Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

Entry Khas Buat Maman

Hari ni hari pertama my youngest brother, Maman di Batu Pahat, sambung diploma. Hajat dihati nak join mak ayah hantar tapi busy pula.


Sedih juga bila teringat Maman. Dok bayangkan mak mesti sedih tu yang sedih. Huhuhu.


Tapi sebenarnya teringat zaman saya first time berjauhan dengan family. Masa masuk UTM dan KMPP tak sedih sangat sebab dah ada kawan yang memang dah kenal sebelum tu. Tapi masa masuk MRSM tu memang sangat sedih. First time jauh dengan family, selepas hampir 16 tahun tidur bawah ketiak mak. Huhu. Dah tu tak kenal siapa-siapa pun. Semua kena bermula dari zero. Tiap kali mandi mesti nangis teringat kat family. Seminggu juga la. Rasa macam nak cha-alif-but tapi masih waras berfikir tentang pengorbanan mak ayah.


Semoga adik kecilku menggunakan peluang yang ada sebaiknya. Enjoy your student life sebab time belajar ni la time paling best! In love, frust, success, fail, stress. Enjoy every single second.. Tapi jangan sampai lupa matlamat utama.


Bukan senang nak senang.

Lots of L O V E


Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 27, 2011

Hujung Minggu Yang..

Penat but yet happening!


Dimulai dengan makan-makan sempena birthday kaisah. Enam beradik bersua muka, ditambah dengan tiga sepupu yang semakin membesar. Bising riuh rendah rumah mak!





Pukul 6 petang kami gerak ke Palong Negeri Sembilan. Mak Long yakni kakak emak buat kenduri arwah. Empat kereta membelah jalan. Perjalanan yang begitu jauh, walaupun dalam map nampak macam dekat je. Banyak sangat pokok bertanya agaknya. Akak cakap pokok banyak tanya kat kami sebab plat kereta sabah. Hehehe


9 malam kami tiba. Majlis dah pun bermula. Makan. Sembang. Sempat juga online!


Azhad sibuk main anak tangga. Practise skill memanjat. Memang terbaik! Cuma lesen turun apa yang dipanjat belum dapat lagi. Huhu





Pukul 11 lebih kami gerak pulang. Adik-beradik mak yang lain tidur sana. Kami masing-masing ada agenda tersendiri keesokan harinya. At least kami datang juga dari takde wakil langsung walaupun dekat!


Dalam kereta semua kepenatan. Penumpang semua dibuai mimpi. Tinggallah driver seorang memandu sambil melayan perasaan. Eh.. Melawan mata la. Alhamdulillah pukul 2 pagi kami selamat sampai.





Esok harinya, ahad kami ada agenda lagi!


Tidur belum puas, Azhad dipaksa bangun seawal 9 pagi. Mengamuk! Tapi ok selepas digomol. Dalam kereta tidur sepanjang perjalanan.


Selepas beberapa jam berjalan Azhad mengamuk lagi. Diam apabila dihulur biskut tiger. Kelaparan rupanya! Habis tiga keping biskut. Makan sendiri. Comot! Tapi maintain comel! Kekeke





Sebelum balik rumah singgah makan dulu. Bila letak dalam baby chair Azhad mengamuk lagi. Ye la orang baru bangun tidur nak la peluk manja dulu. Beberapa lama baru ok.





Ni dah lewat malam, Azhad dan ummi tidur dari lepas maghrib lagi. Abi macam demam pula ni. Ummi kena kuatkan diri. Nak jaga Azhad, abi dan diri sendiri. Order tak packing lagi.


Night~~


Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, June 24, 2011

Yang Terbaru Tentang Azhad 1Y1M2W4D

Assalamualaikum..

Yeay!

Azhad just got his first step! Actually dalam awal minggu ni dia dah start melangkah tapi few days back baru saya dapat lihat dengan my own eyes. Sebelum tu azhad selalu tunjuk skill depan abi je. Paling jauh azhad jalan 8 langkah. Haruslah kami kira! Masa dia jalan tu tengah bersiaran lagu HambaMu di Oasis. Tu kan lagu favourite Azhad so dia teruja terus jalan menuju puncak ke tv. Semalam masa kat rumah ibu saya mainkan lagu ni kat youtube, bukan main suka lagi dia. Bila asyik nak tekan laptop acik saya terus simpan laptop tu. Ngamok betul azhad. Huhu


Hari ni Azhad dah 1y 1m 2w 4d.. ummi belum update pasal azhad 13m pun kan.. tak la busy sangat tapi tak boleh ngadap laptop lama-lama.. laptop yang dipinjam sudah dipulangkan.. terima kasih daun keladi, kalau baik hati apa kata bagi terus je kat the only sister ni.. huhuhu.. Samsung yang baru dibeli, payah sikit nak hapdet blog, even nak berfacebooking pun susah. rasa macam menyesal pun ada. tapi at least boleh juga main masa tengah tidur kan Azhad.. PAPAGO yang membantu kami supaya tidak sesat lagi.. ehh.. ini bukan cerita pasal Azhad nampaknya.. kekekeke



Selain dari dah melangkah, yang terbest tentang Azhad sekarang ni dia dah pandai panjat katil dan sofa.. tapi masalahnya turun dari katil pun belum terer lagi.. bahaya betul! tak boleh tinggal dia sorang la nampaknya.


