Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Takziah, Tahniah

What a day..

mula-mula dikejutkan dengan berita sedih.. kemudian dapat berita gembira pula.. so nak mula dengan yg mane?? errmmm better yang sedih dulu kot..


tengah hari tadi, seperti biasa dok layan FB tetiba terbaca status seorang kawan utm saya. lebih specific, sefakulti, FKM.. kawan kami, Nurmyati Baba telah kembali kerahmatullah hari ni.. kami semua memang sangat terkejut dengan berita pemergian arwah.. tiba-tiba je.. tapi before ni memang pernah dengar dia sakit, ada ketumbuhan kot. tak sure kat mana, tapi kalau tak silap last year dia operate kaki.. ingatkan sakit sikit-sikit je, after operate akan pulih sepenuhnya. tak sangka, ajal datang menjemput arwah ketika arwah baru 27 tahun.. tu la kan, ajal maut tak mengenal usia. tiba masa, akan datang jua.




pic di atas adalah pic saya di puncak gunung ledang.. kalau tengok gambar tu on 2005.. cuba cari mana saya.. jumpa?? cuba tengok siapa sebelah kiri saya (sebelah kanan kalau tgk dari pc).. itu lah dia arwah..


kitorg takde la rapat sangat. just biasa-biasa je.. sepanjang pendakian tu kitorg memang baik, tapi bila balik ke utm, jadi macam biasa since kelas lain-lain.. dia budak mekanikal pure, while saya mekanikal tekno marin. so kelas pada tahun ke-4 memang dah tak sama.. tahun pertama, ke-2 je banyak sama...


ok. cerita pasal arwah, arwah orang tawau.. how i wish KK to Tawau tak jauh, so that boleh la menziarah. tapi apa kan daya, KK to Tawau if travel by bus or car makan masa 8 hingga 9 jam.. so doa buat arwah dari jauh je la.. arwah seorang yang baik.. mesti orang cakap, "tak kan la nak memburukkan orang yg dah takde" tapi betul!!! compare to me, arwah memang SANGAT baik.. soft spoken. tak banyak cakap.. betul la orang kata, orang baik akan pergi dulu..


ok.. cukup pasal arwah. kang tak pasal-pasal berderai air mata ni.. but serious, bila orang yang kita kenal pergi, sedikit sebanyak kita akan terasa.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. sama-sama la kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah..

Al-Fatihah



ok.. sekarang nak cerita pasal berita gembira.. actually peristiwa ni berlaku awal bulan ni, tapi saya baru je dapat tahu.. guess what???




taraa...


kawan baik saya di UTM, Ilah telah bertunang. benda bila takde angin, tetiba pokok tumbang memang mengejutkan, kan.. same goes to this news... tak nak la cerita detail macam mana dia boleh jumpa tunang dia, i just wanna wish tahniah.. semoga jodoh panjang hingga ke jinjang pelamin, seterusnya ke syurga.. kahwin jangan lupa jemput ye Ilah.. semoga time ko kawin tu kitorg ada kat semenanjung.. dah lama tak makan nasi minyak nih.. lagi-lagi nasi minyak Ilah, memang ditunggu-tunggu.. huhuhu


ooww... ada berita tak best ilah sampaikan masa chat tadi.. seorang kawan FKM kami telah keguguran baru-baru ni.. takziah buat zira dan husband.. insyaAllah, ada rezeki nanti.. keep trying. jangan lupa berdoa kepada-Nya.




ok la.. azhad dah berlagu macam-macam lagu.. tak senang ummi nak menaip.. huhu

till then...


oh ya.. thanks for the pics.. semua grab dari fb dorang.. :)

Friday, October 29, 2010

Alahai Siannya Azhad...

Kuss semangat!!

Pertama kali dalam hidupnya.. pagi tadi Azhad kejut ummi dengan jeritan.. terus terbelalak mata ummi. tengok-tengok Azhad dah kat bawah.. alahai sayang ummi jatuh katil. tapi seb baik tak jatuh ke lantai terus. kalau tak lagi haru...


Actually sekarang kitorg tak tidur kat master bedroom, due to kepanasan cuaca dan kipas bilik master tu slow.. slow sebab berabuk.. huhu.. jadinya kami berhijrah la ke bilik lain.. untuk tidur je la. master bedroom jadi tempat salin pakaian dan solat je.. bilik yang kitorg tidur sekarang ni katil King size, tapi tilam queen size. so katil tu ada la balance sikit.. jadinya pagi tadi azhad jatuh atas katil tu.. tak sempat ke lantai. kalau katil dan tilam sama size kompem jatuh ke lantai terus.. thank GOD.. lepas tepuk-tepuk dia diam, menyusu dan tidur balik. rasanya azhad nangis bukan sebab sakit, tapi lebih kepada terperanjat je.. dan nak bagitau ummi dia yang dia dalam keadaan yang tidak selamat.. anytime je boleh jatuh ke lantai tu.. masa ummi bangun tengok dia dalam keadaan meniarap. sempat la pk macam mane boleh jadi macam tu?? huhuhu.. abi dia bila tahu aazhad jatuh terus cakap nanti tidur depan (living room) je, bentang toto.. ni belum merangkak. dah merangkak nanti lagi bahaya..


beberapa hari lepas masa nak mandi kepala terhantuk pun boleh buat tak tahu je.. ummi dok tunggu la reaction dia, kot-kot menjerit ke.. tapi azhad just bunyi macam merengek sikit lepas tu diam.. huhu.. cool boy..


tapi jangan la cool sangat ye azhad.. kalau sakit sila la menangis at least ummi dan abi tahu azhad sakit or ada yang tak kena... tapi budak kecil macam azhad mana boleh sorok apa yang dia rasa. kalau ada yang tak kena nangis la dia. macam pagi semalam, lepas abi gi keje azhad merengek.. fyi dia jarang merengek tak tentu pasal.. tapi pagi tu dia merengek sambil tangan dok garu kepala.. belek-belek rupanya kepala, tengkok merah, gatal-gatal.. ummi sapukan bedak ubat je. tapi nampak macam tak kurang. mata azhad makin layu, so bagi dia susu dan dia tidur dalam kegatalan. Alhamdulillah gatal tu kurang lepas tu.


kegatalan tu rasanya sama je macam last week.. boleh baca sini.. tapi kali ni tak tahu apa puncanya. sebab azhad memang tak letak kat bawah langsung. semalam masa ummi tengah siapkan breakfast, abi dukung azhad. selalu azhad tidur lagi time tu.. lepas tu bila abi nak makan ummi pegang azhad sampai abi pergi keje. lepas abi gi keje, ummi ngadap laptop sat, lepas tu terus tidurkan azhad.. tahu-tahu je masa nak tidur tu dia dah tergaru-garu.. so tak boleh nak cakap sebab apa. maksudnya before this bukan salah play gym atau toto dia la.. errrmmmm.. sensitif la pulak kulit anak bujang ni.. huhuhu


ermmm.. nak cerita pasal voucher RM150.. tengok la kalau sempat petang nanti.. ok.. jom masak!!

Wednesday, October 20, 2010

Azhad 5 Bulan

Fuuhhh.. fuuhhh.. fuuuhhhhhhh


berabuk betul.. sempat la spiderman buat sawang.. adehhh...

huhu


lama sungguh tak menaip. sori la kepada pembaca setia sekalian. tiap kali buka blog ni tak de cerita baru.. asyik la muka patung tu je.. hehe.. PERASAN ada pembaca setia.. huhuhu.. seperti biasa, bukan sibuk tapi tak sempat.. macam mane tu???


entry tertunda.. nak cerita pasal Azhad 5 bulan.. ikutkan hari ni Azhad dah 5 bulan 2 minggu pun. ummi Azhad je terhegeh-hegeh. huhu


Rabu lepas kitorg gi klinik, monthly check up dan inject Azhad.. 5 bulan 1 minggu Azhad berat 7.2kg dan panjang 68cm.. berat naik agak banyak, tapi panjang bertambah 2cm je dari previously.. ermm mungkin Azhad dah mula nak melebar kot.. huhu..


Seperti biasa, Azhad nangis sekejap je masa injection. dan Alhamdulillah Azhad tak demam.. kuatnya dia.. orang kata baby menyusu badan antibody kuat. insyaAllah. mudah-mudahan...





5 bulan ni Azhad dah pandai meniarap. actually dari before raya lagi dia dah boleh meniarap, means masa 3 bulan lebih. tapi Azhad sangat la tak berapa rajin.. kadang-kadang je dia buat. tu pun bila tak de orang tengok. aduhai.. pemalu sungguh. dalam minggu lepas ni jarang dia niarap. paling kerap masa 1st 3days abi balik KL.. siap tunjuk aksi pukul 2 am lagi.. boleh baca sini..


sekarang ni, abi Azhad ada ok je dia tidur malam.. pukul 11 lebih dah tidur walaupun petang tidur lama. tapi masa abi takde seminggu tu, seminggu la ummi bergaduh dengan Azhad masa nak tidurkan dia. sebabnya dia tak nak tidur. mana taknya kalau pukul 9pm baru bangun, tidur dari pukul 4pm.. gara-gara tengahari tak nak tidur, sudahnya 4pm tu ngantuk sangat baru tidur. nak tahan kesian kecil lagi. kalau terjaga pukul 7pm pandai dia buat muka ngantuk lagi tanda nak tidur lagi. nak tak nak tidurkan la balik.. huhuhu


baru-baru ni perasan azhad start main gusi balik.. meleleh air liur keluar. nak tumbuh gigi kot.. masa umur 3 bulan pun dia ada main gusi. mungkin time tu gusi nak keras.. 4 bulan tak main, ni 5 bulan baru main gusi balik.. alamak.. tak lama lagi tumbuh la gigi azhad.. takut la pulak.. kot-kot angin dia datang, dia gigit ummi. sekarang ni pun kadang-kadang kena gigit...


amalan terbaru yang azhad dapat sekarang ni ada 3.. 1st dia suka buat 'burrr'. takde la macam iklan coke tu.. huhu.. tapi menyembur-nyembur la. orang kata baby buat macam tu botak kepala mak. tapi memang perasan rambut banyak gugur sekarang ni.. penat nak sapu.. huhuhu.. tapi keguguran rambut memang terjadi pada wanita lepas bersalin kan.. 2nd azhad suka geleng kepala.. tak pasal-pasal je dia geleng kepala. nak kata tengkok dia gatal, takde merah-merah pun.. telinga gatal kot?? ermmm siapa tahu kenapa eh.. risau gak kadang-kadang.. lagipun asyik geleng kepala je gegar otak kecil tu kang.. normal ke budak buat camtu eh?? last sekali dia suka menjerit.. bukan jerit nak susu ke, nak tidur ke.. ni jerit gatal namanya. sampai terbatuk-batuk or kadang tu macam nak muntah.. alahai anak ummi... huhuhu


aritu call mak, mak cakap Kaisah dah pandai meniarap. siap dah goyang-goyang kaki.. aktif la nampak kan.. mak cakap azhad slow, lemah lembut. sebab azhad tak pernah meniarap pun selama 2 minggu kitorg balik semenanjung. ada pun sekali masa raya depan maman. mak tak sempat tengok la kot.. me and husband pun bebel-bebel la kat azhad, cakap jangan sampai nanti kaisah potong azhad. kaisah dah berlari, azhad baru nak bertatih. tak mustahil kan since beza dorang 47 hari je.. buat malu je hero nanti.. huhu..


nak dijadikan cerita, semalam azhad tidur dalam bilik while ummi main laptop kat living room.. tiba-tiba rasa nak tengok azhad.. memang selalu tengokkan dia takot kalau lemas kain ke sebab azhad suka main kain... tup tup






dia tidur meniarap.. ummi confuse sat. masa bila lak dia meniarap ni. tak mungkin dia meniarap baru tidur sebab dia mesti ngamuk kalau nak tidur time niarap tu.. mungkin dia meniarap dalam tidur... confirm!! azhad memang boleh niarap.. huhuhu.. fyi.. itu adalah kali pertama azhad tidur meniarap.. huhuhu


kalau dia tak rajin kitorg saja niarap kan. boleh je angkat kepala.. siap dah angkat punggung sikit. tapi apakan daya, dia tak nak buat.. tak pe la thayang, biar lambat asal selamat.. yang penting azhad sihat.. tapi kalau boleh jangan la biar kaisah potong thayang eh.. huhuhu


eh.. sebelum terlupa, nak share sikit kejadian menakutkan hari ahad lepas.. petang isnin tu azhad nangis. mata dah kuyu tp bagi susu tak nak. dok la nangis je sampai ummi ni dah tak tahu nak buat apa. abi amik pun nangis lagi.. tiba-tiba muka, kepala, tengkok dan bahagian badan yang terdedah merah-merah.. kitorg dah cuak ni. mula-mula hubby cakap demam campak. tapi macam tak je. tak kan tiba-tiba je.. tak kan semut gigit macam tu sekali.. sudahnya kitorg mandikan azhad, sapukan bedak ubat. Alhamdulillah merah tu makin hilang. tapi yang tinggal parut hasil garuan azhad.. calar-balar dah muka dia.. hari isnin malam pun naik lagi merah-merah tu, tapi tak banyak. lepas sapu bedak ubat tu ok.. kitorg pun tak tahu sebab apa. nak kata ummi makan bukan-bukan tak pun. makan yang sama je tiap ari.. tak kan allergy dgn play gym kot.. dulu ok je.. errmmm.. tapi 2 hari tak guna play gym tu azhad ok je.. harap-harap takde la allergy apa-apa..


ok la.. nak menghabiskan satu entry pun payah skrg ni. lepas ni bila la update lagi eh.. hehehe.. daa

Tuesday, October 12, 2010

Apa Dalam Bagasi Itu??

Assalamualaikum.. Selamat hari Selasa.. lamanya tak hapdet.. hubby takde seminggu pun tak berkemas umah ni. bukan tak sempat. tapi takde mood nak hapdet.. padahal idea banyak.. banyak merepek je.. huhuhu


Alhamdulillah hubby selamat sampai KK maghrib semalam. mula-mula plan nak beli lauk (lauk mentah) after maghrib. tapi sebab hubby tiba pun lewat sebab jammed, jadi terpaksa la ditunda.. mungkin hari ini.. actually lauk ada je balance lagi tapi cukup la untuk 1 kali masak kot. kalau ikutkan orang lain confirm tak cukup lauk yang ditinggalkan before hubby pergi kursus untuk seminggu. tapi sebab saya malas nak masak bila tinggal seorang, jadinya lebih dari cukup.. :p


hubby balik KL bawak 1 beg je, tapi balik sini bawa 2 beg.. adat la tu. memang selalu macam tu. kalau boleh segala benda kat umah sana tu nak diangkut... huhuhu.. nak tahu apa yang penuh beg???


tara... kepala dan badan patung



actually badan patung tu cilok emak punya. kat kedai emak ada lagi 2 kot.. huhuhu.. kepala je beli. hubby tolong cari kat Jalan Masjid India. nasib baik ada dan murah. survey kat internet ramai cakap harga kepala macam tu RM30 above.. tapi kami dapat RM25 je.. ok la tak la mahal sangat. kalau dah sampai RM50 tu berkira juga nak beli...


ooo ya.. mungkin ada yang tak tahu lagi. sekarang ni JOS dah tambah product jualan. bukan takat jual barang baby je. JOS juga jual dress/blouse dan shawl/pashmina.. update terkini sila la jengok page JOS.. blog JOS agak tak berhapdet sebab leceh sikit..


