Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

Azhad @ 2 bulan 1 minggu


Assalamualaikum..


Selamat petang Isnin.. huhu


Saya baru balik dari KKIA, Pantai Dalam. Ini adalah lawatan saya yang terakhir ke KKIA tu.. after this akan melawat Hospital PTKK pula.


Hari ini Azhad kena inject.. As usual, dia nangis kejap je masa inject tu. tapi this time ada lagu sikit kat hujung tangis dia.. huhuhu.. inject kali ni mungkin akan akibatkan demam. harap-harap Azhad kuat la, dan tak demam. Nanti ummi dan abi risau.. huhu.. Azhad sayang jangan susah makan ubat tau..


Tapi yang tak macam biasanya, masa nak timbang dan ukur Azhad nangis je. sebab munasabab tidaklah diketahui. tapi mungkin sebab dia nak tidur. memang tengah tidur pun masa tu.. Azhad memang angin kalau orang kacau dia time tidur. macam kes few days back. Azhad nangis gila-gila masa mandi. nak kata sebab air sejuk, tak pun. lepas mandi pakaikan pampers dan tak sempat pakai baju lagi pujuk-pujuk, rupanya nak tidur.. terus tidurkan dia.. Alahaii sayang ummi ni..


Pada hari ini, usia Azhad 2bulan dan 1 minggu Azhad dah 4.82kgs dan 57cm panjang.. wow.. anak ummi ni membesar dengan sihat. Alhamdulillah.. semoga Allah terus perbanyakkan susu ummi untuk anak ummi ni..





Sekarang ni Azhad dah boleh buat main. agah-agah dia, dia senyum atau gelak.. kalau tinggalkan dia sorang-sorang nanti dia berbunyi panggil siapa-siapa duduk dengan dia.. bijak anak ummi ni... semoga perkembangan yang baik ini berterusan..


Ummi dan abi sentiasa doakan yang terbaik buat Azhad..



oppss.. ari ni birthday adik lelaki second last yang handsome tu, yang ke-21 tahun. semoga panjang umur dan murah rezeki. semoga permudahkan segala urusan dunia akhirat,,

2 comments:

Ira said...

muka azhad senyum cam abi dia la..
bila auntie naddy free ni. x berkesempatan lg jmpa azhad sblm dia fly ke kk.

liza said...

ye ke?? huhuhu.. this 15th ktorg fly da.. xsempat la..

Related Posts with Thumbnails