Monday, January 31, 2011

MyMaster, MyPhD

Hi all.. ~macam ramai sangat yang baca..


Baru lepas chatting dengan member se-MRSM, merangkap member se-FKM, UTM iaitu Wardah Wahid. Sembang pasal nak buat Master. Dia jadi RA dan lect ketua project tanya nak buat master ke. tapi grant tak banyak so kena tanggung sendiri. saya ni teringat la pasal kerajaan nak biaya RM10000 bagi siapa nak buat master ni.. atas khidmat google dapat la jumpa website yang berkenaan, MOHE website.


Lepas belek-belek MyMaster tangan ni gatal click kat MyPhD.. Tetiba rasa macam nak sambung pulak! Kalau dah ada yang sponsor, tak kisah la dalam negara pun.. Walhal cita-cita saya kalau nak sambung PhD nak buat kat luar.. macam la ada yang nak sponsor!!!


Lepas tu tengok kat MyBrain15, bidang-bidang yang terlibat bagi MyPhD.. Hancur harapan! takde satu pun bidang engineering! yang ada Management & Business, Economic & Accounting, Finance & Banking, dan Humanity. Fikir punya fikir kenapa takde bidang teknikal, lepas tu baru jumpa ayat,

"Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan."


MOTIF?? Kalau ada PhD harus la jadi lecturer kan.. motif sangat boleh bantu menjana pertumbuhan ekonomi? sama je tugas mengajar macam lecturer bidang teknikal kan.. kalau buat research pun pasal apa je ek?? teknikal lagi banyak yang boleh dikaji untuk membangunkan negara.

contohnya marine current turbine.. setakat ni masih dalam kajian, belum boleh di commercialkan.. kalau boleh kaji dengan lebih terperinci dan mendalam, dibantu dari segi kewangan untuk buat research, develop model dan run experiment di kawasan kajian, jika success boleh dicommercialkan untuk generate power. takde la harapkan empangan je.. ok.. kat bawah ni contoh marine current turbine, tapi negara lain punya.. ala-ala kincir angin tapi yang ni under water..





Actually ni project master saya.. buat master pun terkial-kial, ada hati nak sambung. kalau DrOY ada project lagi mesti dia serik amik saya. PEMALAS ya amat!!

Berangan je la.. huhuhu

4 comments:

Ira said...

tak salah nk berangan.. hehe..
semoga terus berjaya menjadi suri rumah yg educated.. :D
mudah2an azhad leh jd engineer berjaya 1 hr nanti

liza said...

'suri rumah yg educated' just wait n see.. huhu

azhad nak jadi engineer gak ke?? huhu

Ira said...

wait n see means?? ko masih nk bekerja ke?
hehe.. xmo azhad jd engineer ke?

liza said...

kalau ada rezeki...

abi azhad cakap takyah jadi engineer.pening kepala.. huhu. tapi apa2 keje pun pening gak kan.. hehe

Related Posts with Thumbnails