Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~info~. Show all posts
Showing posts with label ~info~. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Terbang Sendiri Bersama Baby

Hi all

Setelah lama berfikir dan di + - x / segala aspek, saya mengambil keputusan untuk tinggal disamping suami tercinta di Kota Kinabalu walaupun hubby tidak kisah jika saya kerja di KL..


Ada anak ni lagi sayang nak berpisah. kalau boleh biar la baby membesar depan mata kami berdua. Soal wang, rezeki di mana-mana. Saya pun ada merancang sesuatu di sana. Semoga dipermudah oleh Nya dan dimurahkan rezeki kami..

aeroplane

Saya akan berangakat ke KK esok tengah hari, sendirian dengan baby Azhad. Harus la cuak rasanya. So saya rajin la cari sedikit info sebagai persediaan untuk terbang berdua.. check it out..


-berada di airport lebih awal kerana mungkin akan ambil masa lebih lama untuk urusan check in dan tempat duduk. Mungkin perlu tukar lampin bayi paling kurang sekali sebelum berlepas.

-minta tempat duduk yang ruangnya lebih luas kalau tak beli seat untuk baby. mudah untuk bergerak. ~boleh ke request ni? try je la nanti. kot-kot kalau banyak seat kosong dapat la.. huhu

-guna baby carrier untuk memudahkan urusan dan bawak barang.. ~insyaAllah akan guna ni. tapi fikir kalau dalam flight nak duduk nanti macam mane?? kalau keluarkan baby nanti nak masukkan balik macam susah je sebab tak biasa guna lagi..

-ringankan mulut minta tolong petugas atau sesiapa yang berdekatan jika memerlukan pertolongan.. ~yang ni errmmmm.. macam berat mulut je..huhu

-untuk kurangkan pressure di telinga (ear popping), susukan bayi atau bagi anak gula-gula ketika hendak berlepas dan mendarat.

-sediakan segala keperluan dalam bag tangan supaya tak kelam kabut ketika memerlukan, contoh: dokumen baby, diapers, wipes, towel, minyak angin, baju spare ~yang ni gi mana-mana pun kena buat macam ni


semoga baby Azhad tak meragam.. kalau tak mesti kelam kabut ummi ni..


sumber:
http://babies-toddlers-travel.suite101.com/
http://infantstoddlers.suite101.com/


Tuesday, July 13, 2010

Ada Apa Dengan Ubun-ubun



Assalamualaikum


Baru-baru ini husband ada beli minyak daun ubat keluaran TYT. dalam tu ada la cara penggunaannya, dan banyak yang suruh sapu minyak pada ubun-ubun. antaranya kalau sakit perut, selesema etc. mak saya pun kalau Azhad tersedak, terperanjat suruh tiup kat ubun-ubun.




So saya cari la info pasal ubun-ubun. Jom tambah ilmu.



Ubun-ubun (bahagian lembut di kepala bayi), dikenali dalam bahasa saintifik sebagai "frontal lobe".

Manusia dilahirkan berkepala besar. Tak percaya, tengok bayi yang baru lahir. 1/4 dari keseluruhan badannya adalah kepalanya sahaja. Namun begitu, bukaan pada pintu rahim (uterus) ibu adalah kecil sahaja, tidak dapat memuatkan kepala bayi yang besar ini ketika kelahiran.

Atas disebabkan itulah, adanya ubun-ubun. Ubun-ubun yang lembut ini, dapat melalui bukaan pintu rahim sang ibu tersebut. Kerana itulah bayi yang baru lahir, ada yang kepalanya lonjong. Namun lonjong ini untuk seketika sahaja, dalam tempoh 2,3 minggu akan kembali ke bentuk asalnya.

Selepas bayi tersebut membesar, ubun-ubun akan semakin hilang/mengeras, lalu bercantum menjadi tempurung kepala yang keras, biasanya dalam tempoh 2 tahun.


ubun-ubun



Ubun-ubun dalam Al-Quran


Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.


Maksudnya:
Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.


Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”



Ubun-ubun dalam wudhu'- Meratakan air ke ubun-ubun.



Ubun-ubun dalam masyarakat melayu

Sejak kecil, ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tengkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi. Ada yang mengatakan apabila ubun-ubun lekuk ke dalam menandakan bayi terkejut. Ada juga yang mengandaikan bayi demam, kembung, lapar dan sebagainya.



Selain itu ubun-ubun juga tempat orang selalu bacakan doa. Kita selalu dengar 'bacakan doa pada ubun-ubun anak ketika mereka tidur' dan sunat membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun isteri selepas nikah.



ps: Bila Azhad dah botak ni memang boleh nampak ubun-ubun yang masih lembut tu naik turun, macam nadi..


sumber:
http://www.iluvislam.com/
http://sunatullah.com/
http://terusteguh.com/

Wednesday, May 26, 2010

Kesan Bertungku

Dah 20 hari daku melahirkan Azhad.. nak kata 20 hari berpantang tu macam tak berapa nak kena je.. huhuhu.. tapi daku tak bertungku pun sebab tukang urut yg dihired cakap dia lebih suka bertanggas... dalam saat-saat macam ni daku jumpa la 1 artikel ni pasal kesan bertungku.. jom baca..



BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.


Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.


Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.


Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal.


Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.





credit to
harian metro Tanya Pakar (Dr Adilah Ahmat)

Wednesday, May 19, 2010

Dosa Dengan Facebook

Salam..

Bercakap pasal dosa ni, daku pun bukan la arif sangat.. Tapi artikel ni daku baca somewhere dan rasa berbaloi-baloi kalau dishare bersama rakan-rakan. Semoga kita sama-sama amik iktibar dari ape yang dibincangkan..


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.


Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.



2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.



KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


so macam mane kawan-kawan? setuju tak?? ada yang tak setuju ke.. jangan malu-malu share pandangan anda..


Friday, May 14, 2010

Hari ni HARI GURU ke???

Siaran TV hari ini banyak tayang drama bertemakan Hari Guru
Membuatkan kami tertanya-tanya
Hari ni Hari Guru ke???
Hari Guru 14 Mei ke 16 Mei???


Aduhh...
Ini la akibatnya apabila sekolah telah lama ditinggalkan
Almost 10 tahun kami meninggalkan zaman persekolahan


Ape-ape pun
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru
Tak lupa kepada semua tenaga pengajar di IPT ~takde hari pensyarah kan???
Hargai la jasa dan ilmu yang guru kita turunkan


Tak ingat Hari Guru tak bermakna tak menghargai jasa guru.. huhu


~kami dalam entry kali ini adalah saya dan suami


curi info pasal Hari Guru kat SINI

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Tema Hari Guru 2010 adalah:



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Saturday, April 24, 2010

22 April

Ada apa dengan 22 April??

Bermula tahun ni baru daku tahu ada 2 perkara yang berlaku pada 22 April.. Sebelum ni tahu 1 benda je..


Daku percaya.. mesti ada antara korang yang macam tu juga. Silap-silap after baca entry ni nanti baru tahu pun ada.. huhuhu


Ok2... mari daku beritahu



Perkara 1

22 April adalah sambutan Hari Bumi Sedunia.. HAAA... mesti ramai yang baru tahu kan.. siap tanya lagi, "ada ke hari bumi??" macam tu la daku masa mula-mula tahu. rupa-rupanya tahun ni adalah sambutan yang ke-40.. lama tu. macam mana la tahun-tahun sebelum ni daku boleh tak sedar akan kewujudannya.. ok jom baca sikit info pasal Hari Bumi ni..




Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.



sumbangan dan more info sila tanya en wikipedia


Perkara 2
22 April adalah ulang tahun kelahiran akak daku. Beliau dilahirkan pada tahun 1981, so tahun ni berapa umur beliau? Kira la sendiri.. hehe... Happy birthday sis. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Actually dah wish kat fb aritu...



ni gambar 2tahun lepas masa my wedding kat kelate..

owh.. dah nak masuk 2tahun usia perkahwinan kami.. dan just 7 days left kami akan dapat orang baru... baby.. cepat la keluar.. we just can't wait to see and hug u.. mommy pun dah tak sabar nak jumpa daddy ni.. almost 2 months since our last met..


