Wednesday, December 29, 2010

Pendek Rezeki

Bila sebut pasal pendek rezeki apa yang terlintas dalam kepala korang?





Bila tengok gambar di atas apa yang biasa kita dengar? 'lelaki lebih rendah dari wanita, murah rezeki' betul ke statement tu? errmmmm.. rezeki ada di mana-mana yang penting usaha. rasanya statement tu wujud sebab tak nak pasangan tu kecil hati kot.. ye la orang confirm mengata punya! huhu.. lari topic sudah!!


Nak share pengalaman saya membeli-belah online last week.. perkataan biasa.. huhu


OK! saya ada jual benda alah ni.. ada la amik sepasang kat azhad.. tetiba dah lama, teringat nak pakaikan azhad, kaisah dan azief baju yang sama ni... tanya kat member yang supply baju tu memang sold out.. so, google punya google jumpa la few blog yang masih available. ada yang jual RM30/pc, beli 2 pun tak kurang so confirm la saya REJECT!!! huhu.. sebab saya dah tahu harga modal segala.. gila kedekut owner tu tak kasi kurang.. huhuhu


then ada la blog ni, saya sms on saturday pkl 2 lebih.. dia cakap nanti dia confirmkan.. fine! ku tunggu.. sampai ke malam takde feed back. so ku sms la balik.. dia cakap nanti dia confirmkan. pastu tanya kalau ada, saya nak ke?? of cos la nak kalau dah beria sms tanya kan.. hari ahad menjelma.. senyap sunyi je minah ni... saya sms lagi.. tapi dalam masa yang sama google lagi, kot-kot la dapat cari yang murah lagi... ntah macam mana jumpa lak satu blog ni yang GILER murah dia jual baju tu.. RM23/pc.. saya pun tak berani nak letak harga tu.. huhu.. saya pun apa lagi email la.. nak sms dia tak tinggal phone no lak.. tapi maklum la.. kalau beremail ni lambat la sikit..


tengah excited tunggu respond email, minah ni sms cakap barang dah ready dan suruh buat payment segala... masa tu isnin petang dalam pkl 1! saya senyap sunyi.. hati dah serba salah. sebab dah jumpa yang lagi murah! tapi memang tak sms minah ni. tengah berkira-kira lagi..


keesokan harinya, yakni selasa dalam pkl 2 gitu minah ni sms tanya, jadi ke tak beli baju tu.. ok! saya faham kalau sms tanya jadi ke tak ni. tapi ayat yang tak boleh tahan, "kalau tak jadi cakap je la. jangan MENYUSAHKAN ORANG"


wah... sedapnya bahasa ko!! terus la saya sms kata dia pendek rezeki. dari orang nak, terus tak jadi.. kalau ye pun tak boleh ke tanya elok-elok.. kalau ada kesulitan masa nak amik stock tu tak boleh ke cakap baik-baik so kita akan consider balik untuk amik dengan dia. sebab masa tu saya memang belum decide lagi.. lepas je dapat sms dari minah budiman tu terus la saya buat payment kat mamat blog lagi satu tu.. tak ke namanya pendek rezeki tu.. macam mana la dia berniaga kalau baran macam tu ek... saya ni berniaga gak.. selalu je orang cancel order.. siap dah tanya macam-macam, minta book itu ini.. at last cancel. tapi takde la nak maki hamun orang.. redha je la dah bukan rezeki kat situ....


sebelum ni saya amik barang ngn my sifu, selalu order dengan dia, selalu cancel jugak. tapi dia tak pernah cakap kasar pun. siap kitorg boleh sembang macam dah lama kenal padahal tak pernah jumpa pun.. akak tu memang mesra alam, sebab tu rezeki dia murah.. ni kalau dengan customer nak naik angin tak tentu fasal memang tolak rezeki la jawabnya...


ermmm.. minta-minta saya dijauhkan la dari sikap macam tu..


eh.. nak tahu ke baju apa yang saya beli untuk azief dan kaisah?? tunggu mama papa diorang upload dan tag. tak pun, tunggu bulan 3 nanti la kot.. tu pun kalau azhad masih muat pakai dia punya...


kalau korang ada pengalaman berurusan dengan kedai online yang hampeh macam ni boleh la share...


salam

ps: yeaY!! malaysia menang piala AFF.. jumaat ni cuti umum.. entah kenapa saya sangat excited padahal tiap-tiap hari pun saya cuti.. huhuhu

6 comments:

Ira said...

Teruknye minah tu. X kira la meniaga online ke x, tp etika tu kene la jg. Betul la apa ko kata, pendek rezeki. Rezeki nk dtg, tapi ditarik balik. Patut ko sound je blk, kalo x mesti dia x sedar.

liza said...

memang dah sound pun.. cakap 'dia pendek rezeki. meniaga tak boleh macam tu nanti rezeki susah nak masuk' lebih kurang gitu la maksudnya.. pas tu dia balas btaw susah payah amik stok. dah tu tak boleh cakap elok2 ke at least kt consider balik amik dengan dia.. huhu.. tp dalam blog dia status available lg baju tu. mana nak tahu dia amik tempat lain lak kn.. huhu

luvly_heart said...

liza, sila bgtau nama blog tu, mana tahu kut2 terjumpe so tak payah beli dgn dia awal2 lagi.. hehe :)

liza said...

aduh dila.. tak berani nak btaw takot nanti kata kita caras rezeki orang lak. hehe.. insyaAllah semoga dia lebih bersabar dengan kerenah customer ni.. huhu

DiLLaiLa said...

aduyaii..org bisnes ni kalo perangai camtu bukan setakat customer xjd beli..siap kena doa bisnes cpt lingkup lg ada la...uhuhu

liza said...

huhu.. betol2.. tp tak smpai ati nak doakan melingkup. doa smga dia lebih tabah menlayan kerenah customer.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails