Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 28, 2011

Ding! Dong!

Assalamualaikum..


Nak type cepat-cepat. kalau azhad terjaga nanti jawabnya masuk draf dulu la entry ni.. nak cerita pasal something yang terjadi between me, hubby and few people pagi khamis yang lalu... huhu.. nak tergelak bila ingat. tapi hubby muncung je.. kekeke...


begini ceritanya, pagi khamis yang lepas saya tengah sembang dengan seseorang. then loceng pintu berbunyi. lepas tu adalah seseorang yang lain tolong buka pintu. saya dan seseorang yang tadi terus je bersembang. lepas buka pintu, seseorang yang tolong buka pintu tu datang kat saya dan bagi dua sampul surat. salah satunya berisi duit dan nota.. owwhhhh ada orang bayar hutang (beli barang bayar tak habis). bagus juga bila ada orang hutang kita ni. bila tengah sesak then dia bayar rasa macam 'oh ku bahagia!' huhuhu...


lepas tu ada bunyi loceng lagi.. saya masih teruskan bersembang. dalam kepala dah fikir bestnya kalau ada orang bagi duit lagi. kekeke.. padahal tak ingat sangat pun if ada orang hutang saya. tapi the 2nd time tu tak ada kena mengena dengan saya.. lepas tu ada lagi bunyi loceng. dalam beberapa minit saya dok bersembang tu, loceng rumah tu tak henti-henti berbunyi.. saya buat dek je la sebab ada orang yang buka dan entertained si penekan loceng..


suddenly, entah macam mana saya rasa pintu rumah tu bergegar..


jeng! jeng! jeng!


eh takkan posman kot. sebab rumah ni gap antara grill dan pintu jauh.. memang confirm tak sampai.. then barulah saya teringat!!


hubby!!!!


hubby ada kunci grill je. kunci pintu takde sebab biasanya saya tak lock pintu. lepas tu bergegas lah buka pintu. mana pergi seseorang tadi yang kerjanya buka pintu tu?? rupa-rupanya...



yang dari tadi dok bunyi loceng dan dapat duit tu adalah mimpi semata-mata.. tapi yang bunyi loceng tu memang realiti cuma bila tengah tidur dengar bunyi loceng masuk dalam mimpi jadi lah macam tu jalan ceritanya.. kekekeke... hubby muncung je.. nasib baik dia tak nak terkucil time tu. kalau tak confirm berterabur dah. kekeke..


sebenarnya hari rabu sebelum tu hubby duty, so tidur di opis. tu yang pagi khamis tu dia balik untuk mandi dan tukar baju. saya yang kebetulan tidur lewat malam tu memang la tak sedar langsung. tambah pintu bilik tutup. lagi lah sayup-sayup je bunyi loceng dan pintu tu... huhu.. gelak sensorang je bila ingat. bila cerita kat hubby dia muncung je.. kekeke...



rumah saya ada spiderman!



spiderman jr tolak alamari..



adios!

2 comments:

Ira said...

hehe..klaka2. nape dia x call je??
azhad da jalan ek?

liza said...

kalau dia call haruslah tak angkat gak sebab ku silent hp all the time.. kekeke.. belum jalan lagi la hasdi. baru belajar berdiri lepas tangan.. hehe.. sikit hari lagi kot.. sabar menanti. hehe

Related Posts with Thumbnails