Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Jan 2011

Entry ni kena siapkan hari ni gak. esok dah masuk March.. takkan nak tunggu April.. hahaha...


Ok.. kalau korang ingat, bulan Januari kami penuh dengan yang tak best. bermula dengan kena tipu, azhad demam, demam campak, tangan terseliuh dan jatuh katil.


tapi ada gak part yang best dalam yang tak best tu.. antaranya dapat balik Semenanjung walaupun berat hati lagi. huhu.. azhad dah mula tumbuh gigi. bisnes pun semakin baik.. dan yang ramai tak tahu lagi...






hubby dapat 2 cabutan bertuah masa malam masquerade sempena new year.. dapat kettle dan slow cooker. yang slow cooker tu kitorg mula-mula ingatkan rice cooker biasa. siap nak tukar dengan vacuum member lagi. seb baik la member tu tak nak. 2 minggu before pindah gas habis malas nak beli baru. rice cooker yang ada rosak sebab dok masak lauk dalam tu. lepas tu buka la rice cooker baru tu nak masak nasi. tunggu punya tunggu, tak masak-masak. rupa-rupanya slow cooker.. boleh masak sup, bubur je. jadinya, slow cooker tu hak milik azhad la. senang nak masak bubur dia... huhu.. nasib baik tak tukar. kalau nak beli sendiri jawabnya memang tidak lah..
harga beratus gak tuh!!! huhu





Geng KDSKK dalam kenangan beliau


macam diberitahu dalam entry lepas, Sabtu hari tu kitorg dapat no 2 cabutan bertuah, hamper jajan dan biskut.. hubby memang ada luck dalam cabutan bertuah ni. tiap-tiap tahun mesti bawa balik hadiah masa new year celebration. harap-harapnya tuah tu selalu berdamping dengan kami.. huhu


Sunday, February 27, 2011

Bila Azhad Main..

Assalamualaikum...


Bulan March lagi beberapa hari ni Azhad akan masuk 10 bulan. kejap betul masa berlalu.. sekarang ni walaupun belum 'dapat' kaki dah macam-macam pekerjaan yang dia buat. jom tengok!!


main buku


owh.. itu adalah buku azhad.. so tiada siapa kisah dia nak buat apa dengan buku dia. sebab gerenti tak koyak. insyaAllah. sebab material buku-buku tu memang untuk budak-budak main + masuk mulut + baling + tarik.. huhu... ~itu adalah tempat tidur kami. dah turun takhta. penuh dengan mainan dia aje..



main makanan


orang makan dia sibuk nak. bila bagi dia pegang bukan reti masuk mulut. tapi main baling-baling.. gambar kat atas ni dia main biskut chips more. biasa kalau biskut dia (rusks) tak la hancur berkecai macam tu sebab keras. ni bagi chips more sekejap je hancur. lepas tu dia leka main.. orang panggil nak amik gambar pun dia buat dek je. huhu






HAA!!! ni dia permainan yang paling budak-budak suka main. kejadian berlaku malam tadi. lepas salin diaper dia, saya biar dia main dulu sebelum tidurkan. sambil tu saya melayari internet. bila azhad dah bising-bising saya nak amik dia, terkejut tengok baju abis putih berbedak. atas toto pun putih.. alahai azhad. seb baik tak masuk mulut. eh.. kalau masuk mulut pun bukan kita tahu kan.. tengok la pic tu. seronok dia dapat main bedak. tu la ummi.. selalu lupa nak tutup bedak lepas guna.. seb baik botol kecil. kalau botol besar haruslah putih bilik tidur umpama bersalji.


ps: bila la dapat gi negara bersalji ni.. huhuhu

Saturday, February 26, 2011

Parcel Pertama Di D-1-11

YeAY!!!


Just received my first parcel here..





Cuba teka apa?





Tak nampak lagi ye...




Tara!!









Shaklee Trial Pack Set B




Nak tahu apa kebaikannya boleh baca sini..


Fikir punya fikir akhirnya saya terima offer tu.
dan dapat la e-book Pakej Susu Sihat merangkumi Panduan Lengkap Susu Ibu, Teknik Mengharungi Ibu & Mertua Yang Bencikan Breastfeeding & Jaundis Susu Ibu 7 Perkara Anda Mesti Tahu.
nanti dah baca boleh la share kat sini sikit-sikit.
kalau bagi full version sian kat owner dia. silap-silap kang kena saman lak. huhu



actually beli pun bukan sebab nak ebook tu sangat.
tapi memang tengah cari suppliment untuk banyakkan susu.
nak bagi si cilik tu minum puas-puas dan nak start belajar buat stock..



Ok.. next time saya cerita tentang azhad minum guna botol. berjaya kah?

Assalamualaikum


Ps: D-1-11 dapat hadiah no 2 cabutan bertuah majlis makan-makan Perumahan ATM baru tadi.
dapat la hamper makanan, stock jajan + biskut sebulan.
Alhamdulillah.
Semoga tuah kami berterusan dan diberkatiNya.
Amin


Related Posts with Thumbnails