Monday, February 15, 2010

Jus Kurma & Air Zam Zam

Currently sy dan fmly ada kat kg @melaka.. ptg smlm ktorg smpai. mlm ni atau esok mngkin gerak blk ke KL..


smlm smpt gi Tesco.. nk gi Jusco mcm ramai org so mls nk bersesak.. objective ke Tesco adalah utk beli Jus Kurma, dan buku maman.. dan.... YES!!! objective tercapai.. hehehe


jus yg dibeli adalah Jus Kurma Formula Genius.. actly dah search kat internet dulu.. kalau beli online harga RM35.. tu lom kira shipping cost lg. ada yg free delivery, ada gk yg charge.. beli kat kedai tu hrga asal RM35, tp sbb beli dua dpt la discount n total RM64.. jimat RM6 dah. tp ms jln2 kat tesco tu jumpa lg 1 kedai yg jual jus ni dgn harga hnya RM30... perghh... sakit ati ok!! rugi dah RM4.. huhuhu.. 1 botol ni tahan 2 minggu je.. kena amik 2sudu besar tiap kali sblm breakfast dan dinner.. that's why la sy amik 2. utk 1 bln la.. next time leh cari kat KL lak.. nk taw ape khasiat jus kurma ni?? check it out ok..


Khasiat Jus Kurma Formula Genius

-meningkatkan daya kecerdasan minda terutama bg anak2
-melancarkan peredaran darah
-membantu mengatasi masalah berkaitan pernafasan terutama masalah lelah
-baik utk wanita yg sukar mengandung dan jg yg sedang mengandung
-kaya dgn vitamin2 yg diperlukan dlm badan
-membantu mengurangkan bau bdn yg kurang menyenangkan
-membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bg melawan penyakit
-mengurangkan mslh keletihan
-amat sesuai bg mereka yg ingin mengurangkan berat badan


aclty ada baca kurma elok utk pembentukan otak baby.. tp sbb sy ni susah nk mkn kurma so rasanya better beli jus ni.. hrp2 akn mkn consistently la dan jdkan amalan wlaupun after deliver, dan jd amalan fmly. insyaAllah... tp b4 blk Sabah kena borong byk2 sbb kat sana hrga jd RM39.. mhl ok!!


eh.. ni copy and paste artikel psl kelebihan kurma dr my email..


Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.





beli gk air zam zam tu.. tak taw la sama ada air zam zam ada khasiat utk ibu mengandung ke tak. tp sbb sy mmg suka amalkan minum air zam zam ~slgi ada stok, so jumpa kat kedai smlm beli je la.. bkn jumpa, amik ye.. huhu.. smbil minum tu niat spya kandungan dan kehidupan saya baik2 sentiasa. insyaAllah..



Kelebihan dan adab minum air zam zam credit to SalamCyber


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yg bermaksud: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)


Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai".


lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah)".


Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

2 comments:

DiLLaiLa said...

aku pon kat sini amalkan makan kurma liza..kalo nak carik air zamzam tu mmg xdapat la kot..sob3

liza said...

kat sini air zamzam pn dah rm10 sebotol.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails