Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 5, 2010

Erm.. All About Azhad. Ada Juga Pasal Planning.. :)

Assalamualaikum..


WAHHH.. Dah masuk bulan Ogos ni.. Dah 5 hari dah pun. huhu.. next week akan masuk Ramadhan 1431.. cepatnya masa berlalu. tahun lepas, dalam Ramadhan Azhad masih dalam rahim ummi. baru 4 minggu, kalau scan pun tak nampak apa. Sekarang ni tak payah nak scan, orang rabun pun boleh nampak anak ummi yang comel tu. hehe..


Alhamdulillah Ramadhan yang lepas ummi dapat puasa penuh. terima kasih Azhad sebab tumbuh dalam rahim ummi waktu tu. Harapannya tahun ni pun dapat puasa penuh sebab breastfeed Azhad. Terima kasih Allah kerana limpahkan rezeki yang tidak putus untuk Azhad. Harap puasa ni rezeki Azhad tidak berkurang. InsyaAllah..


Sempena bulan mulia yang bakal tiba ni pun saya rasa macam nak bersedekah. Sambil-sambil tambah kenalan dan pengunjung. Tapi bukan kat sini. InsyaAllah kat blogshop saya.. So tunggu kemunculannya.. hehe..


Ketika tengah type entry ni si kecil buah cinta kami tengah nyenyak tidur. tapi yang memeranjatkan saya, sila tengok pic bawah..






Eh.. dia tidur mengiring la. dah pandai mengiring ke? 2 kali betulkan, 2 kali dia mengiring balik. Esok baru genap Azhad 3 bulan tapi dah boleh mengiring. ye ke dah reti. tengok nanti 2,3 hari nanti macam mana.. huhuhu..

2 comments:

en_me said...

chomeynyerrr..

liza said...

hehe..tq uncle.. :p

Related Posts with Thumbnails