Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Alhamdulillah. Semuanya OK!!

Hi all..


As mentioned previously, last monday ada appointment di HUKM regarding Azhad's hearing. After bersalin hari tu ada nurse datang check telinga Azhad, dan waktu tu 8pagi and nobody was around. so tak tahu la dia check macam mana. tahu-tahu je dia cakap baby tak respond pada ujian dia dan bagi date untuk check balik. Tapi bila tengok Azhad terkejut bila ada bunyi kuat kita tahu la dia dengar. Tapi untuk dapat kepastian dari yang lebih arif kami pergi gak appointment tu.



The checked up wont take long. Sebab tak ramai. Time kami sampai tu ada 5 babies included Azhad. Dan check pun bukan guna mainan as we guessed. Ada mesin dan 3 wires ditampal kat baby. 1 di dahi, 1 di tengkok dan 1 di dada.. And telinga ditekup dgn alat dia.. Alamak!! takde pic la. Hubby ni orang suruh snap tak mo. that time ummi la yang pangku Azhad yang sedang nyenyak. memang syarat untuk buat screening tu baby kena tidur. Dont know why. Mungkin untuk memudahkan or else mesti ada scientific/medical explanations..



sekadar gambar hiasan. macam ni la Azhad ditest
baby hearing screening


Alhamdulillah.. keputusannya positif.. so lepas tu terus pergi MyDear warehouse sale di Puchong. hajat dihati nak beli baby carrier tercapai. banyak juga pilihan kat situ. dari yang mahal sampai ke murah. tapi paling mahal pun RM60, kitorg berminat gak sebab ada support tengkok dan sponge lembut. tapi at last amik yang lagi murah sebab boleh buat sling, sesuai la untuk baby yang leher belom kuat lagi. so nanti kalau daku nak travel/keluar sorang takde masalah sangat..



baby sling


baby carrier


Banyak lagi barang yang ada kat situ. stroller murah-murah. tapi sebab kami tak berminat so tengok macam tu je la.. oo ye.. katil baby pun kami beli kat sini on march sale.. baby dah tidur dalam tu pun walaupun orang lain yang rasmi dulu.. nasib baik la mood daku time tu ok, kalau tak harus la buat muka 17.. huhuhu





Orait!! kepada penduduk KL/lembah kelang boleh la serbu warehouse sale ni yang akan berlangsung sehingga 4th July..



mydear warehouse sale

Sunday, June 27, 2010

Sehari di Mid Valley

Assalamualaikum..


Aduhh.. Penatnya.. Lenguh segala sendi nih.. Ni la akibat lama tak berjalan. Masa pantang hari tu duduk je tak boleh buat keje berat.. sebenarnya daku yang memang malas.. hehe..


Actually kami bertiga iaitu daku, hubby dan baby Azhad baru balik dari Mid Valley.. This is our 1st time outing together.. Seronok.. Tapi lenguh dan penat sikit sebab kena dukung budak kecik yang comei lagi bijaksana itu, walaupun dukung bergilir-gilir.. huhu..
tapi hubby yang dukung baby most of the time, daku angkat barang je.. hehe.. Kitorang pergi satu kereta dengan akak dan family. Tapi balik asing sebab diorang ada agenda lain. Keluar dari pukul 11 lebih dan balik dalam 5 lebih. Lama tu. Mana tak lenguh segala sendi dan urat ni kan.. huhu


Tujuan utama nak beli ear muff untuk baby sebab Jumaat ni nak balik kampung hubby by train, takut bising baby tak selesa. Dan boleh guna kalau naik flight. Tapi hampa. Takde untuk baby. Untuk children pun sold out.. Ermm.. Kalau dapat yang berbulu mesti comei..


Nak macam yang pink tu.. bukan bear tu taw..
ear muff

Pastu survey baby carrier kat boutiques dalam tu.. ada yang mahal gilos sampai RM600++.. apa jadahnya nak beli mahal macam tu. Tapi tak beli pun sebab nak tengok dulu kat MyDear~warehouse sale until 4th July. Kalau tak berkenan juga baru amik yang dekat MV tu. Tak ingat kedai mana sebab nama kedai semua lebih kurang, mothercare, motherclub, momcare.. Sampai confuse kitorg.. huhu.. Pastu baby dapat la baju dari Mothercare. Mahal, tapi sebab hubby dah berkenan sangat so beli je la. bukan senang nak tunggu dia berkenan benda mahal ni.. hehe.. Lagipun its on him.. So ada daku kisah?? Hehe..



Tapi satu kelebihan breastfeed yang daku rasa masa jalan-jalan ni adalah kami berlenggang kangkung je.. Tak payah bawa beg berisi botol, susu formula, air suam dan lain-lain untuk bancuh susu baby. Barang baby daku campak je dalam handbag ku yang besar tapi tak la besar sangat. Daku just sumbat baju spare, wipes, pampers, tuala kecil dan selimut in case baby kesejukan..


Pastu kalau baby nak minum tak payah susah-susah bancuh susu. Just cari tempat duduk dan susukan baby. Kalau kat Jusco memang ada sediakan feeding room. Tapi takkan tiap kali baby nak menyusu nak kena lari ke Jusco kan. So asal ada tempat duduk je daku belasah. Nak malu apa. Its nature cuma kena pandai cover la. Jangan sampai orang nampak apa yang tak sepatutnya.. hehe..


Nasib baik tak ada yang tegur macam ni..
breastfeed

Kalau ada yang tegur pun kenapa? Tengok perempuan bogel/separuh bogel boleh. Ibu menyusu anak in public tak boleh pula. Kena betulkan mind orang-orang macam ni. Sokonglah breastfeeding untuk kesihatan anak dan ibu.. Huhu.. Alhamdulillah daku mampu bertahan setakat ini. Semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki kami. Amin..


ps: esok ada appointment di HUKM. daku ajak hubby pergi sekali. so ponteng kelas la jawabnya hubby ku itu..

Saturday, June 26, 2010

CINTA dan CITA-CITA

Jika diberi pilihan antara CINTA dan CITA-CITA yang mana akan korang pilih? daku yakin tak ramai akan memilih salah satu darinya. Sebab kalau boleh kita semua nak memiliki kedua-duanya.. Setuju???





Saya kata, "family comes first."

Ada orang kata, "kalau family 1st maknanya $$$$ 1st lah kan."


Siapa setuju dengan yang ini??

Saya bantah sekerasnya. Tapi tak bagitahu depan-depan orang itu takut gaduh pula. Lagipun lain orang lain persepsi tentang family dan $$$$, which mean CINTA dan CITA-CITA..


Kalau kita kerja gaji 5 angka, tapi masa untuk family takde, asyik outstation, ot dll.. rasa-rasanya family akan bahagia ke. sedikit sebanyak akan mempengaruhi perasaan pasangan dan anak-anak.. Betul tak?


Misalnya kita kerja gaji biasa-biasa je, cukup makan je untuk anak bini, tapi masa untuk family banyak... rasanya bahagia tak hidup. kalau pandai menggunakan wang yang ada mengikut kemampuan insyaAllah hidup akan aman damai. tapi kalau nak berbelanja melebihi duit yang ada memang haru biru la hidup.


Tapi.. setiap orang mesti ada cita-cita. Belajar tinggi-tinggi mesti ada tujuan hidup. Bagi lelaki memang tanggungjawabnya mencari nafkah untuk anak bini dan ibu bapa. Jadi, walau dihantar ke mana, tanggungjawab harus digalas seikhlasnya sebab kerja itu juga ibadah. Dan sebagai isteri, tempatnya disisi suami. Ada orang kata, "zaman sekarang dah tak boleh pakai dah kata-kata tu"


Saya cuma nak tahu, kata-kata tu datang dari mana. Orang kita atau memang ada dalam Quran??


Bagi wanita yang belum berkahwin perkara ini tak akan menjadi masalah. Walaupun cinta dihati tapi cita-cita tetap dikejar. Tapi kalau wanita yang sudah berkahwin, haruskah berjauhan dengan cinta hati semata-mata untuk meggapai cita-cita impian diri. Jangan nanti ada yang kata, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula bertaburan"


Perlukah berkorban cinta untuk dapat cita-cita.. Atau berkorban cita-cita untuk bersama cinta??


Thursday, June 24, 2010

20 Jun 2010

Assalamualaikum..


waahhh.. lama juga rumah daku ni terbiar tak ber'entry' baru. berabuk sudah.. nak kata busy, biasa2 je... apa la agaknya yang disibukkan. nak renovate rumah pun tak sempat lagi ni..


entry kali ini KHAS untuk cerita 20 Jun 2010.. rakan-rakan terdekat daku tahu la apa yang berlaku. yang tak tahu, jom!!




eh.. apa yang kami buat tu.. potong kek apa agaknya ye??




tara....



celebrate anniversary. tu je yg mampu. huhu.. tengok kek tu betul-betul. huruf 'A & Y' dah kemik. boleh agak siapa punya kerja??




betol!!! budak kecik di atas yang buat. tak habis cakap lagi dia dah serbu. mama dia pun tak sempat buat apa. tapi nasib baik la tak renyuk kek tu.. sikit je yang cedera..



tapi tu bukan agenda utama. tu cuma selingan je. yang utamanya... tengok bawah lagi




majlis cukur rambut.. eh siapa yang kena cukur sebenarnya.. hehe.. aqiqah tak buat lagi. insyaAllah buat di Kelantan raya nanti.. Azhad memang best. sepanjang majlis tidur je. rambut kena gunting pun tidur. tak percaya? tengok bawah..



Azhad yang cool.. huhu.. nampak tak mata dia tutup je..




rakanku, Hasdi dan adik turut meramaikan.. tqvm. Azhad masih tidur lagi tu..





wahh.. nyenyaknya anak ummi.. sebelum, semasa dan selepas majlis tidur je.. tu Achik kiss pun lena lagi.. baju melayu buatan ibu, boleh buat raya.. tapi raya haji la kot. raya puasa tak nak tema hijau lagi..



hari ni Azhad dah botak taw.. malam 20hb tu hubby buat keputusan untuk cukur sendiri. mula-mula mak minta bidan buatkan. setelah disoal siasat mengenai pisau cukur yang digunakan, hubby tekad buat sendiri. takut guna pisau share ni boleh dapat jangkitan yang tak sepatutnya..





nampak besar bila botak ni. tapi ada cerita disebaliknya... huhuhu.. gelak dulu.. ada ke patut, tengah cukur rambut Azhad, abi boleh berhenti solat Maghrib dulu.. adeh. before buat tu tak nak solat siap-siap. ummi yang tak de kerja ni pun apa lagi..




botak sebelah anak ummi... hehe




anak ummi yang suka tido. tak pe lah sayang, kecil macam ni memang tidor je kerjanya. tidur puas-puas ye. besar nanti masa untuk belajar pula.. hehe


Monday, June 14, 2010

Tahun Ke-2 Kami

Pejam celik-pejam celik dah 2 tahun pun usia perkahwinan kami..






Dan inilah dia, Muhammad Azhad Nayli, 1m1w1d, hasil perkongsian hidup selama ini..




semoga kehidupan kami sekeluarga diberkati dan dipermudahkan dunia dan akhirat.
semoga kami dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan.
semoga dimurahi rezeki kami sekeluarga.
semoga jodoh ini kekal ke syurga..
Amin..


ps:tahun lepas saat ini sedang siapkan thesis..tahun ni tika ini sedang tidorkan anak.. ;)

Saturday, June 12, 2010

Campur-campur

Draf thesis dah hantar last week. pos ke Yogi dan minta tolong beliau amik signature DrOY dan hantar ke fakulti. Deadline 8th June tapi dah selamat submit ke fakulti on 4hb lg.. thanks a lot Yogi.

suamiku berbunyi, "time senang orang tu email tak jawab. bila susah baru cari orang tu, terhegeh-hegeh minta tolong"

GULLPPP


"eleh.. semua orang macam tu kan" senang je daku jawab sambil senyum kambing.. hehehe.. tapi memang betul, kan. zaman sekarang ni kebanyakannya berkawan sebab kepentingan sendiri. susah nak cari kawan yang sanggup bersusah sama-sama. ada, tapi susah la...


OK! Cerita pasal draf thesis, few days back fakulti call tanya pasal salinan asal yang dah berconteng. pemeriksa yakni Dr Koh nak.. nak compare la tu ada buat pembetulan ke tak. semua salinan daku dah kirim.. 2 salinan lama, dan 3 salinan baru.. mungkin salinan yang berconteng tu ada pada DrOY..


So sekarang ni mungkin la Dr Koh tengah cari kesalahan dalam thesis ku itu.. pray hard semoga takde masalah lagi. kalau ada pun just wrong spelling ke.. kalau tak memang punah la harapan nak ke UTM sanjungan bangsa tu lagi.. faham tak apa maksudnya tu?

ermmm.. pray for me guys..




Tinggal seminggu je lagi untuk habis pantang. tak sabar rasanya sebab dah malas nak pakai dan makan segala jamu. pastu nak jalan-jalan dan makan puas-puas. tapi bab makan ni kena pantang lagi sebab susu badan. ke lepas pantang dah tak perlu risau makanan berangin atau sejuk effect baby?? ermmm..


Rasa macam nak tukar layout blog. Ada terbaca somewhere hari tu, kononnya blog berlayout 2 coloumns ni macam rumah tak berapa nak siap. ye ke?? huhuhu.. tapi ada je blog yang gah-gah tu layout 2 coloumns je. hehe.. comparekan blog gah dengan blog daku lak... huhu.. tapi rasa macam nak tukar angin la. since kehidupan daku pun dah berubah, jadi blog ni pun macam nak kena berubah gak. tengok la nanti ada kesempatan, insyaAllah.. sekarang ni sibuk dengan promo barang di FB. blogshop macam malas nak update. eh.. siapa-siapa yang nak beli cloth diaper, pakaian baby dan pakaian wanita boleh jengah fanpage FB ku Jaja Online Shoppe.. insyaAllah harga berpatutan..


Ok lah.. sedang merancang sesuatu untuk minggu depan. akan diumumkan kemudian bila dah confirm. harap semuanya berjalan lancar..


Till then..

Thursday, June 10, 2010

Selepas Sebulan

Hari ni merupakan our 1st outing selepas kuar dari HUKM.. huhu.. macam gi jalan-jalan je kan. Pantang belom habis mana boleh jalan.

Actually hari ni ada temujanji di KKIA, Pantai Dalam jam 8am. awal tu. tapi seperti biasa habis dalam 1030am..


On 34 days, baby dah 3.79kg.. naik setengah kilo gak. lenguh dukung dia.. hehe.. panjang pun bertambah jadi 54cm... panjang anak ummi ni. kalau ikut belah abi dia memang panjang menunjang la.. huhu..


Ummi pula kena turun kan 2kg untuk dapatkan semula berat seperti sebelum mengandung. tapi kalau nak dapatkan berat macam masa kahwin dulu kena buang 6kg. banyak tu. jadinya saya amik yang sikit la.. sikit-sikit pun ingat senang ke??


Tadi baru dapat information. sebelum ni macam terlepas pandang/dengar..

"kalau dulu tak mengandung makan seekor ikan kembung, contoh la. masa pregnant kena makan seekor setengah. lepas bersalin kalau breastfeed baby kena amik 2 ekor setiap kali makan"

woo.. maksudnya saya kena makan 2x ganda dari before pregnant dulu. tapi sekarang ni selera makan takde sangat plus malas nak makan sangat.. huhu.. takut gak kalau amalkan cara makan sekarang ni nanti susu kurang. jadi saya kena la rajin makan. en suami sila jangan marah kalau saya habiskan duit kamu untuk makan.. hehe..


timbul lak persoalan. kalau dah makan 2x ganda macam mana berat nak turun???

insyaAllah.. salah satu kelebihan menyusu badan ni adalah membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.. lain-lain kelebihan boleh baca sini. so tak perlu risau.. ceh sedapkan hati sendiri..


last but not least, jom tengok Azhad yang baru berusia sebulan; ketika pic ni diambil..




Friday, June 4, 2010

Jalan-jalan Dengan Azhad

4 minggu 1 hari sudah usia Azhad
tapi kali ni tak nak cerita pasal kesayangan hamba tu..
just nak tepek pic sepanjang kandungkan Azhad
actually dah ada dalam previous entries


raya 2009 @KD Pahang.. 8 weeks


hang out with hasdi & nady @ KL.. 11 weeks
sogo

audition Raja Lawak @ 1Borneo.. 16 weeks..
zizan raja lawak

manukan island.. 22 weeks
manukan island

dating di kudat.. 23 weeks
tip of borneo

shopping time @1B.. 26 weeks


wedding ana @muar.. 30 weeks


alice wonderland @midvalley.. 34 weeks
alice in the wonderland

konvo azim @putrajaya.. 34 weeks


icity.. 36 weeks
icity shah alam
hikksss...
ada kena-mengena tak tajuk kali ni
ada la kan
sebab masa ni kan saya kandungkan Azhad
so dimana ada saya, disitulah ada Azhad
so jalan-jalan dengan Azhad..
hehehe...

Wednesday, June 2, 2010

KAPOWW: Atoi The Ajaib Boy

Tadi baca Mastika nampak la iklan yg ditunggu-tunggu..



kapoww atoi the ajaib boy

Will be release on 17th June 2010
Sehari before saya habis pantang
YEAY!!! Boleh tengok!!
Biasa movie tayang 2 minggu, kan


Tapi kegembiraan itu tidak lama...
Apabila hubby tunjuk si comel
Camne nak masuk panggung dengan baby yg masih kecil
Takkan nak tinggal baby semata-mata je
So terpaksa la daku lupakan hero ku itu..


Tunggu je la tayangan di Astro nanti..
Tak pun suruh hubby cari CD..

Related Posts with Thumbnails