Kawan-kawan doakan semoga semuanya selamat ye..


Thursday, April 15, 2010

Petua Mudah Bersalin

Hi all...


Hari ini just nak share petua. tengok tajuk pun tahu kan..

semoga semua mommy & mom-to-be yang sedang menunggu kelahiran baby selamat dan dipermudahkan oleh-Nya..

bagi yang belom sampai masanya pun boleh take note bekalan di hari muka.. :)


Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan kelahiran bayi:

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami. ~kesiannya saya suami dikejauhan.. :(
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.


Mungkin ada lagi yang tak pernah saya dengar. so jangan segan dan malu untuk tambah.. :)


Sesungguhnya kita hanya berusaha, tapi Allah s.w.t jua yang menentukan segalanya..


Monday, April 12, 2010

Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?


Ciri-ciri Kontraksi


* Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
* Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
* Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
* Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
* Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
* Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
* Semakin kuat sakitnya
* Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
* Berbaring tidak mengurangkannya.
* Servik menipis dan terbuka.


Mengira Kontraksi


* Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
* Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
* Catatkan kekuatan sakitnya.


Kelahiran Palsu


Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.

Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini

* menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
* jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
* tidak bertambah kuat sakitnya.
* tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
* biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
* tidak begitu menyakitkan.
* boleh reda jika anda berbaring.
* biasanya tiada perubahan pada servik.


Bila Perlu ke Hospital


Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.


Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my


ermm boleh tak kalau saya kata yg saya tak taw pun bila saya start kena kontraksi
Braxton-Hicks?? mcm tak alert dgn badan sendiri je kn.. ermmm

Tanda - tanda Hampir Bersalin

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. ~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. :(


Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my


saya dah masuk minggu ke-37 ni.. so far, ada la sikit-sikit tanda-tanda tu especially yg belah2 atas tu. tu pun tak kerap.. kejap ada, kejap tak. so tak berani nk ckp dah dekat atau lambat lagi. tp kalau ikutkan lagi 3 minggu je. so dah dekat la kan. cuma harapnya doa kami dimakbulkan Tuhan.. AMIN


Sunday, April 11, 2010

Alatan untuk Fully BF

Akhir-akhir ni kn saya asyik cerita pasal breastfeed (BF) je. Sebenarnya before pregnant memang tak amik tahu sangat pasal BF ni. Selalu bila saya dan hubby berangan kitorg akan gi tengok2 harga Formula Milk (FM) kat Giant ke, mane2 la yang kitorg pergi that time.


Sehingga la our little precious ni muncul dalam tummy saya.. rajin la saya selak2 thread pasal pregnancy, parenting kat CARI. org tak bekerja so mmg most of the time habis kat situ dan FB~main game. dari situ la saya dapat byk information and knowledge pasal BF, and cloth diaper (CD).


Lepas tu terus berazam saya akan bg baby saya susu badan. no matter what.. nak 1000 daya.. tak nak 1000 dalih.. harap2 la azam ni kuat hingga akhirnya.. walaupun hubby mula2 macam tak support sangat.. still jenguk rak FM walaupun saya dah cerita pasal BF nih.


lama-lama, agaknya bila hubby pk BF boleh jimat banyak duit,
tak payah nak beli FM yg harga berpuluh-puluh 1 kotak, baru la dia tak jenguk lg. tp kadang ada bunyi gk, mcm "tp awak tak nak guna susu tepung" if ktorg ada bincang certain issue.. tak paham betol org laki ni.. dorg nk keja mudah kot.. ye la if kita takde, kalau guna FM anak nangis just bancuh je. tp kalau guna expressed breast milk (EBM) nanti anak nangis time tu la baru nk cairkan. tak ke serabut.. agaknya la kn..


