Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 20, 2010

Azhad 5 Bulan

Fuuhhh.. fuuhhh.. fuuuhhhhhhh


berabuk betul.. sempat la spiderman buat sawang.. adehhh...

huhu


lama sungguh tak menaip. sori la kepada pembaca setia sekalian. tiap kali buka blog ni tak de cerita baru.. asyik la muka patung tu je.. hehe.. PERASAN ada pembaca setia.. huhuhu.. seperti biasa, bukan sibuk tapi tak sempat.. macam mane tu???


entry tertunda.. nak cerita pasal Azhad 5 bulan.. ikutkan hari ni Azhad dah 5 bulan 2 minggu pun. ummi Azhad je terhegeh-hegeh. huhu


Rabu lepas kitorg gi klinik, monthly check up dan inject Azhad.. 5 bulan 1 minggu Azhad berat 7.2kg dan panjang 68cm.. berat naik agak banyak, tapi panjang bertambah 2cm je dari previously.. ermm mungkin Azhad dah mula nak melebar kot.. huhu..


Seperti biasa, Azhad nangis sekejap je masa injection. dan Alhamdulillah Azhad tak demam.. kuatnya dia.. orang kata baby menyusu badan antibody kuat. insyaAllah. mudah-mudahan...





5 bulan ni Azhad dah pandai meniarap. actually dari before raya lagi dia dah boleh meniarap, means masa 3 bulan lebih. tapi Azhad sangat la tak berapa rajin.. kadang-kadang je dia buat. tu pun bila tak de orang tengok. aduhai.. pemalu sungguh. dalam minggu lepas ni jarang dia niarap. paling kerap masa 1st 3days abi balik KL.. siap tunjuk aksi pukul 2 am lagi.. boleh baca sini..


sekarang ni, abi Azhad ada ok je dia tidur malam.. pukul 11 lebih dah tidur walaupun petang tidur lama. tapi masa abi takde seminggu tu, seminggu la ummi bergaduh dengan Azhad masa nak tidurkan dia. sebabnya dia tak nak tidur. mana taknya kalau pukul 9pm baru bangun, tidur dari pukul 4pm.. gara-gara tengahari tak nak tidur, sudahnya 4pm tu ngantuk sangat baru tidur. nak tahan kesian kecil lagi. kalau terjaga pukul 7pm pandai dia buat muka ngantuk lagi tanda nak tidur lagi. nak tak nak tidurkan la balik.. huhuhu


baru-baru ni perasan azhad start main gusi balik.. meleleh air liur keluar. nak tumbuh gigi kot.. masa umur 3 bulan pun dia ada main gusi. mungkin time tu gusi nak keras.. 4 bulan tak main, ni 5 bulan baru main gusi balik.. alamak.. tak lama lagi tumbuh la gigi azhad.. takut la pulak.. kot-kot angin dia datang, dia gigit ummi. sekarang ni pun kadang-kadang kena gigit...


amalan terbaru yang azhad dapat sekarang ni ada 3.. 1st dia suka buat 'burrr'. takde la macam iklan coke tu.. huhu.. tapi menyembur-nyembur la. orang kata baby buat macam tu botak kepala mak. tapi memang perasan rambut banyak gugur sekarang ni.. penat nak sapu.. huhuhu.. tapi keguguran rambut memang terjadi pada wanita lepas bersalin kan.. 2nd azhad suka geleng kepala.. tak pasal-pasal je dia geleng kepala. nak kata tengkok dia gatal, takde merah-merah pun.. telinga gatal kot?? ermmm siapa tahu kenapa eh.. risau gak kadang-kadang.. lagipun asyik geleng kepala je gegar otak kecil tu kang.. normal ke budak buat camtu eh?? last sekali dia suka menjerit.. bukan jerit nak susu ke, nak tidur ke.. ni jerit gatal namanya. sampai terbatuk-batuk or kadang tu macam nak muntah.. alahai anak ummi... huhuhu


aritu call mak, mak cakap Kaisah dah pandai meniarap. siap dah goyang-goyang kaki.. aktif la nampak kan.. mak cakap azhad slow, lemah lembut. sebab azhad tak pernah meniarap pun selama 2 minggu kitorg balik semenanjung. ada pun sekali masa raya depan maman. mak tak sempat tengok la kot.. me and husband pun bebel-bebel la kat azhad, cakap jangan sampai nanti kaisah potong azhad. kaisah dah berlari, azhad baru nak bertatih. tak mustahil kan since beza dorang 47 hari je.. buat malu je hero nanti.. huhu..


nak dijadikan cerita, semalam azhad tidur dalam bilik while ummi main laptop kat living room.. tiba-tiba rasa nak tengok azhad.. memang selalu tengokkan dia takot kalau lemas kain ke sebab azhad suka main kain... tup tup






dia tidur meniarap.. ummi confuse sat. masa bila lak dia meniarap ni. tak mungkin dia meniarap baru tidur sebab dia mesti ngamuk kalau nak tidur time niarap tu.. mungkin dia meniarap dalam tidur... confirm!! azhad memang boleh niarap.. huhuhu.. fyi.. itu adalah kali pertama azhad tidur meniarap.. huhuhu


kalau dia tak rajin kitorg saja niarap kan. boleh je angkat kepala.. siap dah angkat punggung sikit. tapi apakan daya, dia tak nak buat.. tak pe la thayang, biar lambat asal selamat.. yang penting azhad sihat.. tapi kalau boleh jangan la biar kaisah potong thayang eh.. huhuhu


eh.. sebelum terlupa, nak share sikit kejadian menakutkan hari ahad lepas.. petang isnin tu azhad nangis. mata dah kuyu tp bagi susu tak nak. dok la nangis je sampai ummi ni dah tak tahu nak buat apa. abi amik pun nangis lagi.. tiba-tiba muka, kepala, tengkok dan bahagian badan yang terdedah merah-merah.. kitorg dah cuak ni. mula-mula hubby cakap demam campak. tapi macam tak je. tak kan tiba-tiba je.. tak kan semut gigit macam tu sekali.. sudahnya kitorg mandikan azhad, sapukan bedak ubat. Alhamdulillah merah tu makin hilang. tapi yang tinggal parut hasil garuan azhad.. calar-balar dah muka dia.. hari isnin malam pun naik lagi merah-merah tu, tapi tak banyak. lepas sapu bedak ubat tu ok.. kitorg pun tak tahu sebab apa. nak kata ummi makan bukan-bukan tak pun. makan yang sama je tiap ari.. tak kan allergy dgn play gym kot.. dulu ok je.. errmmm.. tapi 2 hari tak guna play gym tu azhad ok je.. harap-harap takde la allergy apa-apa..


ok la.. nak menghabiskan satu entry pun payah skrg ni. lepas ni bila la update lagi eh.. hehehe.. daa

6 comments:

DiLLaiLa said...

azhad dah tembammmm!tomeyy..=)

liza said...

huhu...tq..tp takde la tembam sgt.dlm pic je nmpk tembam..hehe

Kasih D Hati said...

kak dek, make sure azhad mendahului kaisah.. go azhad go...u can do it dear...

ermmm ply gym tue jemurlah kat matahari tgk kot2 ader hama ker? ader ker? sesuka hati sy jer... hehehe..mana nak p tau.. jemur ler kat matahari... bg segar semuala...

Ira said...

Azhad saje xmo tunjuk skill dia. Biasa la dia kan cool. Betul x azhad? Hehehe..

liza said...

yanie: tak boleh nak make sure la..xkn nk pksa kn..kot la dia nk meniarap ke nak tertonggeng ka..jd biar scra semulajadi..

psl playgym tu tak tahu nak kata, sbb kalau tak guna pn kadang merah2 gk muka dia.huhu

liza said...

hasdi: hehe..cool sangat..senang ummi dia jaga..huhu

Related Posts with Thumbnails