Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~pregnancy~. Show all posts
Showing posts with label ~pregnancy~. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Jalan-jalan Dengan Azhad

4 minggu 1 hari sudah usia Azhad
tapi kali ni tak nak cerita pasal kesayangan hamba tu..
just nak tepek pic sepanjang kandungkan Azhad
actually dah ada dalam previous entries


raya 2009 @KD Pahang.. 8 weeks


hang out with hasdi & nady @ KL.. 11 weeks
sogo

audition Raja Lawak @ 1Borneo.. 16 weeks..
zizan raja lawak

manukan island.. 22 weeks
manukan island

dating di kudat.. 23 weeks
tip of borneo

shopping time @1B.. 26 weeks


wedding ana @muar.. 30 weeks


alice wonderland @midvalley.. 34 weeks
alice in the wonderland

konvo azim @putrajaya.. 34 weeks


icity.. 36 weeks
icity shah alam
hikksss...
ada kena-mengena tak tajuk kali ni
ada la kan
sebab masa ni kan saya kandungkan Azhad
so dimana ada saya, disitulah ada Azhad
so jalan-jalan dengan Azhad..
hehehe...

Tuesday, May 4, 2010

Baby ooo Baby

Hi there...
just a short update..


i am still hold a tittle of 'mom-to-be'
baby seems not ready to pop out


EDD dari Klinik KK adalah pada 1st May
dan Pantai Dalam (PD) beritahu 4th May as my EDD
so nak ikut yang mane ye??


masa gi HUKM aritu Doc kira guna EDD yang PD bagi
so selepas 9 hari dari 4hb baru pergi hospital kalau saya tak bersalin juga
untuk induce or ape yang patut


please guys wish for us
semoga Allah permudahkan dan percepatkan kelahiran ini
mommy, daddy and the whole family and friends tak sabar nak tengok baby


Saturday, April 24, 2010

Entry & Aktiviti Yang Tertangguh

Owwhhh... ini adalah minggu terakhir baby dalam perut mommy.. harapnya baby keluar dengan selamat.. mommy n daddy dah tak sabar nak tengok baby. comel macam mommy kah?? atau ermmm chubby macam daddy?? hehehe.. PERASAN!!! ~mesti ada orang geli baca ber'mommy dan daddy'.. ada siapa kisah??? nanti tiba masanya baru boleh reveal gelaran sebenar kami.. :p



Since dah minggu ke-39 ni, nak update preparation untuk menyambut baby. Check list barang baby & mommy almost complete. Ibu (panggilan utk nenek baby) baru beli jamu tadi. Brand Selapan je.. Jamu ni la yang my mom guna masa berpantang lahirkan kami 6 beradik dulu.. For me, the price and brand are not important. Kalau beli mahal-mahal tapi tak makan/guna, tak guna jugak, kan.. Tinggal barut baby je.. Kain dah beli, tunggu ibu jahitkan je.. Bengkong guna Premium Beautiful yang dah lama tak pakai tu..


To Do List saya macam mane pula ye??


Daddy asyik membebel je tiap kali call or sms..


"bila nak kemas bilik?"

"bila nak packing barang?"


bini dia yg bz berblogging, blogwalking (sampai tak main Cafe World lg dah) ni pun ape lg.. bila dah tak tahan sgt perli2 je la.. lepas kena perli tu daddy pun jwb balik,


"kalau org dekat sana org dah buatkan dah"


Aduh.. tengok
list brg2 utk ke hospital ni macam senang je nak pack. tapi sebenarnya pening-pening lalat juga la nak pack barang ni.. Kalau quantiti sikit takot tak cukup pula. walaupun tak perlu risau sangat sebab macam-macam ada kat kooperasi hospital tu. Kalau bawa lebih-lebih membanyakkan barang pula macam nak bermalam lama kat hospital tu..


jap2.. tnya mak dulu la.. nanti baru packing..


lepas tanya mak, taw ape mak jwb?


"brg baby x byk, brg ko je yg lebih"


barang2 yang akan disumbat dalam beg


mak kata pad, pampers tak payah bawak 1pack.. bawa 3,4 keping je.. tapi bila nak kemas beg depan mata dia, mak suruh bawak je semua.. huhuhu.. mak pun dah lupa tu... dan setelah disumbat segala benda akhirnya siap la juga..


beg baby warna biru sbb takde warna hijau..


haa.. kalau dlm
To Do List tu yg no 2 dengan no 3 tu en Yusairi tak tanya pun kn. sbb keja mendobi tu dah selesai sebulan lepas.. baju yg beli kat KK dah basuh masa kat sana before balik KL. tapi lepas basuh tu tak terus masuk dalam bakul baby. masuk balik dalam bagasi yg bertutup tu sbb kat sini cepat berabuk.





ni dia aktiviti mendobi di KK & KL.. abg Azief ada je.. yg berbungkus tu bila tibanya mlm dan mommy malas nk lipat baju.. huhu.. tak senonoh kn..



bilik pun tak kemas-kemas lagi. aritu just alihkan barang je... b balik la cepat tolong kemaskan bilik.. huhu.. tp beliau hanya akan balik bila dah nak bersalin je. kalau tak rugi cuti.. baju dan barang baby akan masuk dalam bakul lepas bersalin kot.. ala bukan susah sangat pun kan.. huhu..


ps: saya dok keep looking at tanda-tanda hampir bersalin je ni...

Friday, April 16, 2010

Teman Isteri Bersalin



Bergenang air mata ni tika baca entry seseorang pasal pengalaman beliau menemani isteri bersalin.. Korang boleh baca kat sini http://my.mustaffa.org/pengalaman-menemani-isteri-bersalin


Actually tak de ape-ape yang menyedihkan pun. Cuma tika dan saat saya sedang menunggu kelahiran baby pertama kami ni, hubby dapat signal dari MINDEF. Beliau diarahkan ke Semporna bermula 19hb - 22 hb ni.



Kalau lah sekarang ni saya tak mengandung atau due bersalin lambat lagi rasa-rasanya signal tu adalah khabar gembira hubby. Ye la kan. Sambil menyelam, minum air. Pergi sana untuk bekerja, sambil-sambil tu boleh snorkeling kat laut yang serious cantik tu.. Dah dekat dengan Mabul dah tu.