tp pada saya yang belom bekerja ni, ini la masa yang terbaik utk berkasih sayang dgn baby. sambil dapat jimat duit hubby. boleh duit utk FM tu buat beli baju baru ke, kumpul beli handphone baru ke.. huhu..


harap2 takde masalah sepanjang BF nanti. kalau ada pun akan ku cuba untuk selesaikan sebaiknya. tp tak nak la smpai cerai susu sebelum tiba waktunya.. always think positive. kalau org lain boleh.. kita pun boleh.. dan bila pk balik, mak saya zaman dulu yang takde kemudahan sangat boleh je susukan kitorg 6 beradik, so kenapa tidak saya..


Cuma investment utk beli peralatan utk BF tu la kena kuar sikit banyak. tp keluar sekali je.. kalau pandai guna dan jaga insyaAllah boleh guna utk next baby. silap2 boleh guna utk next generation pulak!!!!


Actually ada beberapa barang yang kena ada untuk sape2 yang berazam untuk fully BF. lagi2 kepada yang bekerja. tp kalau yang tak bekerja pun still kena ada jugak. mane la tahu tiba-tiba ada hal yang terpaksa tinggalkan baby kat org lain ke.. who knows?


The most important things

1. Breastpump

macam2 brand dan teknik ada.. avent, spectra, pigeon etc.. manual, battery, electric.. harga dari RM30 smpai la beribu-ribu. tp kena la beli ikut kemampuan. yg murah tak semestinya tak bagus. yg mahal pun kadang-kadang menyusahkan gak.. yg penting kesungguhan..





2. Breastmilk storage
Yang ni penting untuk simpan EBM. byk cara org guna.. ada yang simpan dlm bekas mcm kat bwh ni.. ni mahal sikit la.. still harga depends on brand..





dlm bags mcm bwh ni pun ada.. hrga murah sikit dr kat atas.. nk simpan dlm freezer pun senang, tak guna banyak space sgt..




nak lagi jimat? ada gak yang guna bekas dadih dan plastik ice cream malaysia.. so ikut masing2 la...



3.Freezer

wah.. kalau saya dapat mcm dlm gmbr kat bwh ni betapa bahagianya hidup.. mesti lebih semangat nk buat stock.. tp mesti mahal. benda ni tak wajib ada. tp kalau agak2 peti sejuk kecik, atau besar tp lauk je dah penuh satu freezer tu so kena usahakan beli. kalau tak, nak simpan EMB celah mane?? unless la freezer tu sentiasa kosong. tp boleh ke? paling tidak mesti ada ikan, ayam, ice cream etc.. ~ejau! sila kumpul duit dari skrg..




4. Cooler bag

Bag ni penting gak walaupun bukan priority sgt. gunanya untuk simpan EBM.. kira mcm transit la. misalnya dari umah nak anta anak gi nursery, letak EBM dlm bag ni so suhu susu tu tak jatuh. pastu kalau mommy perah kat opis leh guna bag ni gk.. in case la opis takde peti sejuk.. kalau tgk dlm gmbr ni 1 set dah.. cooler bag, ice pack ngn milk storage.




Tapi saya tak beli lg benda2 ni. tunggu baby lahir la kot or before blk KK baru beli. sbb kat sana confirm mahal... huhu.. so benda2 ni dah jd wishlist saya.. kalau ada sape2 yang nak bagi sangat2 la dialu-alukan.. hikksss..


Kawan2 doakan la semoga azam dan semangat saya untuk fully BF our coming baby ni berterusan.. hingga usia baby 2 tahun. jgn hanget2 taik ayam sudah.. mampus kena kutuk.. huhuhu


ps: saya tak bertuah dgn Adrenalin.. nampaknya kena suruh hubby beli la. pastikan yg original.. :)

Thursday, April 8, 2010

Petua Tambah Susu Badan

Since takde ape2 kejadian yg menarik skrg ni.. so saya nak share petua sikit. petua ni dpt dr byk sumber sampai tak teringat dah.. tp most of them amik dari CARI forum la.. harap2 membantu..


