Saturday, July 17, 2010

27 Tahun Hidupku

Alhamdulillah..

Allah panjangkan usia saya sehingga hari ini.. genaplah 27 tahun saya bernafas di bumi Malaysia yang aman dan permai ini..


Terima kasih bonda kerana mengandungkan saya, menjaga dan mendidik hingga jadi mak orang.
Terima kasih ayahanda kerana membesarkan saya walaupun saya tak besar mana.. :p
Terima kasih abang, akak dan adik-adik kerana menjadi teman gelak ketawa dan bergaduh.
Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa disisi
Terima kasih hubby kerana terima baik buruk diri ini seadanya
Terima kasih Azhad kerana hadir dalam hidup ummi..


wajah-wajah kesayangan hamba.. :)



Birthday kali ini tak ada yang special pun. tak pergi mana-mana. hubby cakap hadiah postpone. Biasalah tengah-tengah bulan ni poket dah menipis. Cuma hari ini saya cuti masak. hubby yang masak dan kemas rumah.. huhu.. tapi saya rajin buat kek coklat kukus. waktu pregnant dulu ada buat tapi kali ini ditambah topping.


Homemade birthday cake.. :)
kek coklat kukus





Hubby puji sedap. berpotong-potong dia makan.. seronok lak tengok. tapi simpan sikit nak bagi jiran depan umah. balas bekas dia actually. hari tu dia bagi bubur jagung..


Resepi sama macam hari tu. cuma quantity dikurangkan sebab kami berdua je.


Bahan-bahan: (saya guna cup beras je)

1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat segar
1 cawan minyak
½ cawan susu pekat manis
¾ cawan serbuk koko
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur


Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .
2. Masukkan serbuk koko, gula perang, susu coklat segar, susu pekat , dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang kecil .Kacau sehingga larut.Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan tadi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati .
5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah di panaskan.
7. Angkat dan sejukkan.


Untuk topping, saya amik resepi dari Ummi tapi adjust sikit ikut bahan yang ada.


Bahan-bahan topping:


1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila (tak letak pun)
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (saya guna coklat masakan)
secubit garam


Cara-cara:

Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek. Pastu tabur mixed colour strands..


ps:hubby macam menyokong aktiviti baking saya je.. siap nak belikan mixer la, oven la.. huhuhu..

7 comments:

DESS said...

Happy Birthday...
have a nice year...

liza said...

tq for the wish..

DiLLaiLa said...

alamak sori lmbt wish..happy birthday liza..semoga sentiasa happy disamping suami n permata hati=)

bdk bucuk :P said...

Happy belated birthday Liza. Smga pnjg umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan bahagia selalu disamping keluarga tercinta.
Blh la aku try resepi mu ni ek.. hehehe.. da lama tak buat kek coklat.

liza said...

dilla:tq..insyaAllah..same goes to u.. :)

hasdi:tqvm.. try jgn x try.. kt yg tgn kayu buat pn jd.. huhu

A D I A said...

happy birthday!da lagi tu baru 27 eheh. wah buat cake birthday cake sendri la kiranya, nampak sedap sgt :) mu

liza said...

adia:tq.. ye muda lg..mcm sweet 17 dulu..huhuhu.boleh la takat bg suami mkn.gpun rspi sng.sure boleh buat punya.. :)

Related Posts with Thumbnails