Wednesday, April 6, 2011

11 Bulan Azhad Yang Cemerlang

Wah! Kalau baca tajuk mesti orang kata "macam bagus". Anak I, suka hati I la nak cakap apa. Blog I suka hati I la nak tulis apa.. hahaha..


Mana ada mak bapa yang tak puji anak sendiri. Tak banyak, sikit mesti nak menangkan anak sendiri. setuju??



Azhad 11 bulan..



Acik Yanie cakap Azhad makin handsome. tadi baru abi azhad cakap azhad tak comel, tapi handsome.. huhu.. Alhamdulillah. rupa bukanlah ukuran. tapi salah satu kriteria memilih jodoh adalah rupa yang indah.. sudah! sudah! mengarut je ni!!!



Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur kami, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga.. Azhad sekarang dah pandai berdiri SENDIRI. kalau tengok achievement azhad 10 bulan, merangkak pun tak pandai, kan. tapi semua skill tu dia dapat dalam masa seminggu sahaja.


Last week lepas balik dari JB, saya, azhad, emak dan azief stay kat kampung selama seminggu. Buat persiapan pertunangan ijai la konon.. padahal bukan ada apa nak buat pun. huhu.. yang lain-lain balik KL bekerja. dalam masa seminggu tu la Azhad belajar merangkak. merangkak baru dapat 2, 3 langkah Azhad dah berani panjat katil (berdiri tepi katil). bila sekali buat jadi, rajin la dia buat lagi. sekarang ni dah terer berdiri tepi sofa dan meja kecil. dah pandai meniti 3, 4 langkah pun. Alhamdulillah. Azhad tak buang masa yang banyak dengan merangkak. menyusur (betul ke word ni bagi perbuatan mengensot dalam keadaan meniarap?) pun sekejap. meniarap dan guling-guling je lama.. huhu



berdiri kat meja kacau ummi buat keja..



Bila azhad dah start berdiri ni memang segala benda tak boleh letak rendah. semua kena alih kat atas, yang dia tak boleh capai. selagi boleh capai semua dia nak kembur. dah lah ummi azhad ni pemalas, azhad lagi sepahkan rumah.. huhu



masuk dalam kabinet pulak!




perkembangan lain.. ermm.. gigi ke-4 azhad dah tumbuh banyak. tak tumbuh habis lagi tapi dah besar. memang gigi kapak, macam uteh.. huhu. bab makan, azhad memang bagus. seperti sebelum-sebelum ni, azhad tak cerewet. alahan pun takde nampaknya. Alhamdulillah. kalau bagi makan biskut, roti, nasi dah tak payah kunyahkan. azhad dah boleh kunyah sendiri.. cuma kalau buah-buahan keras macam epal tu kena hati-hati sikit. sekarang azhad dah pandai minum guna cawan, botol (botol mineral tu bukan botol susu), straw. actually dari 9 or 10 bulan dah pandai tapi masih tumpah lagi time tu.. minum air kosong pun pandai, dah tak buang macam dulu.. good boy!



Satu perangai azhad yang saya perasan, dia susah nak tidur kalau abi dia ada. selalu dah perhatikan. bila abi takde, kerja atau kursus or masa kami stay di kampung, senang je azhad tidur. tak kira la tidur malam ke, petang or siang.. tapi bila abi dia ada, hanya Allah je tahu betapa geramnya saya nak handle. kalau tak nak tidur tapi main je tak pe. ni dah la tak nak tidur, dah tu nangis-nangis. sakit hati betul. huhu.. abi dia pula, dah lama azhad nangis baru amik. dan biasanya bila abi azhad amik, terus azhad tidur. memang dia nak tidur dengan abi dia la tu. tapi abi dia yang tak paham-paham. huhu..



geram tapi sayang




eh! azhad dah pandai panggil "abang" dan "eshah" merujuk kepada abang azief dan kaisah. tapi ummi dan abi dia, dia panggil "ama" "aba", macam tamil pula..


bulan depan azhad genap setahun. celebration? mungkin tidak. mungkin makan-makan kami tiga beranak je..


selamat malam :)

6 comments:

♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥ said...

cute nya dia senyum, ape yang suka snagat tu...memenag encem k, dah besaq nanti mesti ramai pompan yang ngorat ni

Ira said...

azhad handsome + cool. Alhamdulillah, azhad sihat. semoga membesar jd ank yang soleh ye. umur setahun nnt jalan la azhad tu. siap la ko liza.. hehe..

Mrs Nageb said...

Syukur ek,membesar bagai johann...

Bagi aku Azhad tetappp comel,lelagi bile senyum buat mate kecikk tuh,mak cair nooo....huhuhu

hug and kisses untuk azhad :)

liza said...

mama balqis, huhu..takpe kalau pompuan yg ngorat dia. jgn dia ngorat pompuan.. huhu

hasdi, skg ni pun dah siap dah. dapat kaki lagi la siap! hehe

ilah, mata kecik bapak dia tu. bila boleh jumpa mareesa nih. kalau dpt kumpul budak2 matrix syok gak kan.. :)

Kasih D Hati said...

alamak! Ummi lupa nak letak satu benda lagi.. azhad sgt talkative.. keh keh keh bila dia dilayan bnyk lak yg dia nak berckp.. and 4 sure dr pemerhatian bila besar nanti azhad seorg yg caring and romantic.. keh keh keh.. sbb azhad jenis yg beralah, sgt tahu nak menjaga hati org.. so tweet of azhad.. love u much...x sabar nak tau azhad nak kawen dgn siapa gadis yg bertuah tue...perghh jauh lak acik pk...

liza said...

huhu.. azhad memang banyak mulut. ada ciri-ciri nak kalahkan abg azief tu. hehe.. wahh. terer acik yanie boleh tahu dah besar nanti azhad macam mana. boleh ganti dr fazilah khamsah ni. hehe.. agak2 la acik oi.. jalan pun azhad tak pandai dah pk azhad nak kawin.. bahaya betul la.. huhu.. yg penting doakan azhad sihat selalu.. huhu

Related Posts with Thumbnails