Ketinggian dia pun bertambah rasanya. sebab dia dah boleh capai barang atas sinki, meja makan. rasanya tahap ketinggian sinki dan meja makan sama je kat mana-mana, kan.. So kalau letak barang memang kena letak tengah. Kalau tak memang bermain dengan pisau, gunting, kuali la jawabnya azhad nayli tu.





Azhad dah tak takut naik basikal. Sebelum ni kalau letak atas basikal mesti jerit.. Ni gambar masa kat Tesco. Azhad dok tolak ke depan ke belakang.. Sudahnya menangis juga sebab terjatuh. Duduk atas basikal pun sibuk nak berdiri. Lepas dah pujuk ok nak naik balik. Hehe


Azhad juga dah faham arahan. Contohnya bila saya suruh masukkan baju kotor dia dalam bakul before mandi. Hari pertama tu dia just tengok bakul dia dengan tangan pegang baju. Hari kedua baru bawa baju gi kat bakul. Siap dah angkat tangan nak masukkan baju tapi tak lepas. Sudahnya baju dalam bakul dikeluarkannya. Azhad kalau bab kembur barang memang superb!



Umur dah setahun lebih baru Azhad pandai masuk barang dalam mulut. Bagus la kan, tak lama lagi dah faham orang cakap so tak lama main kotor. Bila dah reti masuk mulut ni baru la ajar dia makan sendiri tapi bagi biskut je la. Tu pun selalunya lantai makan lagi banyak dari Azhad. Sudahnya saya suapkan. Sian Azhad lapar dan malas nak kemas sebenarnya. Hehehe..



Azhad makan memang tak pantang. Apa kami makan semua dia makan. Tapi kalau jajan tu kami tak bagi la. Takat bagi dia rasa sikit je. Jom tengok pic Azhad pow chocolate malt saya..





Asyik tengok azhad comel je. Sekali sekala tengok azhad comot. Tapi maintain comel macam ummi. Hehe


Azhad masih belum panggil ummi or abi. Tapi ada satu perkataan yang dia selalu sebut. "abeyak". Abi azhad ingat maksudnya berak. Tapi bila check tak berak pun. Huhu.

Kalau merajuk pun dah pandai hempas-hempas badan. Tak sempat lagi nak rakam. Biar dia tengok peel dia besar nanti. Huhu..





Budak yang bermacam ragam. Time ni dia ngamok. Tak tahu pasal apa. Lastly saya buka seluar dia nak tukar diaper takot azhad tak selesa. Tapi tak berat pun diaper dia. Dan bila tak pakai seluar tu terus gelak-gelak itu budak kecil. So biarkan dia tak pakai seluar. Panas mungkin. Bila ummi start ambil gambar dia lagi sakan gelak. Tu tutup mata sebab flash. Lama sikit baru pakaikan seluar dan tidur.


Ok la baterry galaxy tab ku dah flat. Kalau ada cicir nanti sambung update azhad 14m lak.. Daa.

Monday, June 20, 2011

Pemenang SYTC

Assalamualaikum..


Setelah hampir 2 bulan akhirnya hari ni saya nak umum pemenang yang bertuah
Maaf di atas kelewatan ini..


Drum Roll~~





Pemenang Utama adalah



v



v



v



v



v



v



v



v








Dan 3 hadiah saguhati diberi kepada







dan






hadiah:

Pemenang Utama : 1 set baju dari album SETS (Ready Stock)

Pemenang Saguhati: 1pc sleepwear dari album Sleepwear (Ready Stock)


kepada pemenang sila inbox FB JOS
nama,
alamat,
phone no dan
hadiah pilihan anda (2 pilihan, senang nak pilih if salah satu takde)
jangan lupa mention "Pemenang SYTC" ye..



Tahniah kepada semua pemenang..
Kepada yang tidak berjaya jangan kecewa, teruskan mencuba..


Thanks ALL..

Friday, June 17, 2011

Rutin Harian Azhad Nayli

Assalamualaikum..

Ini lah aktiviti azhad nayli setiap hari!






owh! Ini baru ruang depan tv. Belum tengok dalam bilik lagi!


