Alhamdulillah hubby selamat sampai KK maghrib semalam. mula-mula plan nak beli lauk (lauk mentah) after maghrib. tapi sebab hubby tiba pun lewat sebab jammed, jadi terpaksa la ditunda.. mungkin hari ini.. actually lauk ada je balance lagi tapi cukup la untuk 1 kali masak kot. kalau ikutkan orang lain confirm tak cukup lauk yang ditinggalkan before hubby pergi kursus untuk seminggu. tapi sebab saya malas nak masak bila tinggal seorang, jadinya lebih dari cukup.. :p
hubby balik KL bawak 1 beg je, tapi balik sini bawa 2 beg.. adat la tu. memang selalu macam tu. kalau boleh segala benda kat umah sana tu nak diangkut... huhuhu.. nak tahu apa yang penuh beg???
tara... kepala dan badan patung
actually badan patung tu cilok emak punya. kat kedai emak ada lagi 2 kot.. huhuhu.. kepala je beli. hubby tolong cari kat Jalan Masjid India. nasib baik ada dan murah. survey kat internet ramai cakap harga kepala macam tu RM30 above.. tapi kami dapat RM25 je.. ok la tak la mahal sangat. kalau dah sampai RM50 tu berkira juga nak beli...
ooo ya.. mungkin ada yang tak tahu lagi. sekarang ni JOS dah tambah product jualan. bukan takat jual barang baby je. JOS juga jual dress/blouse dan shawl/pashmina.. update terkini sila la jengok page JOS.. blog JOS agak tak berhapdet sebab leceh sikit..
Alhamdulillah, saya juga dah dapat reseller untuk run bisnes dalam base ni. akak tu tinggal di blok A.. tapi harap dapat la dia lebarkan sayap ke blok-blok lain since dia nampak semangat dan memang jenis ramah.. bagi luar base~navy tapi tinggal di kuarters luar dah ada isteri orang bawahan hubby yang jadi reseller. sekarang tengah usahakan cari reseller orang awam sekitar KK ni.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki kami.. dan minta dijauhkan dari dengki khianat sesama manusia.. Ameennn
Sempena birthday azhad ke-5 bulan ummi belikan play gym..
taraa.. dok makan mainan
cuba tengok anak ummi tu.. nampak pusat dia.. untuk makluman, baju yang azhad pakai tu adalah baju pertama yang tersarung dibadannya. ~abi suruh simpan buat kenangan.. size newborn.. azhad dah 5 bulan pun masih boleh pakai lagi. tak sendat pun cuma senteng sikit.. pakai selagi boleh pakai. berbaloi-baloi.. tapi ada juga tambah baju size 6 bulan..
actually rasa macam agak terlambat bagi azhad play gym ni.. sepatutnya seawal 3 months dah boleh bagi anak duduk dalam tu. biar dia belajar grab barang. tapi ummi baru tergerak hati nak beli masa raya hari tu sebab nak bagi dia leka sikit. so bila takde orang sebelah dia takde la menjerit.. tapi good boy ummi ni memang tak menjerit sesuka hati pun. lama takde orang dekat dia baru dia panggil.. tapi dengan sopan ye.. takde jerit-jerit sakan.. ummi pun tak tahu dari mana dia dapat sikap sopan tu... huuhu.. tapi bila dia ngamuk, "boleh tahan".. yang ni ummi tahu dia dapat dari siapa.. hehehe
ummi belikan azhad play gym murah je.. tak de la Fisher Price ke hape.. tapi ada je music, mirror ngn mainan lain.. kalau masuk Toys r Us, harga bapak mahal.. boleh belikan azhad play gym murah ni 4 ketol lagi.. ni pun abi yang menjajau cari kedai berdasarkan address amik dari internet.. siapa-siapa nak beli boleh google Babyjaya.. malas lak nak link kan.. huhu.. azhad dapat gak buku plastik mengenal nombor yang ummi dok cari dari dulu.. alaa.. tak de gambar lak.. next time la..
esok azhad akan di inject utk 5 bulan. ummi pun nak timbang juga.. minta-minta jangan la naik berat badan ni. kalau turun cun juga.. paling tidak pun biar maintain je.. insyaAllah kalau berkesempatan esok akan cerita pasal azhad sepanjang 5 bulan ni... errrmmmm.. anak oh anak..
ok la.. kalau siapa-siapa berminat nak jadi reseller boleh la contact.. view je page JOS..
till then. sehingga ketemu lagi..
No comments:
Post a Comment