Friday, January 28, 2011

Kenapa Dengan Si Kanan Azhad?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia~~


Dok baca blog kawan2 cari gak my blog kat blog list depa.. tapi dah terkebawah sangat.. nampak sangat dah lama tak update.. banyak benda nak share tp tak sempat. dalam minggu ni banyak sangat benda yang berlaku menyebabkan tak sempat nk berblogging.. ni tengah type entry ni pun belom tentu boleh terus publish. kang bila hero kecik bangun memang kena save draft dulu la jawabnya.. huhu.. ok.. cukup membebel.. jom mulakan.. errmmmm nak citer pasal apa dulu ye?? pasal Azhad dulu la.. always.. anak comes first!






sian anak ummi.. apa dah jadi? kalau yang ada FB saya mungkin tahu kisahnya.. tapi nak cerita gak.. begini kisahnya. last Sunday (dalam 12am lebih) Azhad tetiba menjerit + menangis. masa tu dia dah berjaya ditidurkan oleh abinya. cara dia nangis tu semacam.. macam bunyi orang sakit. saya ingatkan dia jatuh lagi, tapi tak dengar lak bunyi berdentum. masuk bilik abi cakap azhad terkejut masa nak letakkan atas katil.. pujuk-pujuk diam kejap, letak bawah je nangis balik.. cek punya cek rupanya tangan kanan dia sakit. bagi mainan pun dia tak amik. amik guna tangan kiri je. bila kitorg pegang tangan kanan tu meraung la dia.. so memang confirm tangan dia sakit. bila dah tau sebab musabab baru la boleh tidurkan azhad. tapi tak lama. dia tidur dalam pukul 2 lebih, pukul 3 lebih bangun nangis.. pukul 5 baru berjaya tidurkan semula.. sampai pukul 10.. bangun tu kitorg siap-siap terus gi umah bidan. nasib baik la ada bidan dalam base ni..



@ rumah bidan - sementara menunggu tu azhad diam je.. letak je atas tilam untuk urut dia dah menjerit.. pegang tangan dia lagi kuat raungnya... bidan tu pun macam takut-takut nak urut sebab azhad nangis kuat GILER! rasanya satu blok tu boleh dengar suara dia.. bidan tu cek dan cakap urat belikat azhad lari. dah masuk angin sampai ke tengkuk.. lepas urut beberapa lama baru dapat masukkan balik urat azhad. masa urut tu nak nangis saya bila azhad nangis.. kalau dia nangis sikit-sikit takpe. ni kita tahu dia nangis sebab sakit, sedih dibuatnya.. walaupun saya ni nampak macam garang tapi hati tetap sayang. siapa tak sayang anak yang dikendung 9 bulan terlebih hari ni kan.. huhu






gambar di atas sehari lepas urut.. Alhamdulillah.. day by day si kanan azhad makin ok. dah boleh angkat barang guna tangan kanan. tapi tak boleh nak hayun kuat-kuat lagi.. kalau pegang siku dan pergelangan tangan dia jerit. tapi jerit-jerit manja gitu. dah tak jerit kuat-kuat... sakit-sakit pun masih active bermain. dah boleh meniarap arah tangan sakit tu jugak! kuat anak ummi abi ni!





eh.. mana si kanan azhad?? pandai u sorok eh.. masa ni hari selasa, 2 hari lepas urut. kitorg keluar gi tengok dan beli barang sebelum pindah.. walaupun tangan azhad tak baik sepenuhnya, tapi kitorg keluar gak.. huhu.. tengok tu. singai je lebih.. Alhamdulillah.. hari rabu tu azhad dah ok.. fully recovered. ingatkan kalau tak elok gak nak gi urut lagi... dan nasib baik juga la tak patah ke apa..


errmmm mesti korang tertanya-tanya macam mana boleh jadi macam tu kan? kitorg pun tak taw macam mana boleh jadi.. tapi di sini saya nak list kan beberapa kemungkinan yang menyumbang kepada terkehelnya tangan azhad..

1. selalu jatuh katil - last jatuh SEMINGGU sebelum kejadian. takkan baru nak effect
2. jatuh terlentang time duduk - tak pernah jatuh direct. selalu sempat sambut or ada bantal kat belakang dia
3. timang tinggi-tinggi - jarang sangat timang azhad
4. tarik tangan masa nak dudukkan - selalu buat tapi dia tak nangis pun time tu. gpun dia dah pandai angkat badan bila tarik tangan dia..
5. tidur salah bantal - azhad tidur tak berbantal. hanya berbantalkan lengan ummi or abi or takde bantal langunsg..
6. terlipat tangan masa abi azhad nak letak dia atas katil malam kejadian - inilah kemungkinan yang paling BESAR.. sebab sebelum tidur tu tukar diaper dia masih boleh main guna kedua belah tangannya..


jadi lepas ni kami perlu lebih berhati-hati.. kadang-kadang tu ummi layan azhad macam dah besar padahal baru nak masuk 9 bulan.. harapkan badan je tinggi dan besar macam budak setahun lebih.. huhu..


semoga Azhad membesar dengan sihat dan pintar! menjadi insan berguna dunia akhirat.. menjadi kebanggaan ummi dan abi.. *peluk kuat-kuat* MUAXX

3 comments:

DiLLaiLa said...

siannye azhad...sufia menangis sembelit pon aku da nangis sekali liza..uhuhu gembengnye aku...

Ira said...

sian azhad, azhad kuat tgn berbalut pun sengeh lagi.

korang cam tu ek perasaan ibu2.. huhu..

liza said...

dila: nak nangis tp tahan je.. control dpn orang.. huhu

hasdi:time dia sakit mmg giler kuat nangis. dah kurang sakit main je keje..

ye.. itulah kasih ibu... huhu

Related Posts with Thumbnails