Friday, April 29, 2011

Baby & Daddy Moment Contest

Assalamualaikum


Hari ni saya nak join 'baby & daddy moment contest' anjuran D'la Maya..
nak join sila click banner dibawah..







Gambar yang dipertaruhkan adalah



v



v



v



v



v



v



v





nama baby: muhammad azhad nayli b mohd yusairi
umur: 11 bulan 3minggu


gambar ni diambil ketika kami sedang Q untuk bayar barang di Jusco mid valley
as usual, abi yang akan dukung azhad sebab ummi tak larat nak dukung azhad lama-lama
masa Q ni panjang sangat, ummi pun jalan-jalan area situ tengok-tengok kot-kot ada benda yang boleh disambar masuk dalam trolley lagi.. huhu
pastu bila tengok arah anak-beranak ni, azhad sedang asyik buli abi dia..
dia mengantuk time tu so layankan je la..
huhuhu


azhad sekarang tinggal seminggu lagi je nak masuk 1 tahun
time flies~~


ok nak tag.. siapa ye??

nad
liyana
iza



semoga ada rezeki sempena birthday azhad yang akan datang.. huhu

Monday, April 25, 2011

Penat Tapi Enjoy Sangat!

Assalamualaikum..


Weekend lepas pack betul! Janji nak jumpa my bestfriend terpaksa di cancel last minute.



Sabtu, pergi warehouse beli barang. barang yang orang pesan takde, tibai barang lain. yang semestinya comel.. will upload soon. Petang tu cadangnya nak singgah rumah emak tapi terpaksa di cancel last minute berikutan adik mr hubby yang interview untuk kemasukkan ke UPNM baru sampai dari Melaka. so pergi Terminal Bus Selatan (TBS). setelah seminggu di interview (ujian kecergasan, ujian bertulis, ujian lisan dsb) adik hubby, Fahmi dapat masuk UPNM ~kira macam ATMA dulu la. Tahniah!



Ahad tu kami keluar pukul 8am untuk hantar Fahmi dan kawannya ke bus station, nak balik Kelantan. lepas hantar budak-budak tu kitorang terus pergi rumah mak.. masa sampai tu nak dekat pukul 10am. lepak-lepak. azhad main-main dengan cousins, uncles dan aunties. azhad dapat cover tidur balik dalam sejam je.. pukul 130 pm kami gerak keluar sebab ada appointment di Kota Damansara. nak tahu appointment apa? tengok bawah!!!








harga below RM100. kalau tak, takde maknanya saya nak ambil package ni.. tengok bawah lagi!!









murahkan? for me murah lah. sebab tak pernah ambil gambar studio macam ni so tak sure la normal price berapa. tapi its affordable for me. so saya book lah.. memang dah lama nak ambil gambar studio tapi kalau cakap dengan mr hubby, confirm dia bagi 1001 alasan. this time saya book tanpa beritahu dan tanya beliau. after dapat confirmation date dari pihak Kiddie Fotolab baru saya inform hubby.. saya bayar, so dia tak boleh cakap apa la.. huhuhu



Masa photo shoot session, Azhad was good. walaupun dia keletihan dan mengantuk (bangun awal that day as mentioned above) tapi dia bagi kerjasama yang best! tapi penat juga lah nak bagi dia gelak, senyum dan pandang camera. toys banyak sangat dan azhad sangat fokus pada mainan dia sampai susah nak suruh dia pandang camera.. abi pula sakit gigi so tak boleh nak agah azhad sangat. luckily their assistant, which wife kepada cameraman tu sangat pandai main dengan budak. dia yang beria sangat agah azhad.. sampai melompat-lompat. the assistant, bukan azhad.. huhu.. they did a great and wonderful job.



this coming 1st mei is our photo viewing session.. really can't wait to see the photos. we just hope the photos turn out nice and great!



Cuma i thought ada ambil gambar mummy and baby je as dalam picture iklan tu. tapi non hado.. semua gambar azhad seorang, tapi different style. finishing baru ambil gambar family.. tak teringat pun nak tanya masa diorang bagi briefing tu.. huhuhu.. tapi tak kisah lah. asalkan ada gambar studio buat azhad. actually macam birthday gift juga lah.. dari ummi untuk azhad nayli.. hehe..



