Hari ini saya nak share tips bagi mengatasi masalah tercekik tulang ikan ketika makan
1. Minum air, tapi biasanya tak jalan.
2. Gumpalkan nasi kosong dan telan tanpa kunyah..
3. Jolok tekak guna jari, kalau dapat rasa tulang tu try tarik keluar
4. Jolok tekak guna berus gigi biar tulang jatuh atau tersangkut kat berus gigi
5. Kalau tak jalan juga kena la pergi hospital
errmmmm ada apa-apa tips tambahan tak? Boleh la share ye..
Actualy ni entry khas sempena incident saya tercekik tulang yang berlaku hari Rabu baru-baru ni.. Setelah sekian lama. Rasa-rasanya last tercekik tulang ni masa kecil/sekolah dulu kot. Tak ingat. Ni semua gara-gara nak cepat nak pergi perjumpaan BAKAT.. Kan dah tercekik. Biasabya saya makan memang kunyah betul-betul. Padan muka.. huhuhu..
Macam-macam cara dah buat untuk keluarkan tulang tu. Tersangkut kat tekak belah kiri so telan nasi pun tak kena. Sudahnya mr husband suruh jolok guna berus gigi. Saya tak pernah guna cara ni pun. Selama ni kalau tercekik just telan nasi yang dah digumpalkan.. Alhamdulillah, tulang tu lekat kat berus gigi. So sempat la gi BAKAT. tapi nasi yang dah makan tu semua keluar balik (muntah) sebab mula-mula try jolok dengan tangan.
Tapi yang peliknya, saya yang tercekik tulang orang lain yang fobia. Tapi beliau memang dah fobia makan ikan dari kecik. Kes tercekik tulang juga la. Saya elok je makan ikan dinner malam tu.. Takde nak seriknya. Yang penting jangan gelojoh.. huhu
No comments:
Post a Comment