Alhamdulillah, saya juga dah dapat reseller untuk run bisnes dalam base ni. akak tu tinggal di blok A.. tapi harap dapat la dia lebarkan sayap ke blok-blok lain since dia nampak semangat dan memang jenis ramah.. bagi luar base~navy tapi tinggal di kuarters luar dah ada isteri orang bawahan hubby yang jadi reseller. sekarang tengah usahakan cari reseller orang awam sekitar KK ni.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki kami.. dan minta dijauhkan dari dengki khianat sesama manusia.. Ameennn



Sempena birthday azhad ke-5 bulan ummi belikan play gym..


taraa.. dok makan mainan



cuba tengok anak ummi tu.. nampak pusat dia.. untuk makluman, baju yang azhad pakai tu adalah baju pertama yang tersarung dibadannya. ~abi suruh simpan buat kenangan.. size newborn.. azhad dah 5 bulan pun masih boleh pakai lagi. tak sendat pun cuma senteng sikit.. pakai selagi boleh pakai. berbaloi-baloi.. tapi ada juga tambah baju size 6 bulan..


actually rasa macam agak terlambat bagi azhad play gym ni.. sepatutnya seawal 3 months dah boleh bagi anak duduk dalam tu. biar dia belajar grab barang. tapi ummi baru tergerak hati nak beli masa raya hari tu sebab nak bagi dia leka sikit. so bila takde orang sebelah dia takde la menjerit.. tapi good boy ummi ni memang tak menjerit sesuka hati pun. lama takde orang dekat dia baru dia panggil.. tapi dengan sopan ye.. takde jerit-jerit sakan.. ummi pun tak tahu dari mana dia dapat sikap sopan tu... huuhu.. tapi bila dia ngamuk, "boleh tahan".. yang ni ummi tahu dia dapat dari siapa.. hehehe


ummi belikan azhad play gym murah je.. tak de la Fisher Price ke hape.. tapi ada je music, mirror ngn mainan lain.. kalau masuk Toys r Us, harga bapak mahal.. boleh belikan azhad play gym murah ni 4 ketol lagi.. ni pun abi yang menjajau cari kedai berdasarkan address amik dari internet.. siapa-siapa nak beli boleh google Babyjaya.. malas lak nak link kan.. huhu.. azhad dapat gak buku plastik mengenal nombor yang ummi dok cari dari dulu.. alaa.. tak de gambar lak.. next time la..


esok azhad akan di inject utk 5 bulan. ummi pun nak timbang juga.. minta-minta jangan la naik berat badan ni. kalau turun cun juga.. paling tidak pun biar maintain je.. insyaAllah kalau berkesempatan esok akan cerita pasal azhad sepanjang 5 bulan ni... errrmmmm.. anak oh anak..


ok la.. kalau siapa-siapa berminat nak jadi reseller boleh la contact.. view je page JOS..


till then. sehingga ketemu lagi..


Tuesday, October 5, 2010

Merancang Keluarga

Assalamualaikum


Dah lama saya nak buat entry ni.. tapi asyik tak sempat.. huh.. macam la busy sangat.. huhuhu


Baru-baru ni one of my friend dalam facebook (actually tak la kenal sangat pun) publish status kat facebook..

"alhamdulillah. syukur" lebih kurang macam ni lah..

terus ligat kepala otak ni berfikir. pregnant ke??

then, status di facebook terus-terusan pasal rezeki. dan akhirnya revealed. she is pregnant. AGAIN..


terkejutnya sebab her latest baby, which her 1st baby is only 3 months old at that moment.. (muda sebulan lebih dari Azhad)


errmmmmm.. speechless..


i thought they are planning for this coming birth. tapi bila baca status dia baru-baru ni macam, it was an accident.


tak nak cakap lebih-lebih. takut kalau tuhan nak bagi balik bila-bila je..


dulu masa di HUKM sebelum balik rumah selepas melahirkan nurse dan doc ada tanya nak merancang family macam mana. diorang sarankan biar anak gap at least 2 tahun walaupun beranak normal.. ni antara cara-cara untuk merancang keluarga:


