Saturday, June 26, 2010

CINTA dan CITA-CITA

Jika diberi pilihan antara CINTA dan CITA-CITA yang mana akan korang pilih? daku yakin tak ramai akan memilih salah satu darinya. Sebab kalau boleh kita semua nak memiliki kedua-duanya.. Setuju???





Saya kata, "family comes first."

Ada orang kata, "kalau family 1st maknanya $$$$ 1st lah kan."


Siapa setuju dengan yang ini??

Saya bantah sekerasnya. Tapi tak bagitahu depan-depan orang itu takut gaduh pula. Lagipun lain orang lain persepsi tentang family dan $$$$, which mean CINTA dan CITA-CITA..


Kalau kita kerja gaji 5 angka, tapi masa untuk family takde, asyik outstation, ot dll.. rasa-rasanya family akan bahagia ke. sedikit sebanyak akan mempengaruhi perasaan pasangan dan anak-anak.. Betul tak?


Misalnya kita kerja gaji biasa-biasa je, cukup makan je untuk anak bini, tapi masa untuk family banyak... rasanya bahagia tak hidup. kalau pandai menggunakan wang yang ada mengikut kemampuan insyaAllah hidup akan aman damai. tapi kalau nak berbelanja melebihi duit yang ada memang haru biru la hidup.


Tapi.. setiap orang mesti ada cita-cita. Belajar tinggi-tinggi mesti ada tujuan hidup. Bagi lelaki memang tanggungjawabnya mencari nafkah untuk anak bini dan ibu bapa. Jadi, walau dihantar ke mana, tanggungjawab harus digalas seikhlasnya sebab kerja itu juga ibadah. Dan sebagai isteri, tempatnya disisi suami. Ada orang kata, "zaman sekarang dah tak boleh pakai dah kata-kata tu"


Saya cuma nak tahu, kata-kata tu datang dari mana. Orang kita atau memang ada dalam Quran??


Bagi wanita yang belum berkahwin perkara ini tak akan menjadi masalah. Walaupun cinta dihati tapi cita-cita tetap dikejar. Tapi kalau wanita yang sudah berkahwin, haruskah berjauhan dengan cinta hati semata-mata untuk meggapai cita-cita impian diri. Jangan nanti ada yang kata, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula bertaburan"


Perlukah berkorban cinta untuk dapat cita-cita.. Atau berkorban cita-cita untuk bersama cinta??


3 comments:

A D I A said...

life is about making decision, kita tak boleh dapat kesemuanya.

betul tempat isteri disisi suami. kalau nak cita2 dan cinta, tak terbuat dedua. bincang dgn husband cari jalan tengah :)

bdk bucuk :P said...

Rasanya tgk keadaan kot. Kena fikirkan dr semua aspek. Kalau rasa segalanya dah mencukupi dan tak perlukan extra dan tak mendesak, family la perlu diutamakan. Tapi kalau untuk mengutamakan keluarga tu kita perlu berkorban sedikit demi kebahagiaan keluarga, pilih la yg dicita. Sebenarnya bergantung pd kita jgk. Org kata besar periuk, besar kerak. Kita yang melalui hidup tu, so keputusan yang terbaik adalah dari kita jgk sbb kita je yang tahu tahap kehidupan kita di mana dlm zaman yg mencabar ni. Tgk persekitaran, mslh yg melanda ngra, then bygkan fmly kita in future. Kalau sibuk cari duit, ank terabai.. tak sempurna jgk hidup..

liza said...

adia:ye kena pilih salah satu dan walau apa keputusan tetap akan korbankan salah satu darinya..

hasdi:ye tiap orang mesti nak tengok anak membesar depan mata sendiri. tapi hubby ku lagi suruh keje kat kl.tapi keputusan tetap di tangan daku.. kena fikir baik buruk segala benda..

Related Posts with Thumbnails