Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Dilema BF, Bukan Boy Friend Tapi..

Lately ni asyik berfikir.


"Nak start buat stock Breastmilk (bm) la. nak ajar azhad minum guna botol nanti kalau dah pandai boleh ummi kerja"


"Tapi breastpump yang ada ni manual brand Anakku. macam lambat lak. lagipun kalau tengah pump memang tak boleh buat benda lain la. azhad dah la semakin lasak. kalau masa kecil dulu banyak tidur je tak pe"


"Nak beli breastpump bateri or elektrik berbaloi ke? Lagipun azhad dah nak masuk 10 bulan, dah tak full bf pun takpe. yang disarankan 6 bulan pertama. tapi digalakkan sehingga 2 tahun."


"Dah la susu macam dah kurang. mana tak nya makan sehari sekali. abi azhad diet, ummi azhad pun tak makan. nak kena amik suppliment kot nanti nak pump pun banyak hasil"



Siap inbox kat FB member lagi tanya dia amik suppliment apa dan guna pump apa. Tup tup! Member tu tak sempat reply saya dah dapat email dari Sususihat (saya memang ada subscribe blog ni, so bila ada apa2 aktiviti selalu diinform) tawarkan pakej Susu sihat Trial Pack Set B brand Shaklee..

Antara kebaikannya:

1. Memperbanyakkan susu badan. Kandungan protein & kalsium dalam Alfalfa sangat tinggi. Ini membantu penghasilan susu badan.

2. Memperkayakan kualiti susu ibu. Vita Lea membekalkan keperluan nutrisi harian kepada badan, menjadikan ibu ‘fit’ dan kuat. Vita-C pula menjaga kesegahan sel dan memperbaiki tisu, menjadikan sel-sel badan ibu mantap dalam menghasilkan susu yang tinggi nutrisi

3. Meningkatkan produktiviti. Asid folik yang terkandung dalam vitamin B-complex mampu mengurangkan/mengelakkan kemurungan & menstabilkan hormon. Bila perasaan gembira, hormon oxytocin akan merembes dan membanyakkan susu.





Set B trial pack ini mengandungi:
Vita Lea – 30 biji
B- Complex – 30 biji
Vita-C – 30 biji
Alfalfa – 30 biji (+ 30 biji PERCUMA)

harga RM80.. ok la tu kan. untuk sebulan..


konon dalam email tu jangan war-warkan tawaran ni. padahal member yang saya inbox tu pun beritahu benda yang sama macam email tu. huhuhu.. eh.. tapi dalam email tu kalau beli shakeel ni dapat ebook panduan susu sihat berharga RM47..


erm tawaran sehingga hujung minggu ni. akan dipertimbangkan.. kalau abi azhad nak belanja kan best.. huhu


ermm.. so ibu-ibu yang bf baby tu korang rasa patut tak saya beli breastpump baru untuk ajar azhad guna botol. takkan nak guna pump manual. baru berapa kali pump azhad bangun memang takde hasil la jawabnya. tapi berbaloi ke nak beli pump baru yang harga tak berapa murah tu sedangkan azhad dah nak masuk 10 bulan.. errmmm.. kalau tak keje tak pe, ni macam nak cari keje. nak tak nak memang kena ajar guna botol. terfikir lak nak bagi formula milk (fm) je.. ermmm... pandangan korang macam mana? (macam la ada orang nak bagi pandangan.. huhuhu)


3 comments:

FADLUL & FIFAH said...

salam...

teruskan bf la kak..tak pe lah kalau kena beli breastpump baru pun...boleh guna utk adik2 azhad pulak nnt..(^_^)

DiLLaiLa said...

huk..susah juge ye nak bg pendapat...seronok rasenye tgk kawan2 dpt bf..
kalau nak teruskan bf pon ok je..tapi ko kena betol2 kuat semangat la liza..kena susun waktu nak pam..sekurang2nye waktu siang kena ada 2 or 3 botol susu penuh..macam anak aku pon sekarang ni sekali minum 240ml..tapi die minum FM la...
kalau ko dpt teruskan bf lagi baik..

liza said...

FdF: kalau ada org nk belanja pump baru kan best.. huhu.. adik azhad? hurmmm..


dila: betul. kena kuat semangat dan rajin pam. budak azhad ni dah melasak memang kena rajin lebih byk dari baby kecik.. tak tau lak nak bajet sekali minum berapa azhad ni sebab biasa melekap je smpai tidur.. huhuhu..

Related Posts with Thumbnails