Bagi siapa-siapa yang berminat boleh try click Kiddie Fotolab sebab this promotion valid until 30 april. who knows if they still have free session, so u have chance to enjoy the moment..



photo shoot tu berlangsung selama sejam lebih. almost 2 hour gak la.. hampir pukul 4ptg kami selesai. sepatutnya pukul 4pm tu ada date dengan my bestfriend iaitu Yong at The Curve tapi terpaksa canceled last minute sebab kesian azhad keletihan dan mengantuk. tambahan pula dia dah start berair hidung. nasib baik lah Yong tak gerak lagi time tu. dia masih di Shah Alam, will take 45 minutes to reach The Curve, dengan keadaan hujan lebat petang tu i thought it will take longer than that. so i decided untuk canceled. may be next time ye my dear..


saja selit gambar konvo aritu. dah sebulan baru tgk cd yg diberi.. huhu



ok lah. till then.. daa~~

Saturday, April 23, 2011

SYTC di TUTUP!

Assalamualaikum..

dengan ini rasminya Show Your Teeth Contest Di Tutup..





Thanks kepada semua 69 peserta yang sudi join contest yang tak seberapa ini.

InsyaAllah saya akan update pemenang secepat mungkin.

ALL DA BEST!!




ps: 22 april is my only sister's birthday. selamat hari tua sis!

Friday, April 22, 2011

Show Your Teeth Contest

Assalamualaikum


Tetiba rasa nak buat contest bersempena gigi ke-4 azhad yang baru nak naik. aiyyooo baru 10 bulan 2 minggu gigi dah ada 4.. hehe






cara-cara:
1. buat entry bertajuk Show Your Teeth Contest.
2. masukkan banner di atas dan link kan pada entry ini. letakkan juga banner dan link back di sidebar anda.
3. masukkan gambar baby/kanak-kanak yang mengikut tema contest ini. wajiblah nampak gigi, kan..
4. dibawah gambar, sertakan
-nama anak
-d.o.b anak
-nama ibu/bapa
-hubungan baby dengan penulis entry (kalau bukan anak sendiri)
5. tag 3 rakan dan make sure diorang tahu..



syarat-syarat:
1. wajib follow blog ini.
2. wajib follow blog Jaja Online Shoppe
3. wajib add friend Jaja OnlineShoppe di Facebook

gagal mematuhi mana-mana syarat di atas, penyertaan akan dibatalkan secara automatic.


Penyertaan terbuka kepada bayi yang dah ada gigi hingga kanak-kanak berusia 6 tahun. setiap peserta boleh hantar satu gambar sahaja. kalau anak ramai boleh la snap gambar beramai-ramai.. kalau bukan anak sendiri, make sure ibubapa atau penjaga kanak-kanak tersebut tahu. takut pula main tibai gambar anak orang jadi kes lain pula nanti. dah siap entry sila tinggalkan komen anda di entry ini. sertakan id follower dan facebook..


Hadiah?

Haruslah yang menarik. tapi tak tahu lagi nak bagi apa.. insyaAllah dah jumpa hadiah yang best akan di update..

1 pemenang akan diadili berdasarkan gambar tunjuk gigi yang paling creative. 3 pemenang saguhati akan dipilih randomly..


sebagai permulaan, saya nak tag

iza
kak siti
mama adli


Selamat memeriahkan contest sulung saya.. :)

Thursday, April 21, 2011

Relaks Atas Kesakitan Orang Lain..

Assalamualaikum


Dua, tiga hari ni (bermula hari ini) saya akan relaks sedikit. tak perlu terkejar-kejar nak masak, layan azhad si budak banyak songeh! YEAY!! eh.. ini bukan entry gumbira!! huhuhu.. gelak lagi!!


Actually bukan mr hubby pergi kursus. beliau ada di rumah ni.. tapi pagi tadi beliau telah selamat menjalani pembedahan kecil.. tak serious pun. jangan panik. kalau serious takkan lah bini beliau sempat berblogging lagi kan.. hehehe..






ini dia hadiah daripada pihak hospital. tak banyak pun! selamat makan ubat ye laling. cepat-cepat baik sebab weekend ni daku ada banyak agenda penting yang memerlukan khidmat kamu! huhuhu




nak tahu operate apa? sila tengok gambar seterusnya. minta-minta janganlah ada yang muntah..






bukan pop corn lah!! itu gigi geraham atas dan bawah belah kanan mr hubby.. eh dia tak pasang braces la. gigi dia cantik! he claimed, compare to me yang gigi berterabur ni.. huhu



alkisahnya, dari tahun lepas lagi mr hubby selalu sakit gigi, tapi sebab tinggal di KK macam leceh sikit nak buat appointment segala bagai. so lepas pindah KL beliau pergi la Klinik Gigi Bangsar ~sebab tak tahu kat mana klinik gigi area Kg Pandan ni. lepas check semua dapat la buat appointment dengan HKL. lepas gi HKL doctor memaklumkan pembedahan kecil perlu dilakukan! pada mulanya appointment pada 1 april. tapi boleh pula doctor yang handle tu MC, so postpone ke hari ni. tu pun mr hubby cakap doc tu ada emergency case. nasib baik la ada doc lain yang ambil alih. eh, boleh pulak!!! ingatkan nak tunggu doc yang mula-mula tu jugak!



dua gigi geraham mr hubby terpaksa dipisahkan dari jasad kerana ada tulang lebihan kat gusi tu yang menolak gigi yang sedia ada yang menyebabkan kesakitan tiada tandingan.. so cabut gigi tu dan potong tulang yang lebih tu. scary je dengar!



dan setelah di operate, beliau tak boleh buat kerja berat. angkat barang berat or anak kecil pun tak boleh. apa kaitan?? x paham!!







eh.. ni bukan gambar lepas operate. ni masa kami ke KLCC melawat PC Fair.. YEAY!! azhad dah sampai KLCC.. bukti, tengok kat pintu kaca belakang tu.. huhuhu.. sekarang ni nak senyum pun beliau tak boleh. makan pun bubur je la.. share la bubur dengan azhad ye b.. huhu


Wednesday, April 20, 2011

Dah Decide Hadiahnya..

Assalamualaikum


Alhamdulillah, setakat hari ni dah ada 65 penyertaan bagi Show Your Teeth Contest.. boleh tengok list di side bar kiri blog ni. kalau ada yang tercicir sila lah inform.. dateline pun dah semakin hampir. Jumaat ni, 22 april tepat pukul 11.59pm akan berakhirlah contest ni. Tapi hadiah tak pernah update pun.


So dikesempatan yang ada ni nak war-warkan la hadiah yang tak seberapa ni. Setelah dipujuk rayu, akhirnya Jaja OnlineShoppe dengan rela paksa akan menaja hadiah bagi pemenang contest ni.






Hadiah Pertama
1 x romper dari album Rompers yang tak macam rompers (ada 47 pilihan)


3 x Saguhati
1 x pyjama dari album Pyjama (ada 39 pilihan)


segala pindaan hadiah adalah atas budi bicara penaja a.k.a saya sendiri.. hehe..


ok la. banyak benda dalam kepala otak ni nak letak dalam blog. tapi kesuntukan masa.. insyaAllah sehingga ketemu lagi..

daa

Sunday, April 17, 2011

Play Time!

Assalamualaikum..


Azhad almost 1 year.. rajin juga bawa azhad gi main walaupun kadang-kadang tu azhad tak de perasaan pun masa main. huhu.. jom cuci mata dengan gambar azhad bermain.


azhad dan abang azief.. masa ni kat melaka..



the boys..



@jusco melaka bawa azhad dan abang azief main..



@jusco taman u, skudai masa nak konvo..



@tesco cheng, melaka..



sila tengok video dibawah kalau nak tengok muka azhad masa main ni.. tapi tak berapa clear almaklumla guna handset je.. huhu... first time upload video kat blog nih. harap2 jadi la.. huhu




video



mula-mula azhad ok je. lama-lama benda alah tu makin laju, azhad jadi takut dan minta supaya diangkat.. huhu.. anak jantan ummi ni penakut. hehe



ok la.. chow dulu. nak gi jalan-jalan KLCC ada PC fair. duit takde, tengok-tengok je la. huhu


Tuesday, April 12, 2011

Notis Buat Peserta SYTC

Assalamualaikum..

Tajuk macam garang je.. huhuhu

Alhamdulillah, ada juga yang sudi join contest ni
Ada 10 hari lagi untuk sesiapa yang nak join

Sorry banyak-banyak kepada semua peserta sebab lewat terjah belog kamu..
Biasanya 3-7 hari lepas kamu semua comment kat entry contest tu baru saya terjah
Bukan tak nak terjah, tapi atas faktor laptop ni yang asyik meragam
Jadi terpaksa la saya terjah pelan-pelan
Selalu bila buka blog je terus laptop ni shut down dengan sendirinya
Tapi bukan semua blog la.. mungkin blog yang berat
berat yang macam mana? ha, ini yang kita tak tahu.. huhu..
means mungkin yang ada music player, slide picture, etc
Berkemungkinan fan laptop ni prob tu yang tak boleh support bila load web berat sikit
Apa-apa pun saya akan cuba terjah satu demi satu belog.
Tak boleh nak buka banyak-banyak sekali gus macam dulu-dulu


OK!! enough pasal sesi terjah menerjah ni

Bagi yang sudah diterjah,
kalau ada comment mengenai syaray-syarat yang belum dipatuhi silalah berbuat demikian sebelum tarikh tutup contest
dan jangan lupa inform semula di entry contest
biasanya ramai yang tak letak id follower dan FB
tak back link banner di side bar.
kalau tak back link banner di entry tapi masih ada link contest masih saya terima
ada juga yang tak tag 3 orang kawan-kawan

so sila la perbetulkannya dan inform sebelum tarikh tutup

juga diingatkan supaya tak unfriend FB dan unfollow blogs sehingga tarikh tutup...
lepas umum pemenang nanti nak unfollow ke, unfriend pun tak pe..

huhu.. banyak songeh la pulak!

adeh, hari tu janji nak update hadiah tapi tak sempat
insyaAllah ada masa nanti saya update ye.

Lastly, thanks for ur support guys

muaxx

Wednesday, April 6, 2011

11 Bulan Azhad Yang Cemerlang

Wah! Kalau baca tajuk mesti orang kata "macam bagus". Anak I, suka hati I la nak cakap apa. Blog I suka hati I la nak tulis apa.. hahaha..


Mana ada mak bapa yang tak puji anak sendiri. Tak banyak, sikit mesti nak menangkan anak sendiri. setuju??



Azhad 11 bulan..



Acik Yanie cakap Azhad makin handsome. tadi baru abi azhad cakap azhad tak comel, tapi handsome.. huhu.. Alhamdulillah. rupa bukanlah ukuran. tapi salah satu kriteria memilih jodoh adalah rupa yang indah.. sudah! sudah! mengarut je ni!!!



Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur kami, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga.. Azhad sekarang dah pandai berdiri SENDIRI. kalau tengok achievement azhad 10 bulan, merangkak pun tak pandai, kan. tapi semua skill tu dia dapat dalam masa seminggu sahaja.


Last week lepas balik dari JB, saya, azhad, emak dan azief stay kat kampung selama seminggu. Buat persiapan pertunangan ijai la konon.. padahal bukan ada apa nak buat pun. huhu.. yang lain-lain balik KL bekerja. dalam masa seminggu tu la Azhad belajar merangkak. merangkak baru dapat 2, 3 langkah Azhad dah berani panjat katil (berdiri tepi katil). bila sekali buat jadi, rajin la dia buat lagi. sekarang ni dah terer berdiri tepi sofa dan meja kecil. dah pandai meniti 3, 4 langkah pun. Alhamdulillah. Azhad tak buang masa yang banyak dengan merangkak. menyusur (betul ke word ni bagi perbuatan mengensot dalam keadaan meniarap?) pun sekejap. meniarap dan guling-guling je lama.. huhu



berdiri kat meja kacau ummi buat keja..



Bila azhad dah start berdiri ni memang segala benda tak boleh letak rendah. semua kena alih kat atas, yang dia tak boleh capai. selagi boleh capai semua dia nak kembur. dah lah ummi azhad ni pemalas, azhad lagi sepahkan rumah.. huhu



masuk dalam kabinet pulak!




perkembangan lain.. ermm.. gigi ke-4 azhad dah tumbuh banyak. tak tumbuh habis lagi tapi dah besar. memang gigi kapak, macam uteh.. huhu. bab makan, azhad memang bagus. seperti sebelum-sebelum ni, azhad tak cerewet. alahan pun takde nampaknya. Alhamdulillah. kalau bagi makan biskut, roti, nasi dah tak payah kunyahkan. azhad dah boleh kunyah sendiri.. cuma kalau buah-buahan keras macam epal tu kena hati-hati sikit. sekarang azhad dah pandai minum guna cawan, botol (botol mineral tu bukan botol susu), straw. actually dari 9 or 10 bulan dah pandai tapi masih tumpah lagi time tu.. minum air kosong pun pandai, dah tak buang macam dulu.. good boy!



Satu perangai azhad yang saya perasan, dia susah nak tidur kalau abi dia ada. selalu dah perhatikan. bila abi takde, kerja atau kursus or masa kami stay di kampung, senang je azhad tidur. tak kira la tidur malam ke, petang or siang.. tapi bila abi dia ada, hanya Allah je tahu betapa geramnya saya nak handle. kalau tak nak tidur tapi main je tak pe. ni dah la tak nak tidur, dah tu nangis-nangis. sakit hati betul. huhu.. abi dia pula, dah lama azhad nangis baru amik. dan biasanya bila abi azhad amik, terus azhad tidur. memang dia nak tidur dengan abi dia la tu. tapi abi dia yang tak paham-paham. huhu..



geram tapi sayang




eh! azhad dah pandai panggil "abang" dan "eshah" merujuk kepada abang azief dan kaisah. tapi ummi dan abi dia, dia panggil "ama" "aba", macam tamil pula..


bulan depan azhad genap setahun. celebration? mungkin tidak. mungkin makan-makan kami tiga beranak je..


selamat malam :)

Tuesday, April 5, 2011

Separuh Sudah Selesai..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..


Separuh perjalanan sudah selesai.. eh! ni cerita pasal apa pulak??


kami. purple mode.


saja je tepek gambar ni sebab sweet je.. huhu..


Actually entry ni berkisar sekitar majlis pertunangan adik saya, ijai pada 2 April 2011.. tunang dia orang melaka. satu taman dengan rumah mak di melaka. siapa sangka. kami membesar di KL, tapi ijai bertemu jodoh dengan orang kampung kami. harap-harap ikatan ini akan bertahan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya sehingga akhir hayat.. majlis nikah dan bersanding belum ditetapkan. mungkin setahun atau lebih. tapi bergantung pada kewangan si bakal pengantin. hehe..



cincin risik dan tunang disarung ke jari manis oleh nenek kami



gambar dari tepi je lah. belum rasmi tak nak tepek gambar penuh. tak surprise pula nanti.. huhuhu..



5 dulang hantaran dari pihak lelaki bertemakan ungu



dibalas 7 dulang hantaran bertemakan hijau..


inilah dia adik saya yang bertunang itu. umur tahun ni baru 26 tahun. tunang beliau muda 4 tahun, yakni sebaya dengan adik saya yang second last. huhu..



last but not least..


saya dan yanie sebelum pergi rumah pihak perempuan..




saya, kakak, ajim dan azief..



gambar ni kitorang on the way ke rumah perempuan. kitorang jalan kaki je. sebab satu taman. tak berbaloi rasanya naik kereta..


ok.. nanti sambung lain. nak cerita pasal aktiviti 3 april. tapi takde gambar tak syok pula. tunggu orang lain upload kat fb tu bila la agaknya.. huhu


daa...




Related Posts with Thumbnails