Actually hari ni ada temujanji di KKIA, Pantai Dalam jam 8am. awal tu. tapi seperti biasa habis dalam 1030am..
On 34 days, baby dah 3.79kg.. naik setengah kilo gak. lenguh dukung dia.. hehe.. panjang pun bertambah jadi 54cm... panjang anak ummi ni. kalau ikut belah abi dia memang panjang menunjang la.. huhu..
Ummi pula kena turun kan 2kg untuk dapatkan semula berat seperti sebelum mengandung. tapi kalau nak dapatkan berat macam masa kahwin dulu kena buang 6kg. banyak tu. jadinya saya amik yang sikit la.. sikit-sikit pun ingat senang ke??
Tadi baru dapat information. sebelum ni macam terlepas pandang/dengar..
"kalau dulu tak mengandung makan seekor ikan kembung, contoh la. masa pregnant kena makan seekor setengah. lepas bersalin kalau breastfeed baby kena amik 2 ekor setiap kali makan"
woo.. maksudnya saya kena makan 2x ganda dari before pregnant dulu. tapi sekarang ni selera makan takde sangat plus malas nak makan sangat.. huhu.. takut gak kalau amalkan cara makan sekarang ni nanti susu kurang. jadi saya kena la rajin makan. en suami sila jangan marah kalau saya habiskan duit kamu untuk makan.. hehe..
timbul lak persoalan. kalau dah makan 2x ganda macam mana berat nak turun???
insyaAllah.. salah satu kelebihan menyusu badan ni adalah membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.. lain-lain kelebihan boleh baca sini. so tak perlu risau.. ceh sedapkan hati sendiri..
last but not least, jom tengok Azhad yang baru berusia sebulan; ketika pic ni diambil..
No comments:
Post a Comment