malam tadi azhad buah hatiku telah kerjakan ummi dia.. 2am baru tidur. aktivitnya???
sibuk tunjuk aksi meniarap. tahu la dah terer, agak-agak la kalau nak tunjuk skill pun. geram je tapi apa nak buat. besar tu bukan tahu apa..
ni aktiviti 12 pagi tadi..
3, 4 hari lepas azhad rajin meniarap. tapi tiap kali dia meniarap masa ummi tengah leka ngadap laptop atau tengah masak.. tengok-tengok je dah terbalik. leher pun makin kuat. boleh meniarap dan angkat kepala dengan lama.. kalau ummi tengah hadap dia, standy nak record asik tak jadi je.. bak kata abi, "dia pemalu. dari ngiring lagi macam tu".. acik yanie lak cakap, "low profile. tak suka menunjuk. bagus" huhuhu
biasanya budak bila dah meniarap akan mengesot ke belakang dulu, kemudian pusing, baru ngesot ke depan kan? tapi pagi tadi azhad terus pusing. masa mula-mula meniarap kaki dia kat ummi, bila ummi leka berangan sat tengok-tengok muka dia dah ngadap ummi. 45degree dia pusing.. pandai dia cari ummi.. huhuhu..
malam tadi disebabkan azhad payah nak tidur sy try bagi air zam-zam, takut dia lapar sebab ummi kurang makan dan minum lately ni. Alhamdulillah. nampaknya dia dah boleh hisap puting botol, air zam-zam tu pun dia minum tak luah balik. mungkin sebab dah besar.. atau pun dia memang lapar.. aduhaii.. sian anak ummi.. ummi azhad ni bila abi takde memang malas nak masak. jadinya nak makan tu pun ala kadar je la.. nampaknya kena la makan juga kalau tak kesian azhad tak cukup susu..
ermm.. abi azhad sekarang berada di umah mak di KL.. esok baru naik bus ke Lumut.. bestnya kalau dapat balik umah mak.. rindu everyone..
2 comments:
acik yanie dh cakap ummi azhad kena makan... mcm dah agak dah ummi azhad malas nak mkn mcm zaman study dulu... huk huk
makan yer ummi...:)
hehe.. mkn memang makan tp makanan rapu je... nasi tak makan 2 hari ni.. huhuhu
Post a Comment