Saturday, August 21, 2010

Seafood..

Entry pasal ketam hari tu membuatkan daku teringat last makan ketam adalah pada tahun lepas.. yakni bulan 12, beberapa bulan before balik KL. tu pun sebab hubby memenuhi permintaan mak buyong. takut tak dapat nanti meleleh air liur baby.. hehe.. ~ermm.. time mengandung la best nak minta macam-macam. cakap je nak apa mesti dapat. cepat atau lambat je..


Kitorg gi town KK, belakang pasar Philippine ada banyak kedai makan seafood bakar.. biasa buka petang dalam pukul 6 ke atas. Tapi kat situ kena pandai pilih kedai yang kuah cicah dia marbeles sebab ke'best'annya bergantung pada pencicah tu. seafood bakar tu mana-mana sama je rasanya.. tapi kalau 1st time pergi mana nak tahu kan. ikut nasib korang dan rezeki peniaga tu la.


Time kitorg pergi hari tu dapat la tempat kuah dia best. Actually before tu pernah beberapa kali makan kat situ dan dapat kedai kuah yang best. so bila datang lagi hari tu jenuh la kitorg ke hulur ke hilir cari kedai yang sama berdasarkan rupa pelayan. sebab kedai kat situ akan rotate kedudukan every 6months macam tu.. mana la nak ingat muka pelayan tu, dah la dalam kesamaran gitu.. last-last kitorg masuk je kedai tu.. tawakkal je la... cehh.. macam ape je.. huhuhu.. dan nasib baik la kedai tu pun best...



ni santapan kitorg. ketam, sotong dan ikan bawal bakar
ketam

26 minit kemudian.. licin


kat situ boleh je makan lauk-lauk tu dengan nasi. tapi kitorg ratah lauk je sebab memang tujuan nak makan ketam je. tapi tak nak nampak macam hape kitorg tambah la ikan bawal dan sotong bakar.. ikan bawal dan ketam adalah kegemaranku.. hehe


orang kata kalau nak anak lelaki kena makan seafood banyak-banyak masa awal pregnancy. saya pernah baca scientific explanation pasal ni. tapi tak berapa nak faham dan ingat.. otak semakin lemau... huhuhu.. tapi memang diakui pun masa awal pregnant saya kuat makan seafood ~mentang-mentang la sini seafood murah.. bila hujung 2nd trimester kurang makan seafood. rasa loya je tekak tengok sotong, udang. ikan boleh telan lagi..


tapi adakah orang di Sabah ramai anak lelaki? tak juga. tengok anak-anak kawan hubby ni ramai je gegirl... huhu

semua tu dah tertulis..


ps: bila nk renovate umah ejauku ni....

No comments:

Related Posts with Thumbnails