Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 26, 2009

PAPADOM





Sinopsis

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia.


Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!

credit to PAPADOM


dah tgk cite ni aritu. sebaik smpai KK dr KL terus gi 1B tgk.. so much fun. wlaupun tak berapa minat dgn Liyana tu tp layan gk sbb citer Afdlin mmg wajib tgk.. citer ni mmg layak menang byk award ms ffm ari tu.. rugi woo tak tgk.. bg yg tak tgk lg ntikan kat tv musim raya tahun depan je la.. hehe...

4 comments:

R i z a said...

cam best je

liza said...

mmg best.. dr start smpai abis gelak je. tp ada la part yg sdh.. rugi x tgk. hehe

R i z a said...

leh tgk la..sbb skrg aku dah tak boleh tgk cerite2 aksi yg ganas2..ader toddler kat umah aku tuh..si comel tuh

liza said...

phm2.. biasa la tu. nk buat cmne kn. kena tunggu dia dah phm ckp la senang sikit...

Related Posts with Thumbnails