Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 8, 2010

Azhad lagi.. :)

hi all..


Semalam kitorg gi Suria Sabah. Tujuannya nak pergi Metrojaya nak tengok puting botol nuk or yang seangkatan dengannya, which claim their pacifier sama macam puting ibu dan kurang menyebabkan kembung. apa dia panggil malas lak nak recall. huhu.. Sebabnya sebelum ni iaitu baru-baru ni kitorg try bagi Azhad susu guna botol dia refuse untuk hisap. just main-main je puting botol tu. Aduhaii... payah la kalau nak kena tinggal ni..


Tadi try bagi guna puting baru, dia macam hisap. Nampak la tekak dia tu macam telan. Cuma tak banyak mungkin sebab bagi air zam-zam, bukan susu.. tengok la nanti, kena selalu bagi Azhad minum guna botol. manala tau kena tinggalkan dia nanti..



Masa kat Metrojaya tu kitorang lepak bahagian baby je. tengok kat sudut Fisher Price.. comel2 mainan dia. tapi harga tak boleh blah.. mahal ya amat. tengok je la. dan bagi Azhad try.. huhu.. itu la nasib orang takde duit.. huhuhu


ni dalam swing. muka cuak je baby tak pernah naik buai.. hehe



Tengok swing tu p
un kecik je. Azhad kena bengkok kaki. kalau luruskan kaki memang tak muat la. so buat rugi je beli.. hehe.. alasan yang boleh diterima pakai..


Pastu kitorg makan KFC. mula-mula Azhad tidur, tengah makan dia bangun lak. nasib la abi makan cepat so abi la yang entertain Azhad.. ummi makan slow n steady.. hehe.. Azhad tidur atas kerusi je. kitorg tak beli stroller pun. hari tu macam nak beli, tapi bila fikir-fikir macam tak perlu. tapi.. macam kesian lak bila baby nak tidur time jalan-jalan.. errmmmm..


Azhad tidur kepenatan..






huhuhu.. gambar last tu Azhad tidur petang tadi. kena bungkus dengan selimut macam baby baru lahir... huhuhu.. sekarang macam dah budak 6 bulan je. tak sabar nak gi timbang Azhad ni.. hehe..


ps: JOS 1st Giveaway telah dilancarkan.. jom join.. hadiah menarik menanti anda. klik kat banner di sidebar ni ya.. :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails