Saturday, June 12, 2010

Campur-campur

Draf thesis dah hantar last week. pos ke Yogi dan minta tolong beliau amik signature DrOY dan hantar ke fakulti. Deadline 8th June tapi dah selamat submit ke fakulti on 4hb lg.. thanks a lot Yogi.

suamiku berbunyi, "time senang orang tu email tak jawab. bila susah baru cari orang tu, terhegeh-hegeh minta tolong"

GULLPPP


"eleh.. semua orang macam tu kan" senang je daku jawab sambil senyum kambing.. hehehe.. tapi memang betul, kan. zaman sekarang ni kebanyakannya berkawan sebab kepentingan sendiri. susah nak cari kawan yang sanggup bersusah sama-sama. ada, tapi susah la...


OK! Cerita pasal draf thesis, few days back fakulti call tanya pasal salinan asal yang dah berconteng. pemeriksa yakni Dr Koh nak.. nak compare la tu ada buat pembetulan ke tak. semua salinan daku dah kirim.. 2 salinan lama, dan 3 salinan baru.. mungkin salinan yang berconteng tu ada pada DrOY..


So sekarang ni mungkin la Dr Koh tengah cari kesalahan dalam thesis ku itu.. pray hard semoga takde masalah lagi. kalau ada pun just wrong spelling ke.. kalau tak memang punah la harapan nak ke UTM sanjungan bangsa tu lagi.. faham tak apa maksudnya tu?

ermmm.. pray for me guys..




Tinggal seminggu je lagi untuk habis pantang. tak sabar rasanya sebab dah malas nak pakai dan makan segala jamu. pastu nak jalan-jalan dan makan puas-puas. tapi bab makan ni kena pantang lagi sebab susu badan. ke lepas pantang dah tak perlu risau makanan berangin atau sejuk effect baby?? ermmm..


Rasa macam nak tukar layout blog. Ada terbaca somewhere hari tu, kononnya blog berlayout 2 coloumns ni macam rumah tak berapa nak siap. ye ke?? huhuhu.. tapi ada je blog yang gah-gah tu layout 2 coloumns je. hehe.. comparekan blog gah dengan blog daku lak... huhu.. tapi rasa macam nak tukar angin la. since kehidupan daku pun dah berubah, jadi blog ni pun macam nak kena berubah gak. tengok la nanti ada kesempatan, insyaAllah.. sekarang ni sibuk dengan promo barang di FB. blogshop macam malas nak update. eh.. siapa-siapa yang nak beli cloth diaper, pakaian baby dan pakaian wanita boleh jengah fanpage FB ku Jaja Online Shoppe.. insyaAllah harga berpatutan..


Ok lah.. sedang merancang sesuatu untuk minggu depan. akan diumumkan kemudian bila dah confirm. harap semuanya berjalan lancar..


Till then..

No comments:

Related Posts with Thumbnails