Begini ceritanya. kejadian berlaku pada 29 julai..ketika kejadian saya sedang mandi. tiba-tiba dengar Azhad menjerit kuat. dalam hati "kena la tu". bila keluar dari bilik air Azhad masih menangis lagi sambil dipujuk oleh abinya. seperti yang dijangkakan, memang betul andaian saya. jari Azhad terluka masa abi potong kuku. kena ibu jari tangan kiri, the finishing. sikit je tapi bleeding. sian anak ummi.. kita tengok memang la nampak sikit, cuba kalau kita yang kena, confirm meraung gak. paling tidak pun mesti berair mata tu.. terus la abi serik nak potong kuku Azhad lagi. biasala budak, tak reti duduk diam. dah aim tepat tapi bila nak 'ngap' dia gerak-gerak so missed target la. tu yang makan isi.
Tapi Azhad kuat. nangis tak lama. ummi upah susu terus diam. tapi masa mula-mula menyusu tu pun bunyi lagi. sempat tu sambil menyusu sambil menangis.. alahai anak ummi... dia nyusu sampai tidur.. luka tu sapukan minyak TYT bagi darah stop. pastu abi tampalkan plaster supaya tak terhentak mana-mana. malam sebelum tidur bukakan plaster tu takut darah tak jalan pula..
Ingatkan tu je.. rupa-rupanya ibu jari tangan kanan Azhad pun terkepit juga cumanya tak berdarah la. sehari lepas kejadiaan baru ummi perasan masa belek-belek tangan baby.. sian baby..
Azhad dah nak masuk 3 bulan.. nanti saya ceritakan ragam dia yang macam-macam tu next entry. nak masuk tidur. daa....
ps:entry tertunda untuk dipublish sebab gambar baru dapat upload.. huhu..
2 comments:
aku pon terketar2 potong kuku bb liza..haha seremm je rasa..ayahnye xmo terus..huhu
taw xpe.. kt potong kuku azhad masa dia tidur or lepas kenyang. tp time nyusu jgn buat pasal. ngamuk budak tu orang kaco dia santap..huhu
Post a Comment