Antara Makanan yang boleh membantu pertambahan susu badan

1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. pegaga-jus atau ulam segar
17. pucuk manis/asin-asin
18. kurma
19. kucai +tauhu+tougeh
20. petola
21. kentang rebus
22. roti
23. biskut marrie
24. daun turi
25. ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
26. kacang buncis
27. cheese
28. planta


Minuman:
1. air masak
2. susu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik
10. honeydwe
11. rebusan buah pala
12. spirulina
13. air kelapa
14. rebusan air halba


Supplement yg perlu ambik:
1. omega 3
2. obimim
3. kalsium
4. vitamin c


Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Masa pengepaman:
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau bg baby isap boleh membanyakkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast akan produce susu baru....istilah yang selalu guna mcm 'buang sampah...sampah dah penuh, buang dlm tong sampah...pastu ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu.. bila dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru.
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
6) jgn minum teh/nescafe.... mkn supplement jgn tinggal


Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)


Cara-cara Lain

1) baca surah Al Baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast pakai sikat mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11)
Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
12) Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
13) Minum air secukupnya

14) doa
15) tawakkal


Tuesday, April 6, 2010

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.


Masa untuk mula memerah susu ibu

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.


Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.

* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.

Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.


Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.

* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.



* Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.


Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.

* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam


atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.


* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.


* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.


* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.


Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.


* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:



Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association


Hari 1-3 : Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.


sumber MyHealth & CARI Forum

Masalah Penyusuan Susu Ibu

-Saya akan asyik mengupdate blog ni dgn info2 psl breastfeed & yg sewaktu dgnnya buat masa ini. so bg sape2 yg baca blog ni just push X button kalau boring/menyampah/meluat dan yg sewaktu dgnnya.. :p -


Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda. Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu :


Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.


Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:

* Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.

* Bahagian areola kelihatan pejal.


Komplikasi/kesan sampingan:

* Kesukaran untuk bayi menyusu

* Kesukaran untuk mengeluarkan susu


Rawatan:

Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:

* Jangan berhentikan penyusuan.

* Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.

* Susukan bayi anda dengan kerap.

* Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.

* Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.

* Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.

* Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.


Pencegahan:

Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:

* Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.

* Teknik penyusuan yang betul.


Puting melecet
Sebab-sebab:

* Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.

* Teknik penyusuan yang tidak betul.

* Penjagaan puting yang tidak betul.

* Faktor-faktor lain;

1. Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.

2. Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.


Rawatan

* Jangan hentikan penyusuan

* Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.

* Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet. (sbb tu saya xbeli apa2 cream utk breast sprti dlm list)

* Tidak perlu gunakan losyen.

* Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.


Pencegahan

* Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.

* Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.

* Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.

* Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.


Tidak cukup susu

Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :

* Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.

* Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.

* Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.

* Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.

* Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.

* Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.

* Ibu mengalami tekanan emosi.


Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :

* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.

* Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.

* Pastikan bayi melekap dengan betul.

* Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.

* Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.

* Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.


Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :

* Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.

* Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.

* Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.

* Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kuning jernih bukan kuning pekat atau oren, dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.

* Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.

* Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi. (ini gunanya breast pad/milk collector)

* Bayi tidur dengan lena, cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.



sumber MyHealth


Monday, April 5, 2010

Teknik Yang BETUL

AMARAN!!!

Entry kali ini ada unsur-unsur 18SX..

Bagi yg malu-malu kuching kucing, sila jangan tengok gambar.. (tutup sebelah mata spya tak nmpak gambar dengan clear..huhu)


Tp untuk tambah ilmu apa salahnya kan?


teknik penyusuan yang betul

Teknik penyusuan yang BETUL

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:


POSISI

* Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.

* Pastikan kepala dan badan bayi lurus.

* Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.

* Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.

-Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.

-Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)



PELEKAPAN

Sentuh mulut bayi dengan puting anda. Tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas.

Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.

Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.



TANDA-TANDA PELEKAPAN YANG SALAH

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

* Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.

* Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.

* Payu dara mungkin bengkak.

* Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.



Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.