1. kaedah semulajadi - kaedah masa subur, suhu badan asas,
kaedah tanpa haid tempoh penyusuan.. kaedah ni sangat tak digalakkan.. tu yang boleh jadi accident
2. kaedah hormon - inject, pil, implan
3. kaedah halangan - kondom, diafragma, topi serviks
4. kaedah alat dalam rahim - IUCD
5. kaedah kekal - ikat tiub fallopio, vasektomi


more info:
http://www.metromaternity.com/contraceptive-m.html
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/PerancangKeluarga.pdf


sudahnya we decided nak guna kaedah semulajadi, sebab kaedah-kaedah lain semua ada side effect macam naik berat badan, period tak menentu.. insyaAllah dengan penyusuan badan sepenuhnya untuk 6 bulan pertama, kehamilan dapat dijarakkan..






tapi yang cuak sikit nih period saya dah kembali last week.. luckily dapat la puasa penuh tahun ni. so lepas ni kena berhati-hati. kang tak pasal-pasal Azhad dapat adik tahun depan. for me, bukan menolak rezeki. tapi biar lah Azhad puas bermanja dan badan ni dapat rest dulu.. planning 2012 for next child.. InsyaAllah. kita hanya merancang, tuhan yang menentukan..


Monday, October 4, 2010

Bertiga dengan MAS

Tengok tajuk pun dah tahu isi kandungan entri kali ni.. huhuhu


For the 1st time kami terbang by MAS bertiga balik KL 9 Sept lepas dan flew back to KK 27 Sept.


Nothing much to wrote sebab Azhad seperti biasa.. SANGAT cool.. Alhamdulillah tak meragam sepanjang 2 penerbangan itu..


Flight to KL ~ azhad tidur sepanjang penerbangan. bangun menyusu je. ni disebabkan kami kuar dari rumah seawal jam 6am kena lapor diri di Kem Lok Kawi dulu. dalam van bomba tu dia tidur la kejap. ~ kami ke airport naik van bomba dihantar oleh driver unit bomba.. masa kat airport azhad tak tidur sangat. masa dah nak boarding tu dia nak tidur tapi ummi tak bagi sebab nak dia tidur dalam flight.. ngamuk2 si kecil tu.


Kejadian yang benar-benar belaku terhadap saya.. ada ke patut tapak kasut kiri tercabut. time tu dah masuk balai berlepas. cari kedai kasut takde. yang ada jual selipar nike RM70. hubby suruh beli je tapi amik size besar bagi kat dia. uhh.. dah la selipar macam selipar jepun.. harga mahal macam tu. tak kuasa.. sudahnya pakai je la kasut tu. jalan pun terhenjut-henjut gitu.. sampai KL central baru beli baru.. aduss.. lari budget..



KK International Airport



Menyempat je dlm baby washroom.. huhu



The best thing penerbangan kali ni adalah layanan yang best. stewardess peramah. kitorg duduk line belakang sekali. rasanya yang bawa baby dan anak semua duduk belah belakang. senang nak handle kot.. kalau nangis or bising tak kacau orang depan sangat.. stewardess tu siap bagi gula-gula kat budak-budak untuk elak ear popping.. dia offer bantal dan extend seat belt untuk baby.. dan bagi gift buku cerita dan shaver kit.. i like... :) terasa la kewujudan kami dan baby.. naik AA last time macam kita dengan baby ni tak wujud je.. tak tanya pun if need help.. ermm.. perlu diingatkan diri sendiri.. AA tu murah, MAS ni mahal. so memang la service pun berbeza.. huhu



gift from MAS..



Flight to KK ~ Dalam sejarah betul.. 2 kali azhad buat project. 1st masa baru masuk kapal terbang. time tu orang belum ramai masuk, yang ada baby dan warga emas je masuk dulu. terus la kitorg masuk toilet dan tukarkan diaper dia.. merasa la saya masuk toilet kapal terbang.. haha... 2nd time masa kapal belum stable lagi.. isyarat pasang tali pinggang lom padam lagi. tp steward dah start jalan.. kitorg tunggu kapal tak senget sgt baru gi tukarkan diaper dia.. aduyai sayang ummi ni.. time macam tu la nak buat project. tapi at least merasa la ummi masuk toilet kapal terbang. kalau tak memang takde la.. ummi lagi sanggup tahan segala rasa tu. unless kalau dah tak boleh tahan lagi.. huhuhu..



