Saturday, July 24, 2010

Dari KL ke Wakaf Bharu dan Kembali ke KL

Assalamualaikum


Lama dah berlalu kini baru nak buat entry pasal pengalaman naik train dari KL Central ke Wakaf Bharu dan kembali ke KL Central dengan baby dan abi. Tiket train pun entah ke mana. Kalau dulu rajin gak simpan. Sekarang ni macam serabut je.. banyak lagi benda lain nak kena simpan.. hehe..


Perjalanan ke Wakaf Bharu sepatutnya mengambil masa 13jam (2030-0930), tapi kami tiba lewat 1jam. mungkin berhenti lama mana-mana.. traffic jammed ke.. tak tahu la sebab apa.. huhu.. untuk perjalanan ke sana kami amik coach cabin (bilik for 2, double decker bed). Azhad sepanjang perjalanan tidur je. bangun sebab nak nenen je. dengan bilik sejuk, kurang bunyi bising dan kurang bergegar Azhad tidur lena... so ummi dan abi pun boleh rest.. :)



Azhad tidur mengiring dalam train. kesejukan. huhu



ummi dan baby



Kami di kampung hubby tak lama. 2 malam je. penat travel pun tak habis lagi. tapi nak buat macam mana cuti hubby sekejap je. insyaAllah raya balik lama.. sepanjang 2 hari tu kitorang sempat pergi Pengkalan Kubor je. tu pun saja nak berjalan. beli barang sikit je. nak shopping sakan pun poket kempis.. huhuhu


Balik KL kami amik coach 2nd class (2 katil) je. both bawah.. so senang la tak payah nak panjat-panjat. baby of course la duduk dengan ummi. duduk coach ni tak macam cabin.. bunyi bising dan bergegar kuat menyebabkan Azhad tidur tak berapa lena. dalam pukul 2am baby bangun.. pukul 6am baru tidur. tapi nasib baik la tak nangis. just celik mata je.. mungkin tak selesa sebab gegar-gegar.. kami orang tua dewasa ni pun asyik terkejut je bila gegar kuat.. huhu.. kami sampai di KL Central lewat 1jam dari sepatutnya..


Alhamdulillah.. sepanjang perjalanan pergi dan kembali Azhad ok. tak menangis dan meragam. risau juga kalau meragam sebab lalu kawasan hutan kan. tapi syukur semuanya ok. Yakin Allah swt sentiasa melindungi..


Rezeki Azhad. kecil-kecil, umur baru 2 bulan dah merasa naik train dan flight. semoga Azhad memberi rezeki melimpah-ruah kepada ummi dan abinya.. Amiinnn...

No comments:

Related Posts with Thumbnails