Sampai dah tak larat nak kemas. Tapi tak boleh la kalau tak kemas langsung, nampak sangat pemalasnya walaupun saya memang pemalas. So demi kebaikan bersama, paling rajin dua hari sekali baru kemas. Kemas disini merangkumi letak mainan dalam laci dan menyapu je. Mop umah bila takde benda nak buat atau bila ada orang nak datang umah. Kekeke.


Looking at this korang rasa saya dah bersedia ke untuk adik azhad???

Hehehe~~

Tuesday, June 14, 2011

THR33

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. 3 tahun sudah usia pernikahan kami..






Semoga Allah pelihara kami dari anasir yang tidak diingini.
Semoga Allah limpahi kami dengan rezeki yang tidak putus.
Semoga ikatan ini kekal ke syurga.

~Happy 3rd anniversary darling~

Friday, June 3, 2011

Hari Bersejarah Buat Mr Hubby

This is HOT!


TAHNIAH kepada mr hubby di atas kenaikan pangkat beliau, effectively 1st June tapi majlis pemakaian pangkat telah berlangsung pagi tadi.


Isteri WAJIB hadir untuk meraikan sang suami. kena pakaikan pangkat sebelah, lagi sebelah Panglima Navy (CN)pakaikan.. haruslah i dup dap dup dap, kan!!! berhadapan dengan lebih 50 orang. CN tu i tak kisah sangat sebab i bukan kerja dengan dia so takde la perasaan gerun tu. tapi dengan crowd yang hadir, haruslah i jalan sopan santun takut terbabas.. walhal dah terseliuh pun ketika dukung azhad masa nak hantar gi rumah parents.. nasib baik lah parents saya duduk di KL jugak. emergency kes macam ni main campak je azhad kat umah parents.. hehe




one and only gambar saya dengan hubby beruniform



gambar di atas adalah sebelum pemakaian pangkat baru. masih Lt TLDM lagi.. pendeknya saya walaupun dah pakai kasut tumit tinggi.. huhuhu. baju recycle je, before this pakai sekali je masa wedding abang di Triang. tak kuasa i nak berhabis untuk majlis yang berlangsung tak sampai sejam ni.. makan je lama. selagi CN tak balik, tak boleh balik.. tapi ada Jr hubby tanya kat hubby,

" wife Tn buat facial ke datang sini?"

owhh.. i think this can call a compliment, kan! mesti sebab saya nampak lain sebab dah make up. tapi tak la beria sangat. just basic make up, lipstick lips ice, eye shadow, eye liner and merah pipi sikit.. or mungkin ini menunjukkan betapa comotnya saya kebiasaannya.. haha.. MEMANG pun!



sekarang nak story sikit pasal azhad yang ditinggalkan.. alhamdulillah.. walaupun azhad tak biasa pernah ditinggalkan sendiri without both of us, but he was good.. tak la mengamuk tak tentu pasal. makan dan main dengan abang azief.. abang pun baik, beralah dengan azhad. bagi je adik main mainan dia. kalau ummi dan abi azhad ada, abang azief siap berebut. dia tahu kesian kat azhad..


cuma bila nak tidurkan azhad, mak cakap kali ke-3 tidurkan baru dia tidur. tidurkan without susu ye.. since azhad masih fully bf dan saya tak buat stock langsung! mak bagi azhad makan kenyang-kenyang, then just tepuk-tepuk je untuk tidurkan dia. kalau saya tidurkan dengan nenen pun macam tu juga. 1st round, lepas puas minum dia bangun main.. yang kedua pun sama. 3rd round baru dia tidur. itu pun selalunya saya kena duduk dodoikan.. tapi mak cakap azhad dapat tidur dalam setengah jam je. sebab telinga dia sangat sensitif. pantang ada bunyi sikit dia terjaga. sian ibu azhad. nasib baik lah tak lama.. dari pukul 9am, pukul 130pm ktorang dah sampai rumah mak..



malamnya kami keluar ke Jusco AU2.. konon untuk celebrate, paw orang naik pangkat. tapi takat paw kat food court Jusco je. nak paw arab/chinese etc takut tekak tak boleh terima je.. huhu.


sesampai di Jusco tu baru teringat hari ni ada JCard Day.. WAAA!!! Frust! tak teringat langsung. kalau tahu memang sure ajak keluar awal.. walaupun kitorang sampai situ lepas maghrib tapi tak sempat nak shopping sangat. cari seluar azhad yang labuh bawah lutut since azhad masih merangkak. seluar yang ada semua dah senteng. dapat lah baju dia 2-3 pasang. nak shopping untuk diri sendiri tak sempat.. a friend of mine cakap nak tumpang rumah this weekend, tu yang kami agak rushing tadi..




budak yang gembira dapat shopping..



ps: lamanya tak shopping untuk diri sendiri. esok nak keluar shopping baju raya.. tema??

Related Posts with Thumbnails