Kali ni Azhad tak banyak tidur.. banyak jaga dan main.. masa nak mendarat pun tak tidur. menyusu pun tak. takut gak dia nangis sebab tak selesa telinga. tapi tengok dia ok je.. dok tengok keliling dan main dengan abi dia... huhuhu



way back to KK


my sweethearts.. muaxxx



xde free gift this time.. sebab kitorg dok depan sekali dalam section last, flight MAS yang besar. seat 2-4-2.. it was my 2nd time naik MAS besar.. masa balik KL hari tu naik yang kecil biasa je, seat 3-3..


owh... nampaknya berjela gak menaip.. hehe..


Assalamualaikum.. daaa


Saturday, October 2, 2010

Aktiviti Azhad

Azhad masih tidur. tadi bangun pukul 10, mandi, main-main kejap lepas tu tidur balik. punya la ngantuk si kecil tu. nak tahu kenapa??


malam tadi azhad buah hatiku telah kerjakan ummi dia.. 2am baru tidur. aktivitnya???

sibuk tunjuk aksi meniarap. tahu la dah terer, agak-agak la kalau nak tunjuk skill pun. geram je tapi apa nak buat. besar tu bukan tahu apa..


ni aktiviti 12 pagi tadi..


3, 4 hari lepas azhad rajin meniarap. tapi tiap kali dia meniarap masa ummi tengah leka ngadap laptop atau tengah masak.. tengok-tengok je dah terbalik. leher pun makin kuat. boleh meniarap dan angkat kepala dengan lama.. kalau ummi tengah hadap dia, standy nak record asik tak jadi je.. bak kata abi, "dia pemalu. dari ngiring lagi macam tu".. acik yanie lak cakap, "low profile. tak suka menunjuk. bagus" huhuhu


biasanya budak bila dah meniarap akan mengesot ke belakang dulu, kemudian pusing, baru ngesot ke depan kan? tapi pagi tadi azhad terus pusing. masa mula-mula meniarap kaki dia kat ummi, bila ummi leka berangan sat tengok-tengok muka dia dah ngadap ummi. 45degree dia pusing.. pandai dia cari ummi.. huhuhu..


malam tadi disebabkan azhad payah nak tidur sy try bagi air zam-zam, takut dia lapar sebab ummi kurang makan dan minum lately ni. Alhamdulillah. nampaknya dia dah boleh hisap puting botol, air zam-zam tu pun dia minum tak luah balik. mungkin sebab dah besar.. atau pun dia memang lapar.. aduhaii.. sian anak ummi.. ummi azhad ni bila abi takde memang malas nak masak. jadinya nak makan tu pun ala kadar je la.. nampaknya kena la makan juga kalau tak kesian azhad tak cukup susu..


ermm.. abi azhad sekarang berada di umah mak di KL.. esok baru naik bus ke Lumut.. bestnya kalau dapat balik umah mak.. rindu everyone..


Friday, October 1, 2010

Tak Kenang Budi

Hi all..


Pagi-pagi berblog walking, terjumpa la satu entry ni, tajuk best!!! Dasar budak tak kenang budi.. tetiba teringat kata-kata tu pernah ditujukan kepada saya oleh seseorang.. Tapi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya apakah budi dia terhadap kami..


Nak kata dia pinjamkan duit masa saya extend study di UTM dulu, tak juga.. ~extand lebih baik dari tak graduate langsung.. :) Kenduri kahwin saya bukan dia hulurkan bantuan pun.. Errmmm.. apa ye.. mungkin dia selalu mendoakan kejayaan kami kot.. apa-apa pun terima kasih kerana mengajar kami erti hidup.. trust no one but yourself..


ps: en hubby akan terbang ke KL hari ini untuk menghadiri kursus di Lumut. will be back on 11 Oct.. tinggal la daku sendiri dengan Azhad comei..

Related Posts with Thumbnails