yg best dari upin ipin leh gi sini >> Upin & Ipin.. seriously they're damn funny..

Wednesday, February 11, 2009

February Birthday



Happy Birthday to 2 heroes of da family



5th February
ulang tahun kelahiran Ijai @ Azrizal yg ke 24 tahun, thn ni..


he was born on 5th February 1985, 2 years after me.. not exactly 2 years.. dlm 1 tahun setengah je.. dia lah rakan sepermainanku ketika masih hingusan dulu.. main ape pun n kat mane, adanya kak dek mesti ada ijai..


ijai n kakdek.. masa ni belum fobia gamaknya..


kak dek is named for me sbb mak ckp masa ijai lom lahir lg panggil saya adik. bila dah ada adik saya masih nak dipanggil adik. sudahnya panggil la kakak adek or kak dek.. dan panggilan itu masih kekal sehingga sekarang.. best taw bila adik kita pun panggil kita adik@dik. smpai anak buah pun nk suruh panggil mak adik biar rasa muda sokmo.. huhu...






8th February
ulang tahun kelahiran our BIG master yg ke 56 tahun. ayahanda Abdul Aziz.


he was born on 8th February 1953, 30 years before me.. i was born when he was 30th.. 3rd childs at 30th.. myself??? at 26th i don't have 1.. Sabar... Allah sentiasa bersama org yg sabar.. opppssss... off topic sudaahhh


tahun ni besday ayah jatuh pada hari Thaipusam. silap.. Thaipusam yg jatuh pd ari jadi ayah.. tahun lepas Azief lahir hari Thaipusam.. mmm nk cita psl sambutan Thaipusam kat area Pudu aritu, tp mls la.. tak menarik pun.. bikin hangin ada la... cuma baru ku tahu mereka yg meraikannya akan berjalan ke Batu Cave. patut la Jumaat mlm dah jammed, pdhal raya dorg Ahad... ok2.. back to the topic!!!



here we go.. my smile always ayah with his beloved beauty wife, emak. on my wedding..
can't u tell? who does me look like the most.. emak? or ayah?





Pada tanggal 8hb lepas utk meraikan both besday men, ktorg sepatutnya gi makan kat luar as planned by kak iza.. but unfortunately.. master mind n family, and big bro lak takder. yg ada ktorg yg adik2 ni je.. sudahnya tapaw Pizza Hutt je la.. kang takot merajuk lak.. org tua ni sensitip lebih.. saya yg tidak diraikan ni pun terasa.. huhu.... mak ckp share ber3 tp rasa2 biar la saya yg belanja.. so no need to pay back..


introducing my macho bro yg menjadi kegilaan ramai.. tp ada x ngaku, ckp adik kita lak suka kat adik dia.. eewww..
ni masa tgh tunggu Pizza.. nmpak sgt matured kan ini budak.. huhu




i wish i could return the past. but it's impossible huh!! but i hope it's not too late. if i could change the whole bad past life, and made everyone proud of me~walaupun saya mmg leh dibanggakan.. but i'm sure im not bad at all.. everything is going well now..


Semoga Allah limpahi kami semua dengan kehidupan yg bahagia, kesihatan yg baik, rezeki yg halal dan sentiasa diberkati dunia akhirat..




hi stalker *wave hand* got any new stories?? if u don't know anything it's better keep ur mouth silent. in case if u know anything bad u should keep it urself.. tak baik aibkan org hoccay!!!

Wednesday, February 4, 2009

New News

Baru pas meeting ngn Droy ngan lain2 pensyarah dr FKM dan FKE, pasal proposal project baru.. about hybrid device for renewable energy. ape ke benda la hybrid tu..

x pe la Dr pk la sndri ek..


ada bnda yg lebih penting lg dr tu..

td pas abis meeting jumpe Dr n tnya dia psl report.. ok la dia kata "a lot better. tp still kena write a paper"

then tnya dia am i need to build a model? and he said "yes"


OMIGOD


sempat ke tak eh...


hope smpt la kalau buat a simple model using fiber glass.. then in April the experiment can be run and June submit thesis... due date anta thesis is on 19th June..


wish me a VERY VERY VERY GOOD LUCK dude!!!

Sunday, February 1, 2009

New Look

Guys!!!

a BIG surprise for me when i went to Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM this morning.. wow rajinnya diriku ke PSZ di pagi ahad.. tido lg syok kn tp dgn tekad utk setelkan keja ku gagahi juga.. but end up with main intenet gk.. hehe..


seperti biasalah kalau bahan utk engineering kat aras paling atas, 5th floor. ms selak buku kat meja tiba2 terperasan something..



wow.. quite impressive..


guess what??



JENG JENG JENG!!!




they are new racks. i don't know either these new racks will be replaced all old ugly racks or just some portion since i don't went to other level and at 5th floor itself still has the old racks..


the loyal old racks

it might be unfinished replacement of racks or the new racks are just for special collections which FYI the new racks are at left side facing the lift which placed special collections such as Project Report, Conference Paper etc...

Related Posts with Thumbnails