Sunday, August 22, 2010

Azhad~ bedak ruam dan baju raya

Yippi!!!

Gumbira..

Hari ni keluar setelah seminggu terperuk kat rumah je. tujuan utama nak beli bedak ubat Azhad. ruam belakang badan baby tak surut-surut. dah sapu cream, kanji pun macam tu juga. so atas suggestion ibunda tercinta kitorg gi la cari.. nak cari kedai ubat kat KK ni payah sebab kitorg tak tahu kat mane. tapi sudahnya jumpa juga. dan beli la bedak tu, macam kat bawah ni..





masa tak buka pelekat botol tu bau macam wangi. tapi bila dah buka bau dia.. errmmmm macam pernah bau je. biasa bau bauan macam tu. hubby pun tahu bedak tu boleh elokkan ruam.. insyaAllah..


balik dari KK kitorg singgah deretan kedai kat Jalan Sulaman, on the way back ke Teluk Sepangar. tujuannya nak cari plastik untuk letak baju jualan. keluar masuk banyak kedai tapi tak jumpa yang dicari. tapi kitorg jumpa lak bedak ni kat kedai situ.. punyalah susah payah gi town rupanya ada dekat je... huhuhu


dah alang-alang ke town tu kitorg pergi la City Point (CP). nak jalan-jalan dan cari baju raya Azhad. last week dah dapat baju raya abi dan ummi.. awalnya kan.. actually last week tu nak usya je. sekali berkenan sambar je la. so hari ni baru cari baju azhad.. ingatkan payah nak cari baju baby warna selain putih, biru, pink.. rupanya bersepah... nak raya la katakan... so dapat la kami belikan baju Azhad yang comeii.. serious kami laki bini suka sangat baju tu.. huhu


kami tak berlama-lamaan di luar sebab hari ni hubby ajak kawan-kawan dia berbuka di rumah. dari 3 yang dijemput (2 bujang, 1 berkahwin) 1 je dapat join. yakni yang berkahwin tu. so makan berempat la tadi. dan tentu la hubby yang masak. saya tak berani nak masak untuk bagi orang makan ni. lagi-lagi bulan puasa... huhu


ooo ya.. sebelum keluar pagi tadi kitorg singgah rumah kawan hubby masa di KD Pahang. isteri member tu baru bersalin 9hb lepas. lahir anak pre-mature, awal 2 bulan tapi alhamdulillah baby sihat, lahir 2kg. masuk incubator sehari je.. tapi baby sangat kecil. agaknya macam tu la Azhad masa 7 bulan dalam perut..


ermmm... hari ni Azhad tidur je. nak keluar pun kena kejut. balik jalan pun tidur je.. saja capture gambar Azhad pakai jumper bomba.. anak pegawai bomba la katakan.. hehe





ermmm.. agenda yang nak buat hari ni tertangguh sebab tak sempat keluar tadi. insyaAllah kalau sempat esok akan dilaksanakan.. hehehe...


till then..

2 comments:

Kasih D Hati said...

pic ni nmpk azhad berisi...geramnya

liza said...

haah.. pipi je tembam.. badan slim lg.. hehe

Related Posts with Thumbnails