waahhh.. lama juga rumah daku ni terbiar tak ber'entry' baru. berabuk sudah.. nak kata busy, biasa2 je... apa la agaknya yang disibukkan. nak renovate rumah pun tak sempat lagi ni..
entry kali ini KHAS untuk cerita 20 Jun 2010.. rakan-rakan terdekat daku tahu la apa yang berlaku. yang tak tahu, jom!!
tara....
celebrate anniversary. tu je yg mampu. huhu.. tengok kek tu betul-betul. huruf 'A & Y' dah kemik. boleh agak siapa punya kerja??
betol!!! budak kecik di atas yang buat. tak habis cakap lagi dia dah serbu. mama dia pun tak sempat buat apa. tapi nasib baik la tak renyuk kek tu.. sikit je yang cedera..
tapi tu bukan agenda utama. tu cuma selingan je. yang utamanya... tengok bawah lagi
majlis cukur rambut.. eh siapa yang kena cukur sebenarnya.. hehe.. aqiqah tak buat lagi. insyaAllah buat di Kelantan raya nanti.. Azhad memang best. sepanjang majlis tidur je. rambut kena gunting pun tidur. tak percaya? tengok bawah..
Azhad yang cool.. huhu.. nampak tak mata dia tutup je..
wahh.. nyenyaknya anak ummi.. sebelum, semasa dan selepas majlis tidur je.. tu Achik kiss pun lena lagi.. baju melayu buatan ibu, boleh buat raya.. tapi raya haji la kot. raya puasa tak nak tema hijau lagi..
hari ni Azhad dah botak taw.. malam 20hb tu hubby buat keputusan untuk cukur sendiri. mula-mula mak minta bidan buatkan. setelah disoal siasat mengenai pisau cukur yang digunakan, hubby tekad buat sendiri. takut guna pisau share ni boleh dapat jangkitan yang tak sepatutnya..
nampak besar bila botak ni. tapi ada cerita disebaliknya... huhuhu.. gelak dulu.. ada ke patut, tengah cukur rambut Azhad, abi boleh berhenti solat Maghrib dulu.. adeh. before buat tu tak nak solat siap-siap. ummi yang tak de kerja ni pun apa lagi..
botak sebelah anak ummi... hehe
anak ummi yang suka tido. tak pe lah sayang, kecil macam ni memang tidor je kerjanya. tidur puas-puas ye. besar nanti masa untuk belajar pula.. hehe
2 comments:
bestnye cik liza...dah selamat cukur rambut dah ye..aku nanti kena tunggu balik msia la gamaknye..akiqah terus agaknye..
huk2..nasib diperantauan...
yup..selamat..tunggu aqiqah lak..bila ko blk msia ni...
Post a Comment