Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 19, 2010

Pengalaman Terbang Sendirian Bersama Azhad

Fuhh...berpeluh ketiak.. baru siap masak. lambat sikit hari ini. nasib baik ada mee goreng hubby-yang-sedap-hingga-menjilat-jari yang patut makan untuk sahur pagi tadi tapi masing-masing tak bangun gara-gara tidur lewat layan Azhad yang susah nak tidur. ~pukul 2am pun tak tidur lagi. sudahnya ummi dan abi tidur dulu, tak tahu Azhad tidur pukul berapa.abi je yang nak puasa sunat syaaban. ummi macam takut nak puasa takut susu kurang. ramadhan ni kena buat stock siap-siap.


entry kali ni nak cerita pasal pengalaman bawa Azhad naik kapal terbang seorang diri.. tips boleh refer sini..


saya dan baby tiba di LCCT agak lewat. kami antara yang terakhir check in. tapi nasib baik la takde apa-apa masalah.


First time guna baby carrier mula-mula nak bawa macam sling je. tapi baby macam tak selesa, saya pun macam tak best nak bawa baby so bawa macam biasa je. baby ngadap ummi.


Masa check in lupa nak minta seat yang sesuai untuk saya dan baby. sudahnya saya dapat seat tengah. diapit oleh lelaki melayu dan perempuan cina. padahal seat tak penuh pun. nak minta tukar macam leceh sebab nyonya sebelah dah duduk, susah nak keluar masuk dengan baby. dan nyonya tu pun relek je tak minta tukar. so pasrah je la. "nasib korang la kalau baby meragam"


masa nak berlepas saya kejut baby dan menyusukan dia, supaya telinga tak sakit. dan memang baby diam je masa boarding tu. TAPI.. selepas lepas fasa difference pressure tu baru Azhad merengek. tapi sikit dan sekejap je... pastu baby tidur je. bangun nak susu je. tu pun mata tak buka, just bagi isyarat je... hehe..




masa landing pun saya kejut dan paksa baby nyusu. kalau tak nanti dia sakit telinga, meraung dalam flight tu siapa yang susah? baby diam je masa landing tu.. lepas landing, masa nak angkat beg baby merengek bila saya nak lepaskan mulut dari puting.. nak susu lagi la tu. tapi saya lepas gak dan pujuk-pujuk. pastu baby diam..


tapi yang tak best nya kan, gara-gara lambat tiba di airport saya tak sempat nak check dan tukar diapers Azhad. dalam flight tu saya ada bau something yang tak best. tak sure la jiran-jiran sebelah bau ke tak. yang pasti tu adalah bau poo poo baby. sian Azhad ummi simpan poo poo sampai KK.. nak tukar atas flight tu macam tak berani je.. huhuhu


Alhamdulillah la baby tak banyak ragam. tapi ummi tak tidur sangat pun sepanjang 2jam penerbangan tu. takut baby nangis..

ok la.. sampai sini dulu.. nak settlekan keja lain sat.. nanti nak cerita pengalaman naik train pula..

till then..

2 comments:

en_me said...

jangan naik train, nak berak susah.. uhuhu

liza said...

hehee..boleh je berak walaupun tengah bergerak..naik bus lagi payah nak kena tunggu berhenti lak.. hehehe

Related Posts with Thumbnails