PENILAIAN SAMADA BAYI MENYUSU DENGAN BETUL

* Mulut bayi terbuka luas.

* Dagu bayi menyentuh payu dara.

* Bibir bawah bayi bergulung keluar.

* Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.

* Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.

* Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.


Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.


Petunjuk:

1. Puting

2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.

3. Lidah bayi.

4. Payu dara.

5. Tekak bayi.


Gambar menunjukkan bayi melekap dengan betul.


sumber my Health

Sunday, April 4, 2010

Susu Ibu: Kebaikan & Persediaan Awal

Salam..

Hari ni nak share info pasal penyusuan susu ibu.. sumber dr MyHealth. kat portal ni complete dah segala pasal breastfeed ni tp sj nk letak gk kat blog ni spya boleh jd rujukan sndri. nanti x de la tercari-cari lg..


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu..



KEBAIKAN


Untuk bayi:


* Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi.
>>>Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
>>>Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
>>>Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi.
>>>Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

* Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

* Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.

* Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

* Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.

* Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

* Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



Untuk ibu, penyusuan susu ibu :


* membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

* membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

* mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

* menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya



Lain - lain kebaikan :


* Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

* Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.




PERSEDIAAN AWAL


Sebelum kelahiran


-Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami

-Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.

-Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.



Semasa melahirkan


* Sentuhan kulit

-Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.


* Permulaan awal

-Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.



Selepas melahirkan



* Menyusu mengikut kehendak.

-Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.


* Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)

-Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.


* Tiada puting tiruan.

-Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.



Additional info:

Perut bayi hanya sebesar sudu teh saja, dan memang dah dijadikan secara semulajadi, kolostrum yang terhasil di awal kelahiran mencukupi untuk keperluan bayi sehinggalah susu yang sebenar terbentuk 3-4 hari kemudian. Jadi tidak perlu risau, dan bayi tidak perlukan air suam atau susu formula.


q: tiada makanan tambahan sampai umur 6 bulan tu mksudnya air suam pun tak perlu bagi ke??

ps: bg yg berpengalaman boleh la share sikit psl add info ni.. :)

Friday, April 2, 2010

Kempen YouthSays.. JOM!!!

YouthSays
Pernah dengar tak??


Rasanya benda ni dah lama.
tp saya yg tak berapa celik IT ni baru je taw and register..
baru2 pun dah masuk 2 minggu...


Bagi sape2 yang nak tmbh pendapatan melalui on9 boleh join..
sbb kelebihan YS ni kita akan dapat reward sama ada point atau $$$$
dengan cara
~jwb survey
~promosi iklan
~community
~campus
~ada juga contest yg menawarkan wang tunai...

tak perlu modal pun utk daftar
cuma perlu modal utk byr bill internet je la.. hehe


Benda ni benar2 kejadian taw..
bukan cubaan..
buktinya??

kalau nk penyata/check tu takde la..
tp ramai yg dah cash out hasil titik peluh msg2
saya??
baru je ada bape ringgit
kira ok la tu as a beginner kn..
:p


YS juga pernah masuk dlm the Star..




sponsors pun semua nama2 besar.
so tak kan la nak tipu pulak..


kalau tak percaya dan nak maklumat lanjut mengenai YS ni jgn segan or malu2 utk klik





Bg sape2 yg suka makan maggi
dan nk menang total hadiah lebih dr RM30000..
jom support & join contest ni
dgn cara klik je gmbar bawah ni




peminat Black Eyed Peas boleh dapatkan tiket percuma
mcm mane??
jgn lupa klik gmbr ni




connect kwn2 dengan FREE internet calls
biar betul??
dapatkan kepastian dgn klik dibwh





RM50000 utk mulakan bisnes anda
join DIGI's The Next Level Reality TV Show



so.. tunggu ape lg??
klik je mane2 gambar yg korg berkenan
nak klik semua pun takpe
tak join pun at least dapat info berguna

SUPPORT YOUTHSAYS


Thursday, April 1, 2010

Cinta Jarak Jauh

Hari tu masa my nephew main surat khabar, konon-konon cari Mila kesayangan dia yang ktorg auntie dan uncles panggil "itam, pendek" tapi dia panggil "comel", ternampak la 1 artikel yg "mcm menarik je". terus la saya amik page tu supaya nanti tak hilang tinggal kenangan je..


