Tuesday, January 18, 2011

Apa Nak Buat Apabila Baby Jatuh

Assalamualaikum..


Nak share sikit tips apa nak buat apabila baby kita jatuh..

1. tengok jatuh mana dulu. depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya)
2. kalau benjol, cepat2 tuam dengan AIS bukan air suam mcm biasa yg org tua kita ajar
3. kalau tak ada apa-apa setakat benjol kepala saja tak payah bawa ke hospital.
4. kalau nak bawa pegi doktor juga, biasanya doktor tak terus x-ray dan tak ada ubat apa pun. dia akan suruh perhatikan dalam masa 24jam lepas jatuh.


Bila anda perlu bawa bayi anda berjumpa doktor?

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar daripada hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah-muntah memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal seperti muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota badan seperti tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan


Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh sebab mungkin ada gegaran pada otak. Kalau retak pada tengkorak saja, untuk bayi doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yang retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.



ni bukan lepas jatuh.. tak sempat nk amik gambar bila azhad jatuh.. saja tepek. macam tak best lak entry takde gambar kan.. hehe..



Apa-apa pun, menghindar lebih baik dari mengubati.. So untuk elakkan anak dari terjatuh LAGI pastikan anak tidak dibiarkan sendirian ditempat tinggi seperti katil, sofa. lebih-lebih lagi anak yang sudah pandai mengiring, meniarap dan seterusnya. kira dah boleh bergerak, tak static je..


sumber:
compilation from forum Cari dan online paper.. nak amik please credit to this blog too.. sharing is caring.. :)

11 comments:

DiLLaiLa said...

liza..try pasang bed rail la kat katil..tapi mmg untuk kite yg besar ni ada leceh sikit la..

liza said...

mana nk cari eh.. wt ms ni ktorg buat kubu, tp tu pn kadang dia berjaya musnahkan.. huhu

DiLLaiLa said...

huhu anak aku yang 6bulan tu pon dah pandai robohkan kubu oi...seb baik aritu jatuh atas kubu..hahahha

aku pon xsure la ek kat mlesia mane nak carik..tp kalau sini barang2 safety untuk baby mmg senang carik..

liza said...

hehe.. seb baik.. tp walaupun jatuh atas bantal berderau gak..

kena tgk kat mydear warehouse sales nanti. tp mcm lg senang tidur kat bawah je kn.. huhu

DiLLaiLa said...

hehe kalau duduk rumah mmg ok je tido bawah..tapi kalau yg bekerja tu macam perit sekit kot hari2 nak kena angkat tilam bantal selimut..huhu

Mrs Nageb said...

trima kasih untuk ingatan itu..huhu :)

liza said...

dila: ala ko biar je tak berkemas.. bukan orang datang rumah pun.. haha

ilah: most welcome.. jgn smpai si kecik tu jatuh gak ye.. huhu

Ira said...

kalau ko adjust katil letak tepi dinding x ok ke? tp katil ko ada baki tepi tu ek.. payah skit la. Hehe..tido bwh je la, surirumah cam ko blh je.

liza said...

rumah skg ni mmg susah nak tolak katil ke dinding sebab almari bsr. tak larat.. insyaAllah umah baru nanti kena tolak katil ke dinding sebelum letak barang lain.. huhu

Kasih D Hati said...

anak tentera mestilah pandai robohkan kubu..., heheheh

liza said...

hehe.. mesti!!

Related Posts with Thumbnails