Tuesday, February 22, 2011

Outing Di Tempat Baru

Assalamualaikum. Entry sependek yang mungkin. Macam korang tahu (kalau baca status FB) sekarang ni tak dapat online siang sebab hubby bawa laptopnya ke ofis. laptop saya? rosak masa kat KK lagi. pagi nanti hubby bawa kat member dia minta tengokkan apa yang patut.. nampak gayanya bulan ni income macam sangkut sikit. tambahan sebab pindah lagi.. huhuhu..


OK.. entry kali ni pasal aktiviti kitorang masa cuti Maulud Nabi dan Sabtu lepas. Maulud Nabi kitorang shopping kat Tesco Extra Ampang. memang banyak duit habis sebab semua barang basic kena beli baru.. kering dah pocket.. first time dudukkan azhad dalam troli. tengok la reaksi dia..



happynya dia.. huhu



haha.. azhad yang carca marba. topi kelabu, baju kuning, seluar hijau, stokin orange.. huhuhu. nasib la labu.. janji cute! sepanjang shopping tu azhad duduk je dalam troli tu sambil main apa yang patut. saya bagi dia main plastik, kertas or barang yang dibeli dalam plastik macam sup bunjut.. huhu.. dia dah ngantuk baru angkat tangan minta angkat.. tu pun dah nak balik. 3jam juga kitorang habiskan masa kat situ...


Sabtu lepas lak kitorg gi Jusco AU2 Setiawangsa. tak plan pun. actually tak tahu pun kat mana tempatnya. kitorang keluar je, ikut mana tayar berpusing. lepas tu ada iklan kat tiang lampu pasal jualan murah mobile so kitorang ikut la tunjuk arah iklan tu. ingatkan grand gila tapi non hado.. masa kat simpang kuarters mindef kat Desa Tun Hussein Onn tu baru perasan sign board Jusco gila BESAR. ingatkan Jusco dalam kuarters tu.. huhu.. so lepas gi jualan murah tu kitorg gi la Jusco.. tak shopping apa pun since dah habis shopping masa Maulud Nabi tu. beli yang takde lagi dan makan Yee Mee, menu biasa kalau pergi Jusco..






Azhad tak makan apa pun. tapi ada la suapkan sikit telur dan ayam.. tapi tak banyak takut pedas..



Nampak tak gigi atas azhad.. kapak!



last but not least.. tiap kali letak azhad kat tempat driver dia akan pegang steering dengan sendirinya.. amboi amboi amboi.. huhuhu



nak gi mana tu yang?


till then.. daaa

No comments:

Related Posts with Thumbnails