Friday, June 24, 2011

Yang Terbaru Tentang Azhad 1Y1M2W4D

Assalamualaikum..

Yeay!

Azhad just got his first step! Actually dalam awal minggu ni dia dah start melangkah tapi few days back baru saya dapat lihat dengan my own eyes. Sebelum tu azhad selalu tunjuk skill depan abi je. Paling jauh azhad jalan 8 langkah. Haruslah kami kira! Masa dia jalan tu tengah bersiaran lagu HambaMu di Oasis. Tu kan lagu favourite Azhad so dia teruja terus jalan menuju puncak ke tv. Semalam masa kat rumah ibu saya mainkan lagu ni kat youtube, bukan main suka lagi dia. Bila asyik nak tekan laptop acik saya terus simpan laptop tu. Ngamok betul azhad. Huhu


Hari ni Azhad dah 1y 1m 2w 4d.. ummi belum update pasal azhad 13m pun kan.. tak la busy sangat tapi tak boleh ngadap laptop lama-lama.. laptop yang dipinjam sudah dipulangkan.. terima kasih daun keladi, kalau baik hati apa kata bagi terus je kat the only sister ni.. huhuhu.. Samsung yang baru dibeli, payah sikit nak hapdet blog, even nak berfacebooking pun susah. rasa macam menyesal pun ada. tapi at least boleh juga main masa tengah tidur kan Azhad.. PAPAGO yang membantu kami supaya tidak sesat lagi.. ehh.. ini bukan cerita pasal Azhad nampaknya.. kekekeke



Selain dari dah melangkah, yang terbest tentang Azhad sekarang ni dia dah pandai panjat katil dan sofa.. tapi masalahnya turun dari katil pun belum terer lagi.. bahaya betul! tak boleh tinggal dia sorang la nampaknya.


Ketinggian dia pun bertambah rasanya. sebab dia dah boleh capai barang atas sinki, meja makan. rasanya tahap ketinggian sinki dan meja makan sama je kat mana-mana, kan.. So kalau letak barang memang kena letak tengah. Kalau tak memang bermain dengan pisau, gunting, kuali la jawabnya azhad nayli tu.





Azhad dah tak takut naik basikal. Sebelum ni kalau letak atas basikal mesti jerit.. Ni gambar masa kat Tesco. Azhad dok tolak ke depan ke belakang.. Sudahnya menangis juga sebab terjatuh. Duduk atas basikal pun sibuk nak berdiri. Lepas dah pujuk ok nak naik balik. Hehe


Azhad juga dah faham arahan. Contohnya bila saya suruh masukkan baju kotor dia dalam bakul before mandi. Hari pertama tu dia just tengok bakul dia dengan tangan pegang baju. Hari kedua baru bawa baju gi kat bakul. Siap dah angkat tangan nak masukkan baju tapi tak lepas. Sudahnya baju dalam bakul dikeluarkannya. Azhad kalau bab kembur barang memang superb!



Umur dah setahun lebih baru Azhad pandai masuk barang dalam mulut. Bagus la kan, tak lama lagi dah faham orang cakap so tak lama main kotor. Bila dah reti masuk mulut ni baru la ajar dia makan sendiri tapi bagi biskut je la. Tu pun selalunya lantai makan lagi banyak dari Azhad. Sudahnya saya suapkan. Sian Azhad lapar dan malas nak kemas sebenarnya. Hehehe..



Azhad makan memang tak pantang. Apa kami makan semua dia makan. Tapi kalau jajan tu kami tak bagi la. Takat bagi dia rasa sikit je. Jom tengok pic Azhad pow chocolate malt saya..





Asyik tengok azhad comel je. Sekali sekala tengok azhad comot. Tapi maintain comel macam ummi. Hehe


Azhad masih belum panggil ummi or abi. Tapi ada satu perkataan yang dia selalu sebut. "abeyak". Abi azhad ingat maksudnya berak. Tapi bila check tak berak pun. Huhu.

Kalau merajuk pun dah pandai hempas-hempas badan. Tak sempat lagi nak rakam. Biar dia tengok peel dia besar nanti. Huhu..





Budak yang bermacam ragam. Time ni dia ngamok. Tak tahu pasal apa. Lastly saya buka seluar dia nak tukar diaper takot azhad tak selesa. Tapi tak berat pun diaper dia. Dan bila tak pakai seluar tu terus gelak-gelak itu budak kecil. So biarkan dia tak pakai seluar. Panas mungkin. Bila ummi start ambil gambar dia lagi sakan gelak. Tu tutup mata sebab flash. Lama sikit baru pakaikan seluar dan tidur.


Ok la baterry galaxy tab ku dah flat. Kalau ada cicir nanti sambung update azhad 14m lak.. Daa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails