Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27, 2010

Sehari di Mid Valley

Assalamualaikum..


Aduhh.. Penatnya.. Lenguh segala sendi nih.. Ni la akibat lama tak berjalan. Masa pantang hari tu duduk je tak boleh buat keje berat.. sebenarnya daku yang memang malas.. hehe..


Actually kami bertiga iaitu daku, hubby dan baby Azhad baru balik dari Mid Valley.. This is our 1st time outing together.. Seronok.. Tapi lenguh dan penat sikit sebab kena dukung budak kecik yang comei lagi bijaksana itu, walaupun dukung bergilir-gilir.. huhu..
tapi hubby yang dukung baby most of the time, daku angkat barang je.. hehe.. Kitorang pergi satu kereta dengan akak dan family. Tapi balik asing sebab diorang ada agenda lain. Keluar dari pukul 11 lebih dan balik dalam 5 lebih. Lama tu. Mana tak lenguh segala sendi dan urat ni kan.. huhu


Tujuan utama nak beli ear muff untuk baby sebab Jumaat ni nak balik kampung hubby by train, takut bising baby tak selesa. Dan boleh guna kalau naik flight. Tapi hampa. Takde untuk baby. Untuk children pun sold out.. Ermm.. Kalau dapat yang berbulu mesti comei..


Nak macam yang pink tu.. bukan bear tu taw..
ear muff

Pastu survey baby carrier kat boutiques dalam tu.. ada yang mahal gilos sampai RM600++.. apa jadahnya nak beli mahal macam tu. Tapi tak beli pun sebab nak tengok dulu kat MyDear~warehouse sale until 4th July. Kalau tak berkenan juga baru amik yang dekat MV tu. Tak ingat kedai mana sebab nama kedai semua lebih kurang, mothercare, motherclub, momcare.. Sampai confuse kitorg.. huhu.. Pastu baby dapat la baju dari Mothercare. Mahal, tapi sebab hubby dah berkenan sangat so beli je la. bukan senang nak tunggu dia berkenan benda mahal ni.. hehe.. Lagipun its on him.. So ada daku kisah?? Hehe..



Tapi satu kelebihan breastfeed yang daku rasa masa jalan-jalan ni adalah kami berlenggang kangkung je.. Tak payah bawa beg berisi botol, susu formula, air suam dan lain-lain untuk bancuh susu baby. Barang baby daku campak je dalam handbag ku yang besar tapi tak la besar sangat. Daku just sumbat baju spare, wipes, pampers, tuala kecil dan selimut in case baby kesejukan..


Pastu kalau baby nak minum tak payah susah-susah bancuh susu. Just cari tempat duduk dan susukan baby. Kalau kat Jusco memang ada sediakan feeding room. Tapi takkan tiap kali baby nak menyusu nak kena lari ke Jusco kan. So asal ada tempat duduk je daku belasah. Nak malu apa. Its nature cuma kena pandai cover la. Jangan sampai orang nampak apa yang tak sepatutnya.. hehe..


Nasib baik tak ada yang tegur macam ni..
breastfeed

Kalau ada yang tegur pun kenapa? Tengok perempuan bogel/separuh bogel boleh. Ibu menyusu anak in public tak boleh pula. Kena betulkan mind orang-orang macam ni. Sokonglah breastfeeding untuk kesihatan anak dan ibu.. Huhu.. Alhamdulillah daku mampu bertahan setakat ini. Semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki kami. Amin..


ps: esok ada appointment di HUKM. daku ajak hubby pergi sekali. so ponteng kelas la jawabnya hubby ku itu..

3 comments:

Ira said...

sengal je kartun tu..
Btl tu.. asal tak nmpk yg x sepatutnya da la kan.. Takkan nk biar baby nangis teresak2.. sian dia..

DiLLaiLa said...

wah3...ibu dah abes pantang ni..macam burung dapat kuar dari sangkar kan?hahaha..aku pon camtu jugak le tu nanti..huahuahua...

liza said...

hasdi:baby nangis bukan slow.lambat skt je jerit..huhu.seb baik bwk jln2 smntara nak cari tempat yg sesuai dia senyap..

dilla:kalau ikut mak daku 2bln baru bwk bb kuar jln.tp takkan nak tinggal baby.malas nak pam susu..huhu

Related Posts with Thumbnails