Thursday, July 21, 2011

My 1y2m2w1d Toddler

Assalamualaikum..


Alhamdulillah azhad dah 1y2m2w1d.. nak update sikit pasal azhad sekarang nih..






cuba teka dia buat apa tu?? sebenarnya lepas pakai cd tu memang saya nak ambil gambar azhad pakai cd baru. sekali dia posing macam tu daa.. memang terbaik la dapat snap macam tu kan.. kepala dia cecah lantai ok! abi cakap tu namanya 'commando rest'. istilah askar.. azhad selalu buat macam tu bila dia ngantuk tapi tak nak tidur. agaknya buat macam tu boleh hilangkan ngantok kot.. or nak tidur macam tu? nama pun commando rest kan.. huhu..




Azhad sekarang dah berjalan. memang agak lambat compare to cousins dia belah saya. tapi kalau belah abi azhad rasanya lebih kurang je. tapi azhad bukan takat berjalan, lari pun dah terer. since dia baru dapat kaki pun terus berlari. orang cakap kalau budak jenis suka menonjet memang jalan cepat a.k.a berlari.. huhu





pic di atas masa ktorg keluar sabtu lepas. mentang-mentang dah dapat kaki, nak berjalan je keje. ni azhad sedang cuba melepaskan pelukan/dokongan abi dia.. bila dia dah start jalan ni baru la terasa, "oh.. azhad dah besar!" kalau tak jalan lagi, walaupun umur dah 1 tahun lebih rasa macam baby lagi. now he is a toddler.. my cutiey toddler..



azhad gak dah pandai makan biskut sendiri TANPA buang! dulu kalau bagi biskut mesti ada tinggal sikit. part yang dia pegang tak boleh nak masuk mulut. sekarang kalau bagi biskut mesti ummi check satu rumah kot-kot ada sisa dia buang mana-mana. tapi memang takde. yang ada setakat abuk-abuk je.. good boy la sayang! lepas ni abi cakap boleh ajar makan mee, nasi.. owwwwhhh.. itu belum lagi. tak rajin ummi nak mengemasnya nanti. kekeke





budak kelaparan makan biskut tiger. habis tiga keping. habis kotor baju abi azhad!





ni gambar azhad panjat katil. time ni dia reti panjat, tapi tak reti turun. sekarang azhad dah pandai turun apa yang dia panjat. katil. sofa.. nasib la meja dia tak panjat lagi.. huhu


Alhamdulillah azhad masih full bf. syukur atas rezeki Allah. walaupun rasa macam sikit je susu. tapi sekarang azhad akan menyusu bila nak tidur, dan tengah tidur je. kalau time main dia tak peduli sangat. lagipun dah makan, minum macam-macam.. tapi kena bagi susu ada juga. lagi-lagi nak puasa ni. dan azam nak susukan azhad sampai umurnya 2 tahun. semoga Allah permudahkan..


Sekarang gigi azhad dah 6 batang. 4 atas, 2 bawah. tak ingat pernah update pasal gigi ke-5 dan ke-6 belum. tapi jarak dua gigi last ni tumbuh dengan 4 gigi awal tu agak lama la..


ermmm apa lagi ye?? fikir fikir fikir


oo ya.. paling latest! azhad suka angkat badan dia dalam keadaan baring. macam mana nak describe ye? ermm.. dia baring, then angkat badan dan bontot ke atas. tinggal kaki dan kepala kat lantai. boleh imagine tak? alaa.. kalau tengok Maharaja Lawak minggu silent comedy si Mamat Sepah ada buat, Shuib Sepah pun ada buat masa minggu dia jadi perempuan nak bersalin. ok! harap dapat imagine la ye.. yang tak bestnya tinggal kepala je kat lantai. takut gak terpatah tengkuk tu. sama la bila dia buat commando rest tu. dah la selalu buat dua aktiviti tu bila time nak tidur malam. time tu abi selalu dah berdengkur. ummi pun selalu dah terlelap. risau je.. kena marah dengan abi, dia stop. lepas tu buat balik. budak bukan faham apa.. harap-harap tabiat tu tak lama la. takut memudaratkan je..


ok la.. tu je la kot.. nanti nak tepek video aktiviti azhad bermain...


adios!!

5 comments:

DiLLaiLa said...

best baca!aku pon dah lame x tulis progress sufia..masa oh masa...dimana kamuuu...?

liza said...

kena tulis dilla. kalau tak nanti lupa.. lain ari lain perangai anak ni.. hehe

AzUraAa said...

wow..dah besar & dah boleh buat macam2...comel je..pasni jenuh la ummi nak mengejar si azhad ni plak...hehehe...

Ira said...

skejap je masa berlalu. da besar da azhad. azhad da ckp ke blum? kalau da ckp nnt, mesti letih nk layan kan?

liza said...

azura: tu la sekarag ni pun penat nak kejar. gi mana2 mesti nak jln sendiri


hasdi: belum lg. tp banyak mengomel gk. dah dapat mulut nanti letih nak menjawab lak.. huhu

Related Posts with Thumbnails