Tajuk artikel tu Mempertahan Cinta Jarak Jauh sumber Kosmo 26032010




Pada korang mungkin la tak menarik pun. tp pada org yg berjauhan dengan buah hati pengarang jantung mcm saya, benda ni boleh dijadikan panduan..


Meh tgk apa tip-tip supaya hubungan jarak jauh ni bertahan lama


1. Kepercayaan dan kejujuran
dalam rukunegara pun kepercayaan ni letak pd no 1.. tanpa kepercayaan takkan aman la hubungan tu.. ye la sat2 gaduh sbb syak wasangka/cemburu.. tp JANGAN letak kepercayaan 100%.. kena ada syak wasangka sikit.. tp sikit la.. jangan cemburu membuta tuli.. dan kita pun kena la guna sebaik-baiknya kepercayaan yg org dah bg.. jujur tu penting.. kalau boleh beritahu la segalanya pun dekat pasangan kita (tiada rahsia antara kita gitu), supaya dia tak dengar dari org lain dulu. sbb kalau dah ada yg menyampai mesti cerita tu dr duration 2.30minutes leh jadi 2.30jam..
-kami saling mempercayai dan tiada rahsia diantara kami


2. Komitmen
Komitmen ni kena dua hala. tak boleh harapkan sebelah pihak je. kalau tak mmg tak jadi la. kadang2 kita kena mengalah. mengalah tak bermakna kalah. demi kepentingan hubungan yg dibina
-dia komited pd saya walaupun sibuk dgn kerjaya


3. Selalu berhubungan
Kurang komunikasi ni la punca sesuatu hubungan tu boleh renggang, tak kira dekat atau jauh. at least dekat boleh gak jumpa bila rindu. tp bg yg berjauhan ni byk medium yg boleh digunakan. lg2 zaman teknologi canggih skrg ni. call/sms/mms/3G/email/chat/webcam.. ada lg ke org guna surat zaman skrg? kalau tempat2 tertentu tu mngkin la. so gunakan kemudahan yg ada sebaiknya. jangan gunakan kelapangan masa yg ada tu dgn contact org lain. jiwa kosong mudah utk curang!!!
-kami sms tiap masa, dia call sebelum tido


4. Jangan letak banyak harapan

Point ni sesuai tak untuk org dah nikah?? bg yg sedang bercinta mesti mengharap hubungan ke jinjang pelamin. bg yg dah kawin mesti harap hubungan kekal ke akhir hayat.. mengharap tak salah tp kena sedia terima apa2 yg mendatang.. soal hati dan perasaan kita tak boleh jangka dan kawal
-kami sentiasa mengharap dan berdoa jodoh ini kekal ke firdausi.. Amin


5. Kesetiaan
Bukan kepada Raja dan Negara je kita kena setia. dengan pasangan kita lagi la kena setia. jgn sekali2 berhajat/berlaku curang. zaman skrg ni dah tak boleh nak kata org lelaki yg selalu curang. sebab org perempuan pun dah ramai curang. so kuatkan iman, jangan termakan pujuk rayu syaitan..
-insyaAllah.. saya setia selagi dia setia..


6. Emosi
Haa.. yg ni biasa perempuan la.. lg2 time bendera merah. so pasangan tu kena la taw time2 mcm tu supaya tak gaduh/berbalah. ye la kn. time2 tu benda kecik pun leh jadi besar.. lg2 berjauhan.. lambat reply sms atau call pun boleh jd issue.. so kena kawal la emosi masing2 dan sentiasa fikir positif.
-tp kalau sebulan sekali gaduh2 manja ape salahnya kn.. huhu


so mcm mane? ada berani nak bercinta jauh2 ni?


Related Posts with Thumbnails