Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 4, 2010

Bertiga dengan MAS

Tengok tajuk pun dah tahu isi kandungan entri kali ni.. huhuhu


For the 1st time kami terbang by MAS bertiga balik KL 9 Sept lepas dan flew back to KK 27 Sept.


Nothing much to wrote sebab Azhad seperti biasa.. SANGAT cool.. Alhamdulillah tak meragam sepanjang 2 penerbangan itu..


Flight to KL ~ azhad tidur sepanjang penerbangan. bangun menyusu je. ni disebabkan kami kuar dari rumah seawal jam 6am kena lapor diri di Kem Lok Kawi dulu. dalam van bomba tu dia tidur la kejap. ~ kami ke airport naik van bomba dihantar oleh driver unit bomba.. masa kat airport azhad tak tidur sangat. masa dah nak boarding tu dia nak tidur tapi ummi tak bagi sebab nak dia tidur dalam flight.. ngamuk2 si kecil tu.


Kejadian yang benar-benar belaku terhadap saya.. ada ke patut tapak kasut kiri tercabut. time tu dah masuk balai berlepas. cari kedai kasut takde. yang ada jual selipar nike RM70. hubby suruh beli je tapi amik size besar bagi kat dia. uhh.. dah la selipar macam selipar jepun.. harga mahal macam tu. tak kuasa.. sudahnya pakai je la kasut tu. jalan pun terhenjut-henjut gitu.. sampai KL central baru beli baru.. aduss.. lari budget..



KK International Airport



Menyempat je dlm baby washroom.. huhu



The best thing penerbangan kali ni adalah layanan yang best. stewardess peramah. kitorg duduk line belakang sekali. rasanya yang bawa baby dan anak semua duduk belah belakang. senang nak handle kot.. kalau nangis or bising tak kacau orang depan sangat.. stewardess tu siap bagi gula-gula kat budak-budak untuk elak ear popping.. dia offer bantal dan extend seat belt untuk baby.. dan bagi gift buku cerita dan shaver kit.. i like... :) terasa la kewujudan kami dan baby.. naik AA last time macam kita dengan baby ni tak wujud je.. tak tanya pun if need help.. ermm.. perlu diingatkan diri sendiri.. AA tu murah, MAS ni mahal. so memang la service pun berbeza.. huhu



gift from MAS..



Flight to KK ~ Dalam sejarah betul.. 2 kali azhad buat project. 1st masa baru masuk kapal terbang. time tu orang belum ramai masuk, yang ada baby dan warga emas je masuk dulu. terus la kitorg masuk toilet dan tukarkan diaper dia.. merasa la saya masuk toilet kapal terbang.. haha... 2nd time masa kapal belum stable lagi.. isyarat pasang tali pinggang lom padam lagi. tp steward dah start jalan.. kitorg tunggu kapal tak senget sgt baru gi tukarkan diaper dia.. aduyai sayang ummi ni.. time macam tu la nak buat project. tapi at least merasa la ummi masuk toilet kapal terbang. kalau tak memang takde la.. ummi lagi sanggup tahan segala rasa tu. unless kalau dah tak boleh tahan lagi.. huhuhu..



Kali ni Azhad tak banyak tidur.. banyak jaga dan main.. masa nak mendarat pun tak tidur. menyusu pun tak. takut gak dia nangis sebab tak selesa telinga. tapi tengok dia ok je.. dok tengok keliling dan main dengan abi dia... huhuhu



way back to KK


my sweethearts.. muaxxx



xde free gift this time.. sebab kitorg dok depan sekali dalam section last, flight MAS yang besar. seat 2-4-2.. it was my 2nd time naik MAS besar.. masa balik KL hari tu naik yang kecil biasa je, seat 3-3..


owh... nampaknya berjela gak menaip.. hehe..


Assalamualaikum.. daaa


Saturday, October 2, 2010

Aktiviti Azhad

Azhad masih tidur. tadi bangun pukul 10, mandi, main-main kejap lepas tu tidur balik. punya la ngantuk si kecil tu. nak tahu kenapa??


malam tadi azhad buah hatiku telah kerjakan ummi dia.. 2am baru tidur. aktivitnya???

sibuk tunjuk aksi meniarap. tahu la dah terer, agak-agak la kalau nak tunjuk skill pun. geram je tapi apa nak buat. besar tu bukan tahu apa..


ni aktiviti 12 pagi tadi..


3, 4 hari lepas azhad rajin meniarap. tapi tiap kali dia meniarap masa ummi tengah leka ngadap laptop atau tengah masak.. tengok-tengok je dah terbalik. leher pun makin kuat. boleh meniarap dan angkat kepala dengan lama.. kalau ummi tengah hadap dia, standy nak record asik tak jadi je.. bak kata abi, "dia pemalu. dari ngiring lagi macam tu".. acik yanie lak cakap, "low profile. tak suka menunjuk. bagus" huhuhu


biasanya budak bila dah meniarap akan mengesot ke belakang dulu, kemudian pusing, baru ngesot ke depan kan? tapi pagi tadi azhad terus pusing. masa mula-mula meniarap kaki dia kat ummi, bila ummi leka berangan sat tengok-tengok muka dia dah ngadap ummi. 45degree dia pusing.. pandai dia cari ummi.. huhuhu..


malam tadi disebabkan azhad payah nak tidur sy try bagi air zam-zam, takut dia lapar sebab ummi kurang makan dan minum lately ni. Alhamdulillah. nampaknya dia dah boleh hisap puting botol, air zam-zam tu pun dia minum tak luah balik. mungkin sebab dah besar.. atau pun dia memang lapar.. aduhaii.. sian anak ummi.. ummi azhad ni bila abi takde memang malas nak masak. jadinya nak makan tu pun ala kadar je la.. nampaknya kena la makan juga kalau tak kesian azhad tak cukup susu..


ermm.. abi azhad sekarang berada di umah mak di KL.. esok baru naik bus ke Lumut.. bestnya kalau dapat balik umah mak.. rindu everyone..


Friday, October 1, 2010

Tak Kenang Budi

Hi all..


Pagi-pagi berblog walking, terjumpa la satu entry ni, tajuk best!!! Dasar budak tak kenang budi.. tetiba teringat kata-kata tu pernah ditujukan kepada saya oleh seseorang.. Tapi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya apakah budi dia terhadap kami..


Nak kata dia pinjamkan duit masa saya extend study di UTM dulu, tak juga.. ~extand lebih baik dari tak graduate langsung.. :) Kenduri kahwin saya bukan dia hulurkan bantuan pun.. Errmmm.. apa ye.. mungkin dia selalu mendoakan kejayaan kami kot.. apa-apa pun terima kasih kerana mengajar kami erti hidup.. trust no one but yourself..


ps: en hubby akan terbang ke KL hari ini untuk menghadiri kursus di Lumut. will be back on 11 Oct.. tinggal la daku sendiri dengan Azhad comei..

Related Posts with Thumbnails