Thursday, August 19, 2010

Ketam Bollywood & Jus Carrot Susu

Salam.. ni dia lauk berbuka hari ini. special.. sebab 1st time try resepi ni dan jadi. kalau tak jadi takde maknanya nak tepek sini..hehe.. resepi cilok dari myresipi.. tq kepada owner resepi ni.. huhu


Bahan-bahan

4 ekor ketam sederhana besar
4 biji bawang merah- dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
2 sudu cili kering (kalau nak pedas boleh lebihkan lagi)
3 sudu rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
2 tangkai daun kari
1 batang serai
Air asam jawa
Garam
Gula
Daun ketumbar - utk hiasan


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Biar hingga layu kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan semua rempah-rempah dan tumis hingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serai, air asam jawa, garam dan gula.
4. Last sekali masukkan ketam dan kacau rata. Jika kurang rasa bolehlah diejas supaya ada rasa rempah, manis, masin dan masam.
5. Tabur dengan daun ketumbar untuk bau lebih wangi dan hidangkan..


ketam


Air pula atas permintaan suami tercinta. alasannya mata dah tak nampak.. huhu



Bahan-bahan (2 orang minum)

2 btg lobak merah
3 gelas air masak
5 sudu susu pekat (ikut citarasa masing-masing)
Beberapa ketul ais


Cara-cara

1. Basuh lobak & hiris. Blend dgn 2 gelas air.
2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
3. Masukkan ketul ais. Dah sedia utk diminum.


carrot susu

yummy yummy... :)

6 comments:

Kasih D Hati said...

potong daun sup dgn hiris cili letak atas ketam bollywood tue mesti lg ceria...hehehe
cayorlah...congrate...

tgh tunggu hat atas dapur... dh siap lom?

A D I A said...

wahh ni macam yang jual kat restoran nasi kandar tu kan? sedap wooo.

liza said...

yanie:hehe..tak terpk..daku ni reti ikut kertas je...hehe..

hat atas dapur dah siap. dah santap pun. nanti sempat daku hapdet ek.. hehe


adia:alamak..tak pernah try lak yg jual kat restoran nasi kandar.. hehe

Kasih D Hati said...

cayorlah mu dah hebat...berjaya jg..
tak sbr den nak kawin gak nie,..
nak jd tukang masak berjaya..
keh keh keh..
salute sesgt

Nad Nazira said...

liza..sedapnye ketam tu..nad memang tengah gile ketam sekarang..:P

liza said...

yanie: hehe.. kawin kalau dapat laki suka makan kat umah boleh la belajar masak.. kalau dapat laki pandai complain tapi tak reti nak tolong sakit ati gak. dari nak belajar terus patah hati.. hehe...

nad:makan seafood byk2 nanti dapat baby boy.. hehe..

Related Posts with Thumbnails