Tapi bila dalam keadaan genting macam ni terus takde mood. Dah la before ni ada berlaku sedikit perselisihan faham antara kami. Semuanya disebabkan saya nak hubby ada disisi ketika bersalin. Tapi disebabkan jarak yang memisahkan kami, semua tu tak boleh nak dijangka. Kalau sempat, sempat lah. Kalau tidak, redha je dengan ketentuan Tuhan. Takkan dah sakit-sakit macam tu nak tahan juga sehingga hubby sampai, kan.


Cuma sebagai hamba-Nya, sekarang kami hanya mampu berdoa semoga apa yang kami inginkan dimakbulkan Allah s.w.t..

Thursday, April 15, 2010

Petua Mudah Bersalin

Hi all...


Hari ini just nak share petua. tengok tajuk pun tahu kan..

semoga semua mommy & mom-to-be yang sedang menunggu kelahiran baby selamat dan dipermudahkan oleh-Nya..

bagi yang belom sampai masanya pun boleh take note bekalan di hari muka.. :)


Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan kelahiran bayi:

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami. ~kesiannya saya suami dikejauhan.. :(
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.


Mungkin ada lagi yang tak pernah saya dengar. so jangan segan dan malu untuk tambah.. :)


Sesungguhnya kita hanya berusaha, tapi Allah s.w.t jua yang menentukan segalanya..


Wednesday, April 14, 2010

Insiden @ minggu 37

Salam 1 Malaysia

Pagi semalam check up di KKIA, Pantai Dalam.. tp ada permulaan hari yang tak berapa syiok..


jatuh
tak sedarkan diri
bleeding


tp tentula bukan saya.. kalau tak masakan saya boleh buat entry ni


kejadian tu berlaku pd seseorg yg tidak kami kenali. masa tu saya, mak & azief baru keluar dari lift. pastu peniaga kat situ bising2 . yang saya dengar "jatuh" je. dlm kepala hotak saya masa tu..

"apa yg jatuh?"
"takkan ada org jatuh dari tingkat atas. tragedi ni"


sekali tgk2 mmg ada budak jatuh atas jalan raya tu. tp bkn ada motor atau kereta pun. memang la ada tapi tak kacau dia pun. tiba-tiba je dia leh jatuh sendiri

rupa-rupanya budak tu ada sawan. tengah2 jalan tu jatuh muka tersembam kat jalan. tu yang berdarah..


tp yang menyirap darahnya kan, sikap orang Malaysia ni. majoriti kat situ wanita a.k.a kaum yang lemah~bila bab mcm ni ngaku la.. huhu.. so what do u expected?? takkan la nak suruh makcik-makcik kat situ angkat budak lelaki yg umur lebih kurang 20tahun.. walaupun kurus..


tiba-tiba kat satu sudut tak jauh dari tempat kejadian, ada la seorg pakcik lelaki ~of course la pakcik tu lelaki kn.. bila makcik2 panggil dia, dia macam blur2. dah nampak ada budak tertiarap kat atas jalan tu boleh lak dia jalan dengan lenggang kangkung mak minah dia.. ayun tangan yang berasap..


pergghhh... gua angin betol tengok pakcik tu. pastu boleh pulak tanya
"anak sape ni?"

hello!!! penting ke nak taw anak sape dalam waktu macam tu?? at least do something la bro!! dia tnya sambil tengok2 budak tu tanpa usik. pas tu dia blah..


OMG!!!
nasib baik ini bukan kaum kerabat gua


pastu pak guard kat situ punya hal lak.. masa kejadian tak jauh sgt pun dgn tempat duduk dia. panggil2 tak dengar. sekali mak gua gi kat tempat dia lepak tu. taw dia tengah buat ape??
TIDURRR!!!

wow.. ini lah harapan penduduk flat ni utk jaga keselamatan kami.. TAHNIAH jaga... jaga ni pun sama mcm pakcik td.. dtg tengok2, mcm YB tengok tapak projek. pastu blah.. smbung tido agaknya


almost 20-30minutes gak la budak tu terbiar macam tu takde org bwk ke klinik. dari dia tertiarap smpai dia bangun duduk sendiri. nak bangun jalan mungkin tak larat dengan muka berdarah..

after that baru la dia di bwk ke klinik. tu pun setelah mak sy suruh anak kwn mak saya yang kebetulan lalu situ anta..


ayah saya?
masa panggil kat teksi dia, dia takde pulak. jadinya kena cari alternatif lain la


bila difikir-fikir balik.. ermmm... macam mane la kalau bnda macam tu jadi kat family kita, org buat dek je.. kalau yang sakit tu silap-silap boleh mati

sebelum ni pun terfikir gak. saya ni tiap ari dok umah sendiri je dgn Azief.. buatnya time dok berdua tu pulak sakit nak bersalin, mcm mane tu? kadang org tak fikir keadaan kita, tp nak ckp lebih-lebih pun masing2 ada life sendiri.. harap dijauhkan la.. semoga Allah permudahkan urusanku dan perlihara kita semua..


tp yg sempat saya perasan.. masa kejadian tu, azief sembunyi kat celah-celah motor. takut agaknya.. lagi2 dgn darah tu.. sy pun tak tengok dekat-dekat. risau lak ngandung-ngandung ni tgk bnda2 mcm tu..


tp mak saya nmpk seperti super heroin. walau tak buat ape tp dia pk kan sesuatu utk tolong budak tu

ok.. tamat sudah pasal insiden tu


some update pasal check up arini

i gained another 0.2kgs for this week.. seb baik la tak naik mencanak sebab saya rasa saya semakin kerap lapar lately ni

yg lain2nya seperti biasa jua.. Alhamdulillah takde ape mslh sgt bg saya dan baby


Semalam pas check up tak terus balik umah.. Naik train ke KL Central, pastu gi PJ Sek 14, kedai mak.. Patutnya dari klinik tu boleh je naik bus ke KL Central tp malas nak sesak-sesak dgn keadaan boroi mcm ni

tp dlm train saya tetap kena berdiri. seb baik la 2 stesen je, tu pun naik lenguh gk tumit ni berdiri..

ohhh.. org malaysia LAGI ~tp dlm train tu ramai foreigner je


luckily
dlm bus ke sek 14 tu ada brother yg baik ati bg minah boroi ni duduk. thanks so much. really appriciated it.. walaupun kadang-kadang saya segan nak guna kelebihan 'wanita mengandung' itu


so kat asia jaya tu byk gak bnda yg saya buat dan pegi. gi bank kuarkan duit, stand by utk bersalin. pastu hidupkan balik Maybank2u yg rupanya expired kalau tak aktif 6 bulan. beli Choc Indulgence kat Secret Recipe, mkn KFC belanja mak n azief.. dan snikers utk saya n mentos utk azief..



opss lupa..

di KL Central beli toblerone dgn hazelnut chocolate



waahhh... sakan mak buyong ni merayap dan melantak


sbnrnya dah mula sakit2 kat bwh perut nih.. ermmm.. tak lama lagi je ni.. tak kisah la bila-bila pun

cuma harap2 daddy ada masa dlm labour room nti.. AMIN..

Monday, April 12, 2010

Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?


Ciri-ciri Kontraksi


* Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
* Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
* Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
* Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
* Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
* Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
* Semakin kuat sakitnya
* Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
* Berbaring tidak mengurangkannya.
* Servik menipis dan terbuka.


Mengira Kontraksi


* Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
* Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
* Catatkan kekuatan sakitnya.


Kelahiran Palsu


Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.

Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini

* menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
* jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
* tidak bertambah kuat sakitnya.
* tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
* biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
* tidak begitu menyakitkan.
* boleh reda jika anda berbaring.
* biasanya tiada perubahan pada servik.


Bila Perlu ke Hospital


Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.


Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my


ermm boleh tak kalau saya kata yg saya tak taw pun bila saya start kena kontraksi
Braxton-Hicks?? mcm tak alert dgn badan sendiri je kn.. ermmm

Tanda - tanda Hampir Bersalin

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. ~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. :(


Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my


saya dah masuk minggu ke-37 ni.. so far, ada la sikit-sikit tanda-tanda tu especially yg belah2 atas tu. tu pun tak kerap.. kejap ada, kejap tak. so tak berani nk ckp dah dekat atau lambat lagi. tp kalau ikutkan lagi 3 minggu je. so dah dekat la kan. cuma harapnya doa kami dimakbulkan Tuhan.. AMIN


Monday, April 5, 2010

Check up @ minggu 36

Hari ni saya ada check up di KKIA* untuk kesekian kalinya. Temujanji pukul 9am tp tiba lewat beberapa minit. check up kali ni jumpa dgn Dr.


FYI, hari isnin je Dr ada kat klinik tu. hari-hari lain nurse je la. so kalau emergency sila jgn ke KKIA ye!!!


Seperti biasa, dating selesai 2++ jam kemudian. masa kat klinik tu tak sangka lak boleh jumpa dengan org yg dikenali LAGI.. tp kali ni takde mode gatal ye..


Mereka adalah Aishah dan Azlina. saya dengan Aishah ni 1 kelas masa form 1-3.. takde la rapat sgt since saya ni memang susah nak rapat dengan org. tapi kira ok la berbanding dengan budak2 lain yang konon-konon 'Spice Girl' sekolah.. ~alaa.. mcm cerita omputih tu. indon pun suka buat cerita mcmtu gk.. eh.. org malaysia pun dah buat cerita mcm tu taw..


So kitorg pun borak2 la.. dengan Azlina tu saya kenal muka je. tak pernah sembang pun sbb kelas lain. dia pun tak cam saya.. tp sebab Aishah kenal beliau so kami bertiga sembang-sembang la. sembang kosong je. kalau ikutkan mmg tak cukup masa. banyak benda yg nak disembangkan. last saya dan Aishah jumpa masa lepas SPM, kitorg hantar borang UPU sama2.. skrg ni Aishah keja as nurse kat PPUM bhgian neurology. so sape2 yg jumpa nanti taw la tu kawan yg saya maksudkan.. :p


ok2.. berbalik psl check up arini. nurse tu tgk berat saya naik dari last check kat situ. tp kalau tgk dr last week kat HUKM berat saya ada turun sikit (-0.4kg). nurse tu kata patutnya dah minggu 36 berat tak boleh naik..

tet?? kenapakah???

saya tak tanya pun..

tp maybe takut nanti baby besar lg kot.. nanti susah beranak kata org-org tua..


tp kalau ikutkan skrg ni saya kurang mkn. makan nasi sekali je sehari. mlm makan roti atau biskut.. sbb bosan/jemu mkn nasi. bkn sbb diet ok!!.. kalau lapar sgt baru mkn nasi diwaktu mlm.. tp berat naik gk.. huhu


tp td sebelum smpai umah saya singgah kedai.. tekak kering sangat. perut pun dah bergendang-gendut tali kecapi.. taw2 je la kalau dah rasa mcm tu kompem nafsu membeli belah tu tinggi..


nurse dah ckp psl berat bdn pun saya tak peduli.. taw ape yg saya beli? 2 ketul aiskrim, roti, biskut dan 2 kotak air.. haha.. tak hengat.. kalau ikutkan sbnrnya teringin nak minum air gas. tp takde yg berkenan dihati lak. selamat!!


so next meeting adalah minggu depan.. waduh.. tiap2 minggu kena gi check.. awal2 pregnant sebulan sekali. masuk 28minggu 2 minggu sekali.. skrg dah 36 minggu kena gi tiap2 minggu lak.. seb baik la tak keja so takde masalah sgt. kalau yg bekerja tu jenuh la sokmo amik half day..



*KKIA~bkn Kota Kinabalu International Airport ye.. tp Klinik Kesihatan Ibu & Anak..


ps: nk cerita psl trying to conceive nanti.. tunggguuuu...

Saturday, April 3, 2010

Latest Checklist Brg Baby & Mommy


OMG..

dah masuk minggu ke-36 ni.. just few weeks left.. kata Doc, week 37 dah boleh standby.. owh.. saya sgt excited.. tp dalam masa yang sama SGT takootttt..


ok la.. since dah dalam RED ALERT bak kata hubby, saya nak update list barang keperluan baby & mommy.. tp kali ni by categories..



BABY GEAR:
1. Baju lengan pendek>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
2. Baju lengan panjang>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
3. Seluar pendek>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
4. Seluar Panjang>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
5. Stokin bayi & Sarung Tangan>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
6. Barut>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
NOT ~mak buat
7. Kain bedung (pakai lampin pn boleh)>>>>>>>>>>>
DONE
8. Tuala kecik>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
9. Topi>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE


DIAPERING & BATHING:
1. Napkin(lampin)>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
2. Diapers pakai buang(newborn)>>>>>>>>>>>>>>
DONE
3. Pelapik getah>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
4. Safety Pin>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE ~wlaupun xtaw bila nk guna
5. Besen mandi/Bath Tub>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE ~guna turun temurun. kat KK br beli lain
6. Towel baby>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
7. Set barangan mandi bayi>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
8. Nappy Cream>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
9. Wet tissue>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE


BABY CARE & GROOMING:
1. Nail clipper>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
2. Cotton buds>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
3. Nasal aspirator (utk selesema)>>>>>>>>>>>>>>
DONE
4. Minyak telon/Yuyi>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
NOT
5. Tuam bayi (x jumpa - blh buat sendiri)>>>>>>>>>
NOT
6. Thermometer>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
7. Nursery bag>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
8. Cotton balls >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE


NURSERING:
1. Baby pillow & bolster>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
2. Baby Playpen/Katil Baby>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
3. Blanket baby>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
4. Tilam>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE


FEEDING:
1. Botol susu >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE ~standby 1 je since nk breastfeed


BARANG MOMMY:

1. Kain batik>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE ~berguna gk org bg ms kwin dulu
2. Tuala>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE ~pakai je ape ada xkn nk beli br
3. Stoking>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
4. Nursing bra>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
5. Nursing pad>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
6. Disposable panties (senang kt hospital)>>>>>>>>>>
DONE
7. Jamu, bengkung dsbg (SET BERPANTANG) >>>>>>>
NOT
8. Pad>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DONE
9. Buku/Magazine>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> ada internet kira ok la kn.. hehe


list ni adalah brg2 yg pd saya berguna.. brg2 yg not priority atau boleh beli lambat sikit kena masuk dlm list lain.. kalau nk tgk full list singgah CHECKLIST BRG NEWBORN BABY & MOMMY


nmpknya yg colour oren dah tak byk.. tinggal barut, dah beli sikit tp tak cukup kena tmbh gk.. tunggu mak buat.. minyak telon/yuyi dgn tuam tu beli skali ngn jamu.. ni pun nanti mnta mak belikan je..


Monday, March 29, 2010

Kejadian Minggu ke-35

Lately ni asik cita bnda best n happy je kn.. kali ni nak stroy kisah tak best lak..

Malam tadi saya dpt tdo 2jam lebih je.. owh itu bukan kisahnya.. tp sebab saya dpt tido 2 jam tu yg jadi kisahnya.

Semalam masa tengah gayut dgn buah ati saya dah rasa something yang tak kena. tanda2 benda tu nak jadi lg.. so before tido tu minum la susu..

tp nasib tak baik.. pkl 2 terjaga, dpt tido 2 jam je.. lepas tu tak boleh tido. dapat lelap kejap je, pastu terjaga sebab tak selesa. mengiring tak boleh, telentang tak boleh.. nak meniarap lagi la tak boleh.. ke hulu ke hilir macam kucing ilang anak..

at last few minutes before 4, saya gerak mak. tak tahan dah tanggung sorang. mak macam cuak2.. dah nak bersalin ke?? mesti lah TIDAK.. sbb yg saya tau saya diserang sakit badan masuk angin. yg menyebabkan sakit belakang dan perut senak..

dah sapu minyak angin pun tak kurang jugak.. aduyai..


suddenly ternampak la Air Zam Zam kat atas meja. terus selawat dan minum.. niat minta dikurangkan sakit tu.. 3 kali teguk.. tak sampai bape minit terus saya lari ke toilet dan...




bukan selambak ok.. belambak-lambak. macam paip bocor gitu.. serius!!! it was my 1st time muntah dgn byk sekali..


rasa mcm nak nangis. walaupun dah nangis dah before tu. teringat kat hubby.. if he was here.. mesti dia bangun picit2 tengkok..

pas muntah tu baru leh tido.. masa tu dah nak pkl 5 kot.. ke dah pkl 5 ye??? ilang ingatan jap..

masa nak tido tu terfikir la mungkin ada salah makan ke.. tak pun mungkin sebab perut kosong, sbb last saya mkn nasi semalam adalah pada pkl 4 pm.. mlm mkn biskut je.. nape tah selera makan kurang sekarang ni..

dan salah satu puncanya juga mungkin sebab saya duduk dengan lamanya tanpa ada movement sgt.. ye la semalam kn saya free dr melayan anak buah. so kelapangan yg ada tu mmg fully mengadap laptop.. tu yg senak je perut..


lets continue..

subuh tu saya bangun la seperti biasa. tp pas solat tido balik ye la org tak dapat tido.. ~padahal mmg selalu mcm tu.. tp before tido tu mkn sarapan dulu takut nanti masuk angin balik..

dlm pkl 10 am saya terjaga.. jeng jeng jeng.. dia datang balik da.. nasib baik la mak ada kat umah lg. belom gi kedai.. so saya pun mengadu domba la. dan dibawa ke umah bidan.. ~bidan aritu.. yg emak sll guna servis dia..

bidan tu urut2 je. dia ckp byk angin.. tp takde la masa dia urut tu sendawa kuat2 macam certain org tu.. pastu dia urut dekat perut.. perut ke dada ye.. bwh dr breast, atas dari perut tu.. huhu.. dia cakap la baby besar. dah penuh perut.. maw 3kg ni.. baby dok naik kat atas tu yg senak..

saya ye kn aje la.. sbb dia kan lebih berpengalaman.. lagipun memang skrg ni rasa baby berat je.. lagi2 time dia mengeras.. nak jalan pun mcm slow. tp kalau baby biasa2 je, mommy lg la macam biasa.. hehe..

pastu Alhamdulillah smpai sekarang ok. tu pun tak berani nak duduk diam2 lama2.. mesti bangun2.. tp kalau budak tecit tu ada mmg tak boleh dok diam. kena pantau aktiviti dia. kalau tak, tak pasal2 je ada salji kat dalam umah macam kes minggu lepas.. huhuhu.. ~rugi tak amik gmbr kalau tak leh masuk contest..

hrp2nya after this tak de la sakit2 teruk mcm ni.. baru sakit sikit dah tak tahan. mcm mane la sakit bersalin nanti yang berkali ganda lagi sakit dari skrg... semoga dipermudahkan segalanya.. Amin..



ps: result contest kak yong's shoppe dah taw.. dan saya tidak bernasib baik.. xpe2.. lom rzki lg..

Wednesday, March 17, 2010

Tugasan Baru

Serius!!!

Ngantuk giler ni..
Bertahan gara2 tugasan baru yg baru diterima semalam
Adeehhhh...


Eh.. kali ni bkn gara2 contest tu taw..
ermm... ada tugasan lain yg lebih penting
melibatkan nyawa!!!


wah wah... mcm penting sgt je bunyinya..


nak taw apekah tugasan tu???
cuba try test tgk pic kat bwh ni






dpt tangkap tak??


ermm... kalau yang lom pernah alami mungkin tak taw kot
kalau yg pernah tu taw la..
tp kadang2 lain tempat lain bentuknya kn..


so.. apakah ittew???


namanya Carta Pergerakan Bayi Harian
kena kira pergerakan bayi sehingga smpai 10 pergerakan dlm masa 12 jam
bermula pkl 9am ~tu yg stay tu - 9pm
dah complete 10 pergerakan kena jot down pkl bape complete
tp nk kira pun bkn sebarangan kira
bkn asal gerak je leh mark carta tu
kata nurse tu kalau dlm masa 1 jam baby gerak every 5 mnt, amik gerakan paling kuat dikira 1 gerakan
dan saya ada baca somewhere, kena ada gap about 15 mnt baru leh kira 2 pergerakan
mcm complicated je bunyi kn..
huhu


sbnrnya benda ni kena buat bila usia kandungan dah 7 bulan
tp saya baru smlm disuruh oleh nurse
walaupun masa 7bln dah taw, baca kat CARI
tp ye la kn.. org tak suruh kita ni wt derk je la..
hehehe..
asalkan rasa baby gerak ok la


tp kn..
kalau tak cukup 10 pergerakan kena pergi hospital dengan segera
kenapa eh??
misalnya dlm 12 jam tu x cukup 10 pergerakan
tp tengah malam nak tido tu baby gerak dgn rancaknya ~my baby mmg active time ni
means baby is doing fine la kn
so nape kena gi hospital

mm... seperti biasa..
soalan tu hnya berlegar-legar di otakku dan ditnya kpda suami tercinta je
malas lak nak tnya nurse.. huhuhu


ok2..
nk citer psl check up smlm
appointment saya pd pkl 10 am tp tiba awal 20 mnt
saya setel dlm pkl 12.. 2 jam gk tunggu
tp tak terasa sgt sbb in between the time tu ada ceramah & check gigi
Alhamdulillah everything is fine walaupun sll terjadi pendarahan gusi masa gosok gigi


pastu kn..
dalam ms 2 minggu ni berat saya naik 0.7kgs...
so total gain 9.2kgs
OMG!!! kegemukan la saya
huhuhu
ibu mengandung yg xleh terima hakikat!!
sila sedar diri ye Pn Azliza.. :p


kalau kira ukur lilit dari aritu mcm sama je
35"
cuma sekarang ni rs ketat je perut
mcm kalau kita makan byk dlm 1 masa
kan perut tu rs ketat semacam

suami tercinta ada tnya
"skrg ni perut bersinar ke??"
teeettttt
ni mesti sbb tgk gmbr pregy woman yg seksi, bersinar je perutnya
so ape saya jwb ye??
"bersinar? entah.. tp rasa terik la" xtaw nk jwb ape sbnrnya
pastu "bila nk bg gmbar perut"
ayoyo!!! gmbr perut lak
"takde gi mane2 tmpt best cmne nk amik gmbr.."
alasan!!!
pdhal leh je dok umah tu amik gmbr perut..
pakai baju ye.. jgn pk yg bukan2
bhya taw nk mms gmbr xsenonoh walaupun utk suami tercinta sendiri
huhuhu


ok!!
cukup sketsa2 nih
ada yg best lagi
hehehe... gelak org gedik ye..


ms check up smlm..
'ermm.. mcm kenal je mamat ni' kataku dlm ati merujuk kepada sorg mamat yg teman bini beliau...
ala... ari 1st dtg klinik mesti la husband ikut kn..
tp daku dulu tiap kali check suami tercinta tunggu
cuma bila di KL ni kena la independent..

ok2.. smbung cerita

rupa2nya mmg kenal pn.. wlaupun ku tak taw la dia kenal ke x..
tp rasa2 dia pn msti pk bnda yg sama sbb asik2 pndang je.. perasan!!!

sbnrnya kn.. *shy shy cat*
sy pernah minat mamat tu... wuwuwu...
masa sek. sri pantai (f1-f3)
owhh... lihat la betapa gatalnya saye.. :p
mamat tu sebaya ngn abg gg, 4thun tua la...
so mksudnya tak smpt la nk feeling lebih2 sbb pastu dia abis blaja

tp masa nmpk beliau tu xde la excited sgt
saya sedar yg saya dlm klinik ibu mengandung
yg bermaksud saya dan beliau dah menikah ~dgn pasangan msing2 la ye..
so.. pergi ko syaitan jgn kacau cucu cicit adam nih!!!


alamak!!!
mati la kalau suami tercinta baca nih
ampun.. sembah patik harap diampun..
patik hnya syg dan cinta kanda Yusairi sorg je.. ehh.. ngn baby..
huhu..


Eh...
bln ke 8 ni xde pic lg..
tgk la minggu ni cmne
tungguuuu....


Thursday, March 11, 2010

TO DO LIST!!!

Owh my GOD!!!

it's 8 months already.. plus 4days actly.. 52 days to go!!

YEAY!!!

Alhamdulillah.. smga segalanya selamat hingga akhirnya.. Amin..


rasanya byk bnda tak setel lg ni.. so ni ada check list ape yg kena buat.. hrp2 smpt la buat. dan sptutnya dah setel dah pun.. huhu.. pity me sbb mcm x ckup masa je. 'mcm bz sgt..' huhu

1. kemas bilik yg akan digunakan utk berpantang
2. mendobi sgala baju-bajan little precious
3. kemas brg little precious dlm bakul
4. pack brg mommy & little precious & sgala keperluan lain utk dbawa ke hospital


ada ape2 lg yg tercicir x.. actly dah x sabar nk bersua muka dgn bb.. nk tunggu bln May tu mcm lmbt je lg.. kalau tgh2 April pn ok ape.. xpe nti pujuk2 bb soh kuar awl sikit.. huhu

hubby sll tnya cmne la agknya rupe our little precious ni.. "msti la comei mcm mommy dia" "x..comei mcm daddy dia" masing2 tak nk kalah.. last2.. "msti ada ikut dua2.dah name pn ank kite berdua" "agree."

byk bnda bermain kat kepala otak ni sbnrnya. tp skg ni x menyempat je. hope by end of this week dpt settle kn keja yg lama terbengkalai n dpt blogging ape yg ada dlm kpla ni.. till then, adios..

