Thursday, January 13, 2011

8 Bulan: Azhad Dah Makan NASI AYAM!!

Weehooo~~~

Last week, 6 Jan Azhad turns 8months.. sudah besar anak ummi.. lagi 4 bulan dah nak setahun... cepat betul masa berlalu!!


Meraikan 8bulan besday azhad, ummi bagi makan nasi ayam.. YUMMY!!!



ehsan atok gugel


Ko biar betul!! tak kan bagi makan nasi ayam kot!! Betul, tak tipu punya.. memang saya bagi azhad makan nasi ayam, tapi bukan macam kat atas tu.. nasi ayam kat bawah ni la.. haha..






Alhamdulillah lepas baik demam hari tu, selera makan Azhad kembali OK.. walaupun time makan tu amik masa agak lama sebab makan + main + tengok tv... huhu.. memang menguji kesabaran. tu tak kira lagi dia main sembur-sembur.. tangan tepis-tepis sudu.. ~actually dia nak pegang sendiri sudu, salah gapai sampai tertepis sudu.. buka bib sendiri ~sebab guna yg velcro


Hari ni pergi monthly check up.. actually takde la monthly pun sekarang ni.. 2 atau 3 bulan sekali sebab azhad dah besar.. ~besar la sangat.. timbang azhad 8.5kg.. naik sikit je dari timbang 6month.. mungkin sebab dia demam last week.. panjang azhad 85cm.. macam tipu je.. sebab kalau saya ukur sendiri macam baru 75cm++.. huhuhu...


Sebut Type pasal demam ni, nak ceritalah kenapa azhad demam hari tu.. beberapa hari lepas azhad baik demam (5 jan, sehari sebelum birthday azhad yg ke 8 bulan), saya tengok muka azhad naik bintik-bintik merah. terus sms hubby, tanya campak ke? amik gambar pun tak nampak sebab bintik-bintik kecil.. dalam pukul 11 lebih hubby balik rumah tengok keadaan azhad. azhad ok je tak meragam pun. tapi sebab hari kejadian tu abi azhad duty, jadi kitorg bawa gi klinik terus.. kalau confirm campak at least dah ada ubat.. tak la ummi hilang akal kalau azhad meragam.. huhu...


gi klinik, suhu azhad normal.. tapi nurse cakap memang demam campak, biasa akan naik after injection 6 bulan.. FYI, ada injection tambahan bagi orang di Sabah.. cuba tengok buku rekod kesihatan bayi korang.. MEASLES.. dok google pasal benda alah ni, tak berapa nak faham sangat since bahasa doktor ni kan.. tapi bahasa kampungnya demam campak lah.. huhu..


bila dah taw azhad demam campak, hubby apa lagi.. cepat-cepat beli buah kelapa 2 biji.. bukan air je taw.. kat sini memang berlambak jual buah kelapa fresh!! huhu... buat minum sikit, mandi sikit.. disebabkan azhad tak reti guna botol susu, kitorg suap guna sudu je. tapi banyak yang keluar balik dari masuk mulut.. dan banyak gak ummi dan abi azhad yang minum.. hehe


esoknya tu kitorg keluar gi bank.. settlekan apa yang patut.. walaupun azhad tak baik lagi, tapi sebab azhad tak meragam kitorg redah kasi pecah je...



ni muka budak demam campak @bank



lepas setel kat bank, ktorg masuk giant nak carikan azhad botol muncung itik.. ada, tapi tak banyak.. abi azhad nak yang ada tempat pemegang lak.. kalau takde tempat pegang tu byk je kaler lain.. pastu banyak yang guna straw je.. sudahnya terpaksa la amik apa yang ada.. kaler pink lak tuh!!




balik tu bagi azhad minum air kelapa guna botol ni, alhamdulillah.. habis juga dia minum.. wahh.. azhad 8 bulan dah guna botol muncung itik.. tak payah guna botol susu.. huhuhu


8 bulan ni, azhad dah pandai guling-guling.. maksudnya dari meniarap, dia terlentang balik.. agak lama gak la nak boleh dari start meniarap 4 bulan.. huhu.. pastu boleh angkat badan tinggi dah.. position macam merangkak pun dah boleh cuma azhad tak berapa rajin.. time dia rajin dia buat la. tapi sekejap je.. time dia tak rajin.. errmmmm... makan, main, tidur dan tidur dan tidur... huhu



abaikan background yang mcm tongkan pecah ittew!




macam hubby cakap, azhad ni jenis try 2, 3 kali tak boleh terus malas.. lepas tu buat balik terus jadi.. macam meniarap dan terlentang balik la.. mula-mula rajin try.. try asik tak boleh je dia terus stop.. lama gak.. lepas tu buat balik terus jadi.. tapi tak best la sebab tak nampak progress sangat.. anak orang lain yang sebaya dia, dah ada yang merangkak, start panjat-panjat.. waaa.. tak bestnya compare anak sendiri dengan anak orang.. ni kan pula kalau orang compare anak kita dengan anak orang.. SAKIT HATI!! ENOUGH!!! biar dia membesar dengan sendiri.. jangan paksa.. just bagi kata-kata semangat je..


sekarang ni azhad dah pandai jerit.. nangis jerit kuat-kuat.. macam kena pukul or sakit je. padahal jerit sebab merajuk nak tidur orang lambat tidurkan.. geram je.. tapi geram kita apa lah sangat.. budak kecik tu punya kuasa lagi power.. ~eh power dengan kuasa samala kan.. dulu masa kecik jarang nangis macam tu, sampai ada orang kata azhad slow.. ~dah tu kalau meragam sampai pakai tangkal tu ok la??


lepas tu kalau bab mainan, dia lebih suka main handphone, remote astro. dan latest, kertas dan plastik.. wah.. macam ni jimat belanja. tak payah beli mainan.. huhu.. bagi main buku or mainan dia yang ada bunyi dan material macam plastik or kertas tak nak pun..


ooo ye... azhad dah tumbuh gigi.. belah bawah, tengah. tapi sebatang je.. ni juga salah satu faktor azhad demam hari tu.. orang kata, "kalau tumbuh gigi dulu, lambat jalan" waaa... sakit hati.. minta-minta tak lah!!!


eh.. azhad dah pandai sebut "ba", "da".. ada ke dia panggil abi dia "da-da", panggil ummi "ma-ma".. huhu


~entry gila panjang gara-gara suka tangguh-tangguh.. all in one gittew..


ps: esok akan tahu confirm ke tak.. rasa macam nak, tapi macam sayang je.. huhu..

2 comments:

Ira said...

wah... azhad. dah hebat sekarang..
xpe la lmbt2 asalkan dia sihat. azhad kan cool.. :)

Bila la auntie leh jmpa azhad ni. Da nk setahun da dia. Hari tu tgk tido je kejenye.

Apa yg confirm ke x tu?? sesuatu yg akan di'reveal' tu ke?

liza said...

insyaAllah.. ada rzki kita jumpa lagi ye auntie.. agaknya time tu azhad dah boleh jalan ke belom? huhu

yup.. esok akan tahu resultnya... ermmm.. nervous.. ceh.. dia lak yang lebih2.. hehe

Related Posts with Thumbnails