Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 11, 2011

10 bulan Azhad yang comel.. :)

Assalamualaikum..


Nak update pasal Azhad sikit. asyik tak sempat je. busy sikit almaklumla WAHM. time tu la nak keje, time tu la nak layan anak.. yang tak penting ni memang selalu terlepas pandang.. tapi kali ni kena FOKUS juga untuk siapkan entry sempena Azhad 10 bulan Ahad lepas.. SEE!!! dah 10 bulan 5 hari pun!!


sorry ye azhad, bukan ummi tak ingat. tapi tak sempat. masa kita jalan-jalan Ahad lepas ummi dah nyanyikan lagu besday kan.. hehe..


Alhamdulillah.. sekarang azhad dah boleh bertapak bila berdiri. before ni dia menonjet/berjengkit je bila berdiri. masa balik kelantan bulan lepas, bidan/tukang urut cakap urat peha/betis azhad tegang.. lepas tu kerap la urut, dan lepas mandi pun saya urut. alhamdulillah nampak la perubahannya. bila dah boleh bertapak ni boleh la azhad berdiri tegak, kalau tak dulu berdiri goyang-goyang je macam kena tiup angin. tapi still ada perangai lain lak. kaki bertapak tapi azhad suka goyang-goyangkan badan. joget agaknya. hehe... dah tu sekarang rajin gak berdiri. bila dudukkan dia sibuk tarik tangan kita, pegang then push kaki dia untuk berdiri sendiri. berdiri kejap lepas tu dia duduk. then berdiri balik. sampai kitorang pula yang penat. huhuhu


azhad gak dah mula memanjat. tapi dia berani panjat badan ummi dan abi dia je. benda lain tak berani lagi. kalau dia tengah meniarap, kita duduk atau baring depan dia, sibuklah dia panjat. mungkin sebab dia tau kita boleh pegang dia in case dia nak jatuh.. berhati-hati budak nih! hehehe..


azhad juga dah mula lap rumah.. kalau saya leka ngadap laptop time dia jaga, tau-tau je dia ada dekat pintu bilik. cari abi dia agaknya... hehe..

kalau bab makan pula, alhamdulillah azhad selera makan. sejak bagi dia solid food azhad tak pernah reject apa-apa lagi. semua dia belasah! apa yang ummi dan abi dia makan, semua dia makan. kadang-kadang tu yang pedas pun kitorang sumbat dalam mulut dia. tapi hisap dulu la bagi hilang rasa pedas sikit. dah tu siapa suruh tengok orang makan. kalau tengok je takpe. ni buat muka kesian dan kelaparan. padahal kadang tu dia baru je lepas makan. huhuhu... dan sekarang ni dia dah mula mengunyah menggunakan 3 batang giginya itu.





ni la kegemaran azhad kalau naik kereta. suka betul main steering.


apa lagi ye??


ermmm.. azhad sekarang suka main "haa".. dah la suara dia kasar~dah pecah suara achik cakap.. bila kita buat "ha" balik kat dia, pandai lak dia balas.. kalau merajuk pandai menjauhkan diri.. bila kitorang buat-buat nangis sebab azhad tarik rambut/cakar/cubit/gigit dll dia pun nangis. lepas tu datang kat kitorang macam pujuk gitu. chomelkan.. hehehe..


ermm.. mesti ada yg cakap, "alah.. dah 10 bulan tu je baru pandai buat?"

so what? as long azhad sihat, tak banyak songeh sudah. ~walaupun kadang-kadang terlebih songeh jugak!

development macam ni bukan boleh main paksa-paksa. lain la kalau dah besar nanti malas belajar. wajib la kena sekeh! huhuhu


k la.. see u again..


No comments:

Related Posts with Thumbnails