Sunday, February 27, 2011

Bila Azhad Main..

Assalamualaikum...


Bulan March lagi beberapa hari ni Azhad akan masuk 10 bulan. kejap betul masa berlalu.. sekarang ni walaupun belum 'dapat' kaki dah macam-macam pekerjaan yang dia buat. jom tengok!!


main buku


owh.. itu adalah buku azhad.. so tiada siapa kisah dia nak buat apa dengan buku dia. sebab gerenti tak koyak. insyaAllah. sebab material buku-buku tu memang untuk budak-budak main + masuk mulut + baling + tarik.. huhu... ~itu adalah tempat tidur kami. dah turun takhta. penuh dengan mainan dia aje..



main makanan


orang makan dia sibuk nak. bila bagi dia pegang bukan reti masuk mulut. tapi main baling-baling.. gambar kat atas ni dia main biskut chips more. biasa kalau biskut dia (rusks) tak la hancur berkecai macam tu sebab keras. ni bagi chips more sekejap je hancur. lepas tu dia leka main.. orang panggil nak amik gambar pun dia buat dek je. huhu






HAA!!! ni dia permainan yang paling budak-budak suka main. kejadian berlaku malam tadi. lepas salin diaper dia, saya biar dia main dulu sebelum tidurkan. sambil tu saya melayari internet. bila azhad dah bising-bising saya nak amik dia, terkejut tengok baju abis putih berbedak. atas toto pun putih.. alahai azhad. seb baik tak masuk mulut. eh.. kalau masuk mulut pun bukan kita tahu kan.. tengok la pic tu. seronok dia dapat main bedak. tu la ummi.. selalu lupa nak tutup bedak lepas guna.. seb baik botol kecil. kalau botol besar haruslah putih bilik tidur umpama bersalji.


ps: bila la dapat gi negara bersalji ni.. huhuhu

2 comments:

Ira said...

Dah pandai ye azhad.. lps ni dpt kaki mesti lagi hebat..hehehe..

liza said...

harus la.. huhu.. skrg sibuk suruh dia cepat jalan. dah pandai jalan nanti mesti sibuk suruh duduk diam-diam lak. hehe

Related Posts with Thumbnails