Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2011

Relaks Atas Kesakitan Orang Lain..

Assalamualaikum


Dua, tiga hari ni (bermula hari ini) saya akan relaks sedikit. tak perlu terkejar-kejar nak masak, layan azhad si budak banyak songeh! YEAY!! eh.. ini bukan entry gumbira!! huhuhu.. gelak lagi!!


Actually bukan mr hubby pergi kursus. beliau ada di rumah ni.. tapi pagi tadi beliau telah selamat menjalani pembedahan kecil.. tak serious pun. jangan panik. kalau serious takkan lah bini beliau sempat berblogging lagi kan.. hehehe..






ini dia hadiah daripada pihak hospital. tak banyak pun! selamat makan ubat ye laling. cepat-cepat baik sebab weekend ni daku ada banyak agenda penting yang memerlukan khidmat kamu! huhuhu




nak tahu operate apa? sila tengok gambar seterusnya. minta-minta janganlah ada yang muntah..






bukan pop corn lah!! itu gigi geraham atas dan bawah belah kanan mr hubby.. eh dia tak pasang braces la. gigi dia cantik! he claimed, compare to me yang gigi berterabur ni.. huhu



alkisahnya, dari tahun lepas lagi mr hubby selalu sakit gigi, tapi sebab tinggal di KK macam leceh sikit nak buat appointment segala bagai. so lepas pindah KL beliau pergi la Klinik Gigi Bangsar ~sebab tak tahu kat mana klinik gigi area Kg Pandan ni. lepas check semua dapat la buat appointment dengan HKL. lepas gi HKL doctor memaklumkan pembedahan kecil perlu dilakukan! pada mulanya appointment pada 1 april. tapi boleh pula doctor yang handle tu MC, so postpone ke hari ni. tu pun mr hubby cakap doc tu ada emergency case. nasib baik la ada doc lain yang ambil alih. eh, boleh pulak!!! ingatkan nak tunggu doc yang mula-mula tu jugak!



dua gigi geraham mr hubby terpaksa dipisahkan dari jasad kerana ada tulang lebihan kat gusi tu yang menolak gigi yang sedia ada yang menyebabkan kesakitan tiada tandingan.. so cabut gigi tu dan potong tulang yang lebih tu. scary je dengar!



dan setelah di operate, beliau tak boleh buat kerja berat. angkat barang berat or anak kecil pun tak boleh. apa kaitan?? x paham!!







eh.. ni bukan gambar lepas operate. ni masa kami ke KLCC melawat PC Fair.. YEAY!! azhad dah sampai KLCC.. bukti, tengok kat pintu kaca belakang tu.. huhuhu.. sekarang ni nak senyum pun beliau tak boleh. makan pun bubur je la.. share la bubur dengan azhad ye b.. huhu


No comments:

Related Posts with Thumbnails