Tuesday, July 31, 2012

Birthday Treat (entry tertunda)

Assalamualaikum..


16 July yang lepas ada encik tu belanja kami makan di restoran Arab sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-tut.. tahun depan dah masuk 3 series.. huhu.. kalau ikutkan hati nak gi makan pada hari kelahiran saya, 17 july tapi takut melepas pula nanti. dah encik tu angin dia tengah baik nak belanja makan. nanti datang ribut taufan dia, apa pun tak dapat. kekekeke~~



mula-mula encik tu bagi dua pilihan, samada restoran Arab atau steamboat. saya pilih la restoran Arab sebab encik tu selalu cerita makan kat restoran Arab. orang belanja la, teman orang la.. saya baru nak merasa. dah tu ada orang nak belanja. tapi encik tu lebih prefer makan steamboat sebab dia teringin sangat. kalau dah teringin tu, anytime je boleh pergi tak payah nak tunggu celebrate birthday ke apa. tambahan pulak encik tu yang teringin lagi la senang nak pergi. kalau saya yang teringin jawabnya kena keluar duit dari poket sendiri lah.. hehehe..



jom tengok sekitar makan-makan tu.. tapi gambar tak cun la. tak dapat snap full meals sebab nak makan cepat, nak balik cepat. dengan kerenah dua hero tu lagi.



mula-mula baik je duduk dalam stroller dia. orang nak makan je dia jerit.. nak makan juga? tunggu lagi 2 bulan ye...





setelah kekenyangan. masa tunggu makanan siap pukul meja guna sudu sambil jerit "lapar". nasib lah dia pelat sikit so orang tak faham kot. huhu





ni kebab azhad yang punya. lain la dari kebab malaysia. bukan takat azhad, kitorang makan pun tak habis. siap tapaw balik rumah. membazir makanan mahal buang-buang. hehe




antara lauknya.. kambing of course. takkan masuk restoran arab nak makan ayam ikan. boleh tapi macam pelik la kan. so saya yang tak pernah makan kambing ni, belasah je la...




encik tu dengan anaknya yang sebiji macam dia.. takde rupa emak dia kan.. ermm sedih.. huhu




ni la tempatnya. boleh click gambar utk ke FB restorant. KELLASSS.. gambar ni amik kat situ. sangat dekat dengan rumah kami. dalam 5-10 minit je. naik kereta la..




gambar birthday girl takde. huhuhu.. review makan kat sini? for me ok kot sebab kali pertama makan makanan arab. tapi hubby cakap mahal dari tempat dia pernah pergi. memang nak pergi tempat yang dia pernah pergi tu, tapi jauh sikit area setapak lagipun kedai tu belah atas, takde lift. macam susah sikit nak bawa baby naik stroller. so pergi yang depan mata je la. dah tertulis rezeki mereka. hehe..



errmmm... buat masa ni macam takde harapan nak dapat hadiah je... kecewa. tapi tak pe.. kalau encik tu tak nak bagi hadiah, akan ku kikis duitnya sedikit demi sedikit.. wakakaka.. macam apa je bunyinya. hehe


daaa~~~~~

Saturday, July 21, 2012

Moist Chocolate Cupcake

Actually ni bukan hasil pertama dari oven baru. Before this en suami dah rasmikan dengan bakar pizza, panggang ayam, daging dan ikan. Saya pun dah guna untuk bakar pizza dan carrot cupcake. Pizza tu pizza segera je. Beli roti pizza, sapukan bahan-bahan yang digemari, tabur cheese, masuk oven. Ting! Siap! Carrot cupcake buat 2 trip sebab Azhad suka makan. Resepi dari internet je. Nanti buat lagi ku ambil pic then tepek sini..


Semalam gagahkan diri buat chocolate cake walaupun kepala tengah weng. Resepi sama macam yang pernah buat dulu. Tapi kali ni guna cawan besar, so kena adjust la yg lain-lain macam backing soda, backing powder dan telur. Walaupun resepi tu untuk kukus tapi ku bakar je. Alhamdulillah menjadi juga. Kali ni buat dalam cup so jadilah chocolate cupcake. Sebabnya senang anak kecilku nak makan. Kalau buat dalam loyang leceh nak potong.








Hajat hati nak buat topping tapi bila fikir kalau ada topping nanti azhad makan topping je cake tak makan, so dibatalkan la niat itu. Owh.. Kali ni adunan banyak, separuh buat dalam cup separuh lagi masuk dalam loyang. Hasil bakaran malam tadi dibawa balik kampung. Memang niat nak buat cake untuk balas tupperware mak. Nak masak tak reti, at least buat cake pun ok lah. Takkan nak balas bekas kosong. Huhuh. Boleh buat makan berbuka nanti. Silap-silap habis dibelasah anak-anak sedara.


Ok la.. Selamat berpuasa semua. Semoga segala amalan kita diterimaNya. Maaf zahir batin

Assalamualaikum


Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, July 17, 2012

Shopping Di Pureen Sales

Assalamualaikum


Last sunday kami pergi pureen warehouse sales di PJ. Walaupun kereta sudah penuh dengan stock, sampai ummi dan baby terselit dalam kotak-kotak, tapi shopping tetap diteruskan jua. Hehehe. Owh. Ini adalah kali kedua kami shopping sini.


Kami tiba di sana dalam pukul 4pm le
bih nak dekat pukul 5pm. Pukul 6pm sales berakhir dan itu adalah hari terakhir sales. Orang tak ramai sangat, baju pun tak banyak pilihan. Tapi barang lain banyak lagi. Tujuan kami pun nak beli sabun mandi anak-anak je. So takde la frust sangat. Kalau pergi first day (14/7) mesti banyak pilihan tapi apakan daya hari tu en suami duty, berkhidmat untuk negara. Ahad tu pukul 9am baru balik rumah. Rehat kejap, pkl1 gerak ambil barang. Demi isteri tercinta. Kekeke. Tapi nasibnya dapat isteri yang malas masak. Im sorry!



Ok! Berbalik pada cerita asal. Kami spent time di situ dalam 30 minit je, dan menghabiskan rm100+, tapi tak sampai rm150 pun.







Ni barang yang kami beli:
Baby yogurt bath x2
Kid yogurt bath x2
Family bath x1
Plate & bowl 2pcs/set x1set
Bowl with spoon x2sets
Toothbrushes buy 2 free 1 (utk 2-6y. 2 tahun x payah belikan berus gigi azhad lagi. Hehe)
Toothbrushe baby (alaa.. Yg masukan jari dalam sarung plastic tu)
Socks x2
Teether x1 (utk baby yg dah start masuk tgn dlm mulut)
Tee x2 (1 abg, 1 adik. Kalau byk pilihan byk la dapat)
2pcs set cloth x1set (utk baby, utk abg baju belasahan xde yang best)
Plastic spoon & fork 1pack (ada byk pcs, tak ingat berapa)
Baby wipes mini 2packs/set x3sets


Ermm.. Apa lagi ye? Rasa tu je kot. Kami tak borong pampers sebab stock banyak lagi. Lagi-lagi baby punya. Ada 2packs size M tak buka lagi. Dah la rasa macam nak tukar size L je sebab bila pakai tu berbekas peha dia, belah belakang pun ngam-ngam je cover bont** dia. Huhuhu. Semangat ini budak handsome :p


Rasa memang berbaloi la shopping time warehouse sales ni. Kalau 1 barang boleh jimat rm4, 10 barang dah berapa, kan!


Ok la. Sehingga bertemu lagi.


Adios!!


Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 14, 2012

4TH Anniversary

Eh! Bukan hari ni la. Tapi sebulan yang lepas!








Alhamdulillah sudah masuk tahun ke empat kami melayari kehidupan bersama. Dikurniakan 2 anak lelaki yang sihat dan cerdik. Semoga anak-anak kami menjadi anak yang soleh, berguna dunia dan akhirat.


Sepanjang 4 tahun ni macam-macam yang berlaku. Ada suka dan duka. Betul la kata orang, dua tahun pertama adalah honeymoon years. Semuanya indah. Kentut pun wangi. Bila masuk tahun ketiga dan keempat, ada je yang tak kena. Salah sikit, tak bertegur sapa 2-3 hari. Owh. Setakat ni takde la lebih tiga hari. Selalunya saya la mengalah. Tak kira la siapa yang merajuk. Ermmm..



Time hati tengah panas rasa nak keluar rumah. Biar dia rasa kehilangan. Kan manusia ni biasanya akan menghargai benda yang sudah tiada. Tapi nasib la tak ikut rasa hati tu. Kalau tak, bertambah buruk keadaan. Waktu perang dingin mesti rasa nak duduk jauh-jauh. Kira perkahwinan jarak jauh (pjj) la. Bila duduk asing-asing baru la ada rindu-rinduan, loving gitu. Bergayut sebelum tidur, kalau merajuk ada orang pujuk. Oh! Indahnya zaman bercinta.



Tapi mak selalu pesan, "kalau husband kena transfer, ikut!!" Sedangkan yang duduk serumah pun boleh pasang lain, ni kan pula tinggal berjauhan. Nauzubillah.



Nampak macam dah tak loving kan. Ye la, keluar berjalan tak boleh pegang tangan sebab ada tangan kecil lain yang perlu dipimpin. Nak dating berdua tak boleh sebab ada si cilik yang perlu dijaga. Makan bersama pun susah sebab kadang time tu la si adik menangis, abang seperti biasa membuas di meja makan. Tidur pun dah kena tambah tilam. Adik dengan ummi, abang dengan abi. Nak sembang sebelum tidur jarang sebab nanti mengejutkan si kecil. Ermm. Rindunya macam dulu-dulu. Huhu. Gedik! Itu lah namanya kehidupan! Perlu berkorban! Walaupun time gaduh tu rasa menyampah! Tapi sebenarnya ada sayang!



Walaupun sudah 4 tahun berumah tangga, saya masih tak pandai masak. Masa duduk di sabah memang tiap hari saya masak sebab hubby balik lunch. Bila di KL ni hubby tak balik lunch. Biasanya saya akan masak pukul 3 time Azhad tidur. Tapi bila dah ada arsyad macam susah sikit nak ikut jadual tu sebab most of the time, bila abang tidur, adik bangun. Abang bangun, adik tidur. Ada shift. So susah sikit nak ke dapur. Alasan! Orang lain anak ramai boleh je masak!!


Entah! Arsyad dah nak masuk 4 bulan tapi saya macam tak boleh manage time lagi. Ingat ye, saya ni working at home mom (wahm) bukan stay at home mom (sahm). So selain dari urusan rumahtangga dan anak, saya juga perlu uruskan bisnes yang memerlukan feed back ASAP. 3in1 gitu.. How i wish boleh jadi fulltime housewife. Tak payah nak online 24/7. Boleh layan pinoy ke, bella ke, sinetron ke. Psstt.. Skrg tgh layan Mara Clara (3-4pm tv3) dan 49 days (4-530pm prima). Lagila tak jadi kerja. Huhu..


Biasanya rabu dan jumaat akan beli makanan di pasar malam. Hari lain tu saya akan cuba masak sikit. If keadaan tak mengizinkan sebab anak-anak meragam, hubby balik kerja akan masak. Kalau time dia sampai rumah saya tengah masak, dia akan suruh jaga baby, dia sambung masak. Weekend pun hubby masak. Syukur sangat hubby ok je. Tapi tak tahu la nanti-nanti dia berbunyi, kan. Tapi tu la, asyik ngelat je bila nak pandai masak?



Bila time gaduh tu mesti ingat yang negatif pasal pasangan kan, kena la selit sikit yang positif macam rajin masak, so takde la marah sangat. Tapi kalau hubby nak ingat yang positif pasal saya, apa dia ye? Ada ke? Huhuhu



Entry sebelum ni ada cerita pasal oven, kan. Akhirnya berjaya dibeli ahad lepas. Beli yang murah je. Oven semata, no microwave. Saya yang bayar tapi hubby janji nak share. Janji wajib ditunaikan. Hehe






Gambar kotak je. Nak tahu harga pergi cari di tesco. Mesti korang cakap "murah je pun nak share!" Harta sepencarian ni. Kekeke


Disebabkan dah buntu nak masakkan untuk azhad, di tambah dengan semangat oven baru, saya beli la ini..






Simple je resepi dia. Tapi semua pun tak pernah terfikir nak buat macam tu. Nampak sangat tak pandai masak. Huhu. Hasilnya nanti la saya share. Semoga dengan adanya oven ni, saya akan rajin memasak. At least backing cake ke. So ada la perkara positif pasal saya yang hubby boleh ingat. Hehe


Ok la. Dah melalut dah ni. Ini la yang dinamakan entry jamak..

Daa~~




Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 8, 2012

Handbag. Help Me!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Aduss. Confuse mak!!

Semalam pergi Aeon AU2 untuk lunch. After lunch naik tingkat atas nak cuci mata tengok kasut dan handbag. Saja tengok kot-kot ada yang berkenan. Usya harga boleh bajet beli before raya nanti. Sekali memang dah terbekenan. Banyak pula beg comei.. Sembonia, alen delon (confirm salah eja ni), swiss polo etc (alaa brand biasa kat Jusco tu). Tapi tak terus beli sebab nak tunggu puasa, selalu ada design baru nak raya. Lagipun teringat kat bags yang saya berkenan macam yang dah story dalam entry lepas.


Dalam fb tu memang banyak yang comel. Guess, Coach, Fossil, CK etc. Tapi saya berkenan kat 3 bag. CK dgn Fossil. Harganya kebetulan sama ketiganya. Masih dibawah RM500 each. Kalau Guess dan Coach tu dalam RM700+. Nak beli boleh tapi bila fikir saya ni tak kerja, kalau beli barang original dari US macam tu pun nanti orang ingat barang Petaling Street/Chow Kit. So baik tak payah. ♡hu♡hu♡hu♡


Ok! Pasal keaslian barang tu, rasa-rasa betul ke ye? Sebab owner fb ada letak gambar luar kedai, dalam kedai, gambar barang yang dibeli dalam kereta. Dan tengok feedback dari customer memang meyakinkan.



Saya search juga product yang berkenan dalam internet, mostly page dari malaysia memang ambil barang ni dari us, buat preorder gitu. Tempat lain tu mahal sikit dari fb ni.



So sekarang ni tengah mempertimbangkan sebab ketiga-tiga bag tu available. Tapi saya nak sling, 1 dari Fossil je ada sling. CK dgn lg 1 Fossil tali pendek. Dah la berkenan gila dengan CK actually, tapi tak boleh sling. Dalam keadaan beranak kecik ni sling bag je yang sesuai, senang nak dukung anak. Lagipun memang dari zaman remaja saya suka sling bag.


So sekarang nak minta pendapat rakan yang bijaksana sekalian. Proceed dengan Fossil? CK? Atau lebih selamat rembat je bag kat Jusco?


Any opinion sangat la dihargai. Sekian

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 6, 2012

Aktiviti Anak2 + Birthday Gift Wishlist

Pejam celik, pejam celik dah Julai. Hari ni dah 6 Julai pun. Cepatnya masa berlalu.



Hari ni Azhad genap 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah dia diberi kesihatan yang baik dariNya. Semakin aktif, semakin bijak walaupun mulut tak banyak cakap lagi. Cuma sekarang ni dia susah nak makan. Suap nasi tak nak, mee tak nak. Sarapan bagi biskut cicah milo pun susah nak habis sekeping. Kalau bagi roti , nugget lagi la susah. Selalu minta air je. Tapi dia tak merengek dan nak tidur pun senang. Kira tak lapar sangat la kot. Dia makan bila betul-betul lapar. Time tu memang mengadap depan pinggan, tak main-main. Azhad pantang jumpa pen. Dulu habis di congkel kerusi jati abi dia, sekarang sibuk conteng dinding dan sofa kerajaan. Jenuh la nak kena cat dinding dan cuci sofa nak pindah nanti. Bila nak pindah? Anytime atas arahan. Tapi harap tak ke mana la sampai hubby habis service lagi 5 tahun.






Hasil kreativiti Azhad Nayli





Arsyad pula baru belajar mengiring. Kepala dengan badan dah pusing. Tinggal bontot je tak pusing lagi. Berat agaknya. Hehehe.. BERUSAHA!!! Gelak mengekek dah bila diagah. Abi dia selalu sebut mengilai, macam pontianak dah! Sangat bahagia tengok dia gelak. Tapi bila tengok Azhad men'tsunami'kan rumah rasa nak makan budak je. Huhu



Recycle baju abang. Time abang pakai dulu umur 5 bulan tapi longgar lagi. Adik 3 bulan pakai fit.





Sedikit perkembangan anak-anakku. Ehh.. Macam tak caya je ada 2 anak. Bila tidurkan azhad time petang tu kadang-kadang tertidur sama. Tetiba je dengar ada baby menangis. Cepat-cepat bangun teringat ada anak lagi seorang kat luar. Hehe. FYI, Azhad dah tak bf lagi, tapi bila nak tidur memang kena baring dengan dia sampai dia tidur..



OK! Bulan Julai adalah bulan kelahiran saya, emak dan ajim (adik 2nd last ku). Ada plan nak buat makan-makan dengan family sebab dah lama tak gather ramai-ramai. InsyaAllah awal puasa nanti la kot. Sahur dan berbuka bersama. Harap-harap semua dapat balik kampung. Ceh! Yang menaip ni macam dapat balik je. Mudah-mudahan takde gaduh-gaduh, tarik muka ke time tu. Kalau tak memang susah la nak ajak si dia balik kampung. Huhu



Tetiba birthday tahun ni ada wishlist pulak! Sebelum ni takde apa pun. Siap tak tahu nak minta apa kat hubby. Nak tahu apa present yang diidamkan?


Mula-mula dah hint hubby nak handbag baru. Sebab handbag yang diusung ke sana sini dah koyak. Baru setahun guna. Actually dari Dec aritu dah ada torehan sikit. Macam kena gunting. Mungkin sebab saya ada letak gunting dalam bag tu. Time tu masih under warranty lagi. Tapi bila baca kat kad tu tak cover kerosakan macam tu so pasrah je la. Sekarang ni tempat tertoreh tu dah koyak. Dah tak boleh nak cover. Kalau nak cover pun kena pakai belah yg koyak tu menghadap dalam, yang other side ke luar.



Ni la dia bag itu. Gambar raya tahun lepas.




Bag semBONIA je. Harga rm200+. Takde la sampai beribu. Tak kuasa nak beli bag mahal-mahal. Biasa bajet bawah rm500 je. At least ada la reward untuk diri sendiri setelah penat bekerja siang malam kan. Baru lah nampak hasilnya. Lagi-lagi yang kerja sendiri macam saya ni. Hajatnya nak la beg baru untuk raya ni. Tapi tak tahu la dapat ke tak. Kalau dapat pun mungkin kena beli sendiri kot. Huhu. Sebelum taip entry ni ada jumpa facebook jual barang dari USA. Rakyat malaysia. Mungkin kerja or study sana. Bila outlet sana ada sales dia borong kaw-kaw then jual kat Malaysia. Saya baru tanya stock, harap salah satu yang berkenan tu ada stock lah. Nak taw fb nya? Cari JUALAN MEGA USA. Malas nak link.



Secondly rasa nak oven. Tapi kalau dapat oven, bukan untuk saya seorang. Tu kegunaan bersama. Silap-silap hubby yang lebih kerap guna. Huhu. Rasa nak oven ni bila tengok member rajin gila baking cake lah, muffin lah. Rasa macam nak try tapi takde oven. Nak cari resepi kukus susah sikit. Lepas tu baru-baru ni hubby ada suruh belajar buat kuih raya. Siap cakap, mana tahu boleh buat bisnes kuih/kek pulak.Tapi time tu saya macam malas nak layan. Mana ada masa nak baking ni. Nak bisnes kek pulak? Sekarang pun rumah tunggang terbalik je. Kalau tambah bisnes, rumah dah tak serupa rumah kot. Huhu. Lagipun kitorang jenis kurang makan kuih raya ni. Lebih gemar makan kerepek, kacang macam tu. Tapi kalau almond london tu wajib terkam. Hehe.. Baru-baru ni lak ada terjumpa group fb HSFFYB (homemade solid food for your baby). Ada menu dan resepi untuk anak-anak. Dengan masalah azhad yang tak berapa nak makan sekarang ni rasa macam nak try buatkan dia kek ke, cookies ke. Buatan sendiri boleh kawal kandungan gula kan. Kalau beli ready made macam-macam bahan yang tak elok ada dalam tu.



Thirdly nak high heel. Gara-gara high heel ku kena rembat masa balik Kelantan hari tu. Masa balik kampung tu kan ada buat majlis akikah arsyad. Keesokan harinya lepas kenduri tu kami nak keluar, tengok-tengok kasut dah buruk. Mula-mula confuse juga la tengok kasut tu buruk. Sekali pandang design memang sama. Tapi fikir mungkin sebab lama tak pakai jadi buruk macam tu. Lepas tu tengok brand cap ayam je. Cakap kat hubby, kasut saya murah-murah pon crocodile. So memang confirm lah kena rembat. Sama ada salah sarung, atau memang disengajakan tak tahu la pula. MIL ada la sebut nama jiran dia yang sama size dengan saya, ingat nak pergi tengok tapi tak berkesempatan. Saya ni dah la jenis pakai sampai hancur. Nak beli banyak-banyak memang tak la. Orang tak bekerja kan. Beli banyak pun nak buat apa. Biasa akan beli yang boleh pakai pergi mana-mana pun. Bila dapat ganti tak tahu la. Nak raya nanti kot, ada sales kan. Tapi leceh sikit nak shopping bawak budak-budak ni..



Setakat ni tu je yang ku idamkan. Harap-harap ada la orang nak sponsor handbag, oven share, kasut beli sendiri pun takpe. Hehehe. Tapi buat masa ni orang tu macam suruh saya beli oven. Kalau nak bagi hadiah bag tak pe jugak. Kalau semua kena beli sendiri, nangis i!!



Ok la. Sekian saja buat kali ini. Next entry bila agaknya? Huhu


Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts with Thumbnails