Wednesday, March 3, 2010

1st Check Up @KL

Smlm saya gi check up utk pertama kali di KL.. gi Klinik DBKL, Pantai Dalam je. Appointment pkl 9am tp setel dlm 1130am.. gila lama.. lembab2 Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) tu takde la smpai 1 jam pn.. may be sbb ramai kot. Tp tgk sistem dorg pn serabut je.. my next appointment adalah 2 minggu kemudian iaitu 16/03 pkl 10 am..


berat saya pd minggu ke 31 ni bertambah 5 kg dr last checked kat KK, dan menjadikan berat skrg sama mcm berat saya ms belajar kat Muar dulu.. huhuhu.. gila tembam dulu.. skg ni tembam bersebab.. so total gain weight dr b4 pregnant smpai skg adalah 8.5kgs.. huhu. Perut pn xbsr sgt. Rmai yg terkejut bila taw im pregy for almost 8 months.. hb sy pn naik.. tak la risau sgt. Tp stil kena keep amik pill.. nurse tu bg lg sgla vits. Ada org kata mkn vits nanti baby besar dan susah nk bersalin. Tp kalau tnya org2 klinik ni dorg kata vits tu tak effect tumbesaran baby pn.. vits tu utk kesihatan mommy je.. yg jenis baby besar tu kalau ada diabetes.. ntah la. Tak taw nk percaya mane.. amik takut baby bsr sgt.. tak amik takut baby x sihat lak.. so any idea?? Anyone??


Blk dr klinik smlm sy jln kaki je.. it took me 20 minutes je dr klinik ke umah. Ms gi azim anta tp pastu tunggu lama sgt dia blk, nk cari keja. So mls nk susahkan org dan abiskan duit naik cab, saya jln je la.. x lah jauh sgt pn. Huhu.. gpun org kata dah ujung2 ni elok jln byk as exercise spya sng bersalin. tp berpada2 la.. that’s why bila saya kuat jln bila kat KL ni hubby tak bising pn. Mak pn tak ckp ape.. hubby kata elok la jln2 tu aktif sikit.. kalau dok umah, tdo je baby pn mls.. huhu.. this weekend mcm tak de plan lg. So sape2 free leh la dating.. hehe


Sunday, February 21, 2010

Checklist @30 Weeks

YEAY!!
Happy 30 weeks.. hehe

dah msuk angka 30an nih.. tinggal beberapa minggu je lg.. huhuhu.. cuak lak kalau diingtkan.. so entry kali ni update psl brg2 baby n mommy... hrp2 by week 35th dah leh setel semua la...


Barang baby:
1. Baju lengan pendek>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
2. Baju lengan panjang>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
3. Seluar pendek>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
4. Seluar Panjang>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
5. Stokin bayi & Sarung Tangan>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
6. Barut>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT ~mak buat
7. Kain bedung (pakai lampin pn boleh)>>>>>>>>>>>NOT ~mak buat
8. Napkin(lampin)>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
9. Napkin liner>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT ~perlu ke??
10. Diapers pakai buang(newborn)>>>>>>>>>>>>>> NOT
11. Towel baby>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
12. tuala kecik>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
13. Blanket baby>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
14. Net Nyamuk>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT ~perlu ke?
15. Minyak telon/Yuyi>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
16. Tuam bayi (x jumpa - blh buat sendiri)>>>>>>>>>NOT
17. Pelapik getah>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
18. Berus pencuci botol>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
19. set barangan mandi bayi>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
20. baby carrier>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT ~dlm pertimbangan nk beli ke x
21. Nursery bag>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOT ~guna beg yg dpt dr SOGO smlm ok?? huhu
22. Stroller>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NO NEED ~daddy nk dukung
23. baby pillow & bloster>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT ~mak buat
24. wet tissue>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE
25. Safety Pin>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE ~wlaupun xtaw bila nk guna
26. pacifier/puting(not priority)>>>>>>>>>>>>>>>> NO NEED ~x elok utk baby
27. thermometer>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOT
28. Laudry Detergent>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOT
29. Nappy Cream>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
30. Besen mandi/Bath Tub>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NO NEED ~guna turun temurun. kat KK br beli lain
31. Baby Playpen/Katil Baby>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
32. Buaian (not priority)>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NO NEED ~mcm tak nak bg baby tdo buai je
33. Kain Buai (not priority)>>>>>>>>>>>>>>>>>> NO NEED
34. Bouncer (not priority)>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT ~dlm pertimbangan
35. Bakul simpan baju baby/Drawer/almari>>>>>>>>DONE ~utk kat KL. kat KK cari lain
36. Laundry basket>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
37. Nail clipper>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
38. cotton buds>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE
39. nasal aspirator (utk selesema)>>>>>>>>>>>>>>NOT
40. topi>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOT
41. tilam>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
42. botol susu >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>DONE ~standby 1 je since nk breastfeed


Barang Ibu:
1. Kain batik>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE ~berguna gk org bg ms kwin dulu
2. Tuala>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> DONE ~pakai je ape ada xkn nk beli br
3. Stokin>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
4. nursing bra>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOT
5. nursing pad>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOT
6. disposable panties (senang kt hospital)>>>>>>>>>>NOT
7. nursing pillow (not priority)>>>>>>>>>>>>>>>>>NO NEED
8. jejamu, bengkung dsbg (SET BERPANTANG) >>>>>>NOT
~NonA Roguy RM365
~Biodex RM500 (bengkung + tungku)
~Lessa Confinemum RM350(bengkung+tungku)
~Salindah RM370
~Ammy Sendayu Tinggi RM385 (bengkung)
~Ibu Halimah RM350 (bengkung)
~Afiat RM80
9. pad>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
10. milk collector>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
11. nipple butter/cream>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
12. nipple shield (not priority)>>>>>>>>>>>>>>>>>NOT
13. buku/Magazine>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> ada internet kira ok la kn.. hehe


insyaAllah this week en hubby blk semenanjung.. maybe leh setelkan ape yg tak setel lg.. tmbhn lak 25th Feb - 1st march ni ada Jusco sales utk member card.. so leh la gi n beli ape yg patut.. huhu


