Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my
MELAKA: Pameran makhluk asing yang paling komprehensif pernah dianjurkan untuk mencari jawapan mengenai kewujudannya di dunia kini diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, selama lima bulan berakhir 22 Januari 2009.
Seramai 200,000 pengunjung dijangka membanjiri MITC sepanjang pameran itu.
'The Science of Aliens' (Sains Makhluk Asing) menggabungkan minat mendalam manusia mengenai kehidupan di planet lain di samping penemuan baru saintis ternama dalam usaha untuk membezakan antara fakta dan fiksyen sains.
Terbahagi kepada empat zon, pameran menampilkan makhluk dan landskap dalam persekitaran yang menarik, penuh interaktif dan canggih sebagai pembuka mata dan membolehkan pengunjung merasai pengalaman hebat dalam mencari apa yang ada ‘di luar sana’.
Zon pertama membabitkan fiksyen sains yang banyak dilihat dalam filem, televisyen dan cerita sastera. Sebagai contoh, filem Aliens yang mengemukakan pelbagai makhluk asing.
Zon kedua mengenai beberapa jenis hidupan pelik tetapi benar yang wujud di persekitaran yang ekstrim di bumi.
Zon ketiga memaparkan dua planet hasil imaginasi saintis yang menjadi kediaman makhluk asing, Aurelia dan Blue Moon.
Zon keempat paling istimewa kerana pengunjung berpeluang menghantar mesej kepada kehidupan lain di angkasa lepas.
Pengarah Eksekutif WellAd Communications, Sabariah Daud, berkata pameran itu memberi satu pengalaman luar biasa.
Sejak dibuka pada 23 Ogos lalu, pameran ini berjaya menarik 4,000 pengunjung. Kami amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan.
Tiket RM8 bagi dewasa, RM4 bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun dan RM20 pakej sekeluarga.
credit to:MyMetro
1 comment:
en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
Post a Comment