Saturday, February 13, 2010

Barang Untuk Ke Hospital

Barang2 nk bwk gi Hospital


utk mommy:-
bj 1, kain batik 1/ seluar gelebeh (utk kuar wad)
nursing bra, panty, pad, stokin, bengkung, bj panas, getah rambut
deodorant, ubat&berus gigi, termos/tumbler air,
plastic nk isi baju kotor.. makanan, air, biskut, milo


untuk baby:-
pampers, baju, seluar, topi, sarung tgn kaki, minyak telon, hooded blanket, wet tissue, lampin, barut, set bedak, losyen


Daddy:-

• surat rujukan doctor/buku merah
• kad pengenalan anda
• kad pengenalan suami anda
• surat nikah
• duit/credit card

Friday, February 12, 2010

Checklist Brg utk Baby & Mommy

Checklist brg utk baby & ibu dlm pantang


Barang baby:
1. Baju lengan pendek
2. Baju lengan panjang
3. Seluar pendek
4. Seluar Panjang
5. Stokin bayi & Sarung Tangan
6. Barut
7. Kain bedung (pakai lampin pn boleh)
8. Napkin(lampin)
9. Napkin liner **
10. Diapers pakai buang(newborn)
11. Towel baby
12. tuala kecik
13. Blanket baby
14. Net Nyamuk **
15. Minyak telon/Yuyi
16. Tuam bayi (x jumpa - blh buat sendiri)
17. Pelapik getah
18. Berus pencuci botol*
19. set barangan mandi bayi
20. baby carrier*
21. Nursery bag
22. Stroller*
23. baby pillow & bloster
24. wet tissue
25. Safety Pin
26. pacifier/puting **
27. thermometer
28. Laundry Detergent **
29. Nappy Cream
30. Besen mandi/Bath Tub
31. Baby Playpen/Katil Baby **
32. Buaian **
33. Kain Buai **
34. Bouncer **
35. Bakul simpan baju baby/Drawer/almari
36. Laundry basket (senang isi baju2 kotor baby)
37. Nail clipper
38. cotton buds
39. cotton balls
40. nasal aspirator (utk selesema)
41. topi
42. tilam
43. botol susu*
44. Baby car seat*

Barang Ibu:

1. Kain batik
2. Tuala
3. Stokin
4. nursing bra
5. nursing pad
6. disposable panties (senang kt hospital)
7. nursing pillow **
8. jejamu, bengkung dsbg (SET BERPANTANG)
~NonA Roguy RM365
~Biodex RM500 (bengkung + tungku)
~Lessa Confinemum RM350(bengkung+tungku)
~Salindah RM370
~Ammy Sendayu Tinggi RM385 (bengkung)
~Ibu Halimah RM350 (bengkung)
~Afiat RM80
9. pad
10. milk collector *
11. nipple butter/cream **
12. nipple shield **
13. buku/Magazine yg best utk hilangkan boring


* boleh beli lmbat
** depends pada individu nak guna ke tak
- pakaian tak perlu beli byk sbb baby cpt besar, dan org akan bg lg nanti



got this checklist from somewhere.. ada ape2 tmbhn x..

Thursday, February 11, 2010

Ceritera week 28

Arini dah msuk 28minggu 4 ari usia kandungan sy.. Alhamdulillah..
Actly ms genap msuk minggu ke 28 aritu ada something yg x best happened to me..





Begini kisahnya..

Pagi ahad tu dlm pkl 9am perut sakit memulas.. 2x gk msuk toilet menunaikan hajat.. Alhamdulillah sejak dok umah mak ni takde mslh sembelit dan buasir lg, which normal la happen to pregnant woman.. pas dah menunaikan hajat pn perut ni still sakit lg.. nk baring takleh, mengiring lg la sakit.. dlm dok thn sakit tu smpai tertdo gk la. tp jap2 terjaga sbb sakit.. sudahnya smpai tgari pn tak baik lg.. dlm kpla ni dok pk nk gi wedding member je. Tp sbb xlarat sgt akhirnya tak gi gk.. pdhal mlm sblm tu dah siap bngkus hadiah.. sy sgt frust!!!


dlm pkl 1 lbh sms abang ckp x jd gi warehouse sales sbb skit perut. Pastu masa tgh call hubby ngadu kat beliau smbil nangis2, abg dtg umah.. hubby soh gi klinik sbb takut something wrong kat baby ke.. dan antara perbualan ktorg masa tu..


hubby: xkn dah nk bersalin dah
wifey: awk kn xsbr sgt nk baby kuar


hubby: sakit nk bersalin ke?
wifey: mane la org tau. org tak pernah beranak lg..


so pas gayut tu sy ckp ngn abg n beliau ajak gi sepital.. abg n kak ipar bwk gi PPUM..

mls lak nk cita jela2.. make it short, ktorg kat PPUM dr pkl 2 smpai pkl6.. lama seh.. lama menunggu je pn.. tp part yg rs mcm funny sikit tu ada ke one of MA/SN tu soh anta labour room terus.. adeh.. sy belum rs nk beranak lg.. dlm kpla dok pk, ‘aduh barang ape pn xbeli lg ni.. baju je la da beli skt..’ Dah tu bila ckp pregnant 7months semua mcm terkejut..

pengalaman pertama dok atas kerusi roda, nurse yg bg, mcm tak larat sgt.. larat mmg larat tp jln terbongkok la sbb sakit..


and after almost 4hours kat situ sy hnya diberi panadol utk tahan sakit dan antibiotics.. dan setelah darah dan air kencing diambil sy disahkan kena urine infection (UTI).. org kata tu pn normal terjadi kpda wanita hamil..


Alhamdulillah saya fully recovered pd ari selasa.. isnin tu mak bwk gi bidan, ngurut.. bidan tu kata baby dah penuh dlm perut.. 'tp perut sy tecik je..' baby menyonsong (betul ke word ni) belah kanan sikit tu yg sakit belah kanan.. bidan tu ckp psl jantina baby gk.. so tgk la betul ke tak ape yg dia ckp nti.. ktorg pn xdpt tgk lg anu baby nih... 'shame, shame'

mak kata kalau tak urut lom tentu baik.. mmm.. xleh nk ckp ape la sbb sy mkn ubat jgk. So x taw mane yg berkesan.. Cuma bersyukur la pain tu x lama.. dan berharap x berulang kembali..

oo ye… ms kat PPUM scan baby.. kpla baby dah kat bwh.. hrp2 baby tak nakal2 mcm mommy dlm perut ibu dulu la… elok2 kpla kat bwh, naik atas balik. Sudahnya lahir songsang..


ok tu cita psl ari tu..


cita psl arini lak.. pg td saya gi klinik ibu mengandung dan kanak-kanak berhampiran.. ingt nk wt check up.. tp nurse situ bg tarikh appointment je sbb rasanya arini bkn utk ibu mengandung kot.. biasa kn ada ari2 tertentu.. sy main redah kasi pecah je sbb tak taw nk tnya sape.. so next meet adalah pd 2/3/10.. means bln ni sy xde check up.. tp ahad lepas dah scan and everything is fine so x kisah la… dan td sblm tinggalkan klinik tu sy mnta pil tmbh darah, sbb stock sy dah abis.. takut kalau hemog rndh leh effect kat baby…


utk simpanan dan ingatan sy sndri, currently berat saya naik 2kgs dr last month dan menjadikan total gain weight sy spjg 7 months pregnancy ni 5.5kgs.. agk2 another 2 months ni naik bape ye??

ok la.. dah byk celoteh ni.. seksok kalau smpt sy nk wt check list utk brg baby n mommy.. sejak jd babysitter ni susah nk online.. tmbh2 tgh bz wt keje lain..


adios..

smga smuanya ok!!!

Sunday, January 31, 2010

Seketika @Kelantan

Hari ni ari pertama ktorg kat KL utk percutian kali ni.. ehh.. ada yg x taw eh.. ktorg blk smnanjung 27hb yg lalu.. dr KK direct ke KB tp transit kat KL dulu.. 27hb tu flight dr KK pkl 945am dan tiba di LCCT 2 stgh jam kemudian.. pastu ktorg lepak kat LCCT tngu flight ke KB lak.. patutnye flight pkl 340pm tp delay ke pkl 405pm.. tiba di KB 50 minit kemudian..


lepak kat mcD LCCT tunggu flight ke KB (week 26)


pertama kali jejak kaki ke Airport Sultan Ismail Petra


Ari jumaat bersamaan 29hb fmly husband wt solat hajat & kenduri sikit smpna kandungan sy yg nk msuk 7bln.. cadangnya nk wt melenggang perut tp x jd.. just wt solat hajat dan makan2 je.. kenduri dimulakan pas solat jumaat smpai ke petang.. abis la jgk lauk 10 ekor ayam, 1 ekor biri2 dan kaki lembu raya aji punye (MIL tunggu ank bujang dia blk baru nk msk kaki lembu tu)..


Spjg beberapa ari kat sana merata gk la ktorg berjalan.. Pengkalan Kubur, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh.. semata-mata nk cari brg en suami.. slgi tak dpt slgi tu la beliau x puas ati.. tu ada ati nk smbung kat KL lak nti.. layankan aje wlaupun lenguh kaki.. huhu.. tp aritu pas blk dr Wakaf Che Yeh beliau berbunyi,
"lenguh la kaki" dan sy pn membalas la.. "la.. ingtkan tak reti penat td.." huhuhuhu


Alhamdulillah blk kali ni kami sihat2 je.. Cuma pas turun dr flight kat LCCT tu en suami sakit2 belakang.. xtaw la nape.. tp smpai je umah beliau ok, x melarat..


Ktorg balik KL smlm naik flight.. patutnye flight pkl 910pm tp delay ke 1035pm.. dah siap2 nk kuar umah br baca sms dr Air Asia… dah siap2 cmtu mls lak nk msuk umah blk.. ape lg.. FIL pn ajak la gi Pantai Cahaya Bulan, gi mkn kat gerai Pak Da (adik MIL) smbil tunggu flight.. ktorg smpai di LCCT pkl 1130 dan diambil oleh abg sy..


Sat gi nk gi umak akk, ada wt mjlis besday Azief.. tgk nti ada pix menarik x..


Saturday, January 23, 2010

Menonton Wayang

Haha.. cm ape je tajuk.. actly lama tol ktorg tak tgk wyg.. bila difikirkan ms utk ktorg bersama ber2 dah xlama dan nti ada baby susah nk tgk wyg, jd ktorg pn gi la menonton semlm. ktorg ni biasa la kn, penyokong industri seni tanah air.. jadinya ktorg tgk la cite Adnan Sempit.. gpun tgk thriller mcm syok je.. it was on me, tickets & meals... skali skala.. huhu






Sinopsis Adnan Sempit credit to Cinema


Known as Nan Sempit by his friends, Adnan (Shaheizy Sam) is an orphan and a 'mat rempit' who decides to move to the big city in Kuala Lumpur after being treated unfairly by his aunt's family. During his stay in KL, Adnan lives with his elder brother Macha (Cat Farish) and works as a dispatch guy at a private company. He develops a friendly relationship with his boss, Nadia (Intan Ladyana) who comes from a very wealthy family. Soon, their relationship turns sour when an argument breaks open between Adnan and Zack.


tp rasanya sinopsis ni mcm tak betul je. mls lak nk betulkan. so kalau nk taw citenye mcm mane gi tonton sndri.. huhu


review dr kami: syok. citer x berat. leh layan la.. full of laugh dr awl smpai abis. tp ada la part2 tegang.. tp tak lah sedih mcm Maman ckp.. sentimental sgt adik bongsuku ittew.. huhu.. tgk watak Shaheizy tu mengingatkanku kpd adik lelaki gagahku, Ijai.. muka ganas tp dlm ati ada taman.. huhuhu



pas tgk movie gi beli brg sikit n present utk new born baby kwn en suami.. smbil2 tgu staff kat customer service Parkson tu wrap hadiah ktorg lepak2.. n snap pic sikit.. serius mmg sikit.. hehe..






owh.. itu perutku yg berusia 26 weeks.. seb baik x kantoi perut hubby ku.. hehe. pndai beliau cover..



opss sblm terlupa.. smlm b4 tgk movie ktorg gi collect ic kat JPN.. yeay dah dpt ic baru yg cantik. tp quality gmbr tak cntik.. pecah2.. dah tu leh lak address dia 'KL, Selangor'.. dah KL tu KL la kn. nape nk Slgor lg.. xphm. mls nk betolkan sbb it takes time. buang ms menunggu je.. say good bye to old ic..


tgk la betapa nazaknye.. huhu.. sayonara..



ps: 2mgu dah tak timbang berat. agk2 naik byk x..


Related Posts with Thumbnails