Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

MyMaster, MyPhD

Hi all.. ~macam ramai sangat yang baca..


Baru lepas chatting dengan member se-MRSM, merangkap member se-FKM, UTM iaitu Wardah Wahid. Sembang pasal nak buat Master. Dia jadi RA dan lect ketua project tanya nak buat master ke. tapi grant tak banyak so kena tanggung sendiri. saya ni teringat la pasal kerajaan nak biaya RM10000 bagi siapa nak buat master ni.. atas khidmat google dapat la jumpa website yang berkenaan, MOHE website.


Lepas belek-belek MyMaster tangan ni gatal click kat MyPhD.. Tetiba rasa macam nak sambung pulak! Kalau dah ada yang sponsor, tak kisah la dalam negara pun.. Walhal cita-cita saya kalau nak sambung PhD nak buat kat luar.. macam la ada yang nak sponsor!!!


Lepas tu tengok kat MyBrain15, bidang-bidang yang terlibat bagi MyPhD.. Hancur harapan! takde satu pun bidang engineering! yang ada Management & Business, Economic & Accounting, Finance & Banking, dan Humanity. Fikir punya fikir kenapa takde bidang teknikal, lepas tu baru jumpa ayat,

"Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan."


MOTIF?? Kalau ada PhD harus la jadi lecturer kan.. motif sangat boleh bantu menjana pertumbuhan ekonomi? sama je tugas mengajar macam lecturer bidang teknikal kan.. kalau buat research pun pasal apa je ek?? teknikal lagi banyak yang boleh dikaji untuk membangunkan negara.

contohnya marine current turbine.. setakat ni masih dalam kajian, belum boleh di commercialkan.. kalau boleh kaji dengan lebih terperinci dan mendalam, dibantu dari segi kewangan untuk buat research, develop model dan run experiment di kawasan kajian, jika success boleh dicommercialkan untuk generate power. takde la harapkan empangan je.. ok.. kat bawah ni contoh marine current turbine, tapi negara lain punya.. ala-ala kincir angin tapi yang ni under water..





Actually ni project master saya.. buat master pun terkial-kial, ada hati nak sambung. kalau DrOY ada project lagi mesti dia serik amik saya. PEMALAS ya amat!!

Berangan je la.. huhuhu

Friday, January 28, 2011

Kenapa Dengan Si Kanan Azhad?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia~~


Dok baca blog kawan2 cari gak my blog kat blog list depa.. tapi dah terkebawah sangat.. nampak sangat dah lama tak update.. banyak benda nak share tp tak sempat. dalam minggu ni banyak sangat benda yang berlaku menyebabkan tak sempat nk berblogging.. ni tengah type entry ni pun belom tentu boleh terus publish. kang bila hero kecik bangun memang kena save draft dulu la jawabnya.. huhu.. ok.. cukup membebel.. jom mulakan.. errmmmm nak citer pasal apa dulu ye?? pasal Azhad dulu la.. always.. anak comes first!






sian anak ummi.. apa dah jadi? kalau yang ada FB saya mungkin tahu kisahnya.. tapi nak cerita gak.. begini kisahnya. last Sunday (dalam 12am lebih) Azhad tetiba menjerit + menangis. masa tu dia dah berjaya ditidurkan oleh abinya. cara dia nangis tu semacam.. macam bunyi orang sakit. saya ingatkan dia jatuh lagi, tapi tak dengar lak bunyi berdentum. masuk bilik abi cakap azhad terkejut masa nak letakkan atas katil.. pujuk-pujuk diam kejap, letak bawah je nangis balik.. cek punya cek rupanya tangan kanan dia sakit. bagi mainan pun dia tak amik. amik guna tangan kiri je. bila kitorg pegang tangan kanan tu meraung la dia.. so memang confirm tangan dia sakit. bila dah tau sebab musabab baru la boleh tidurkan azhad. tapi tak lama. dia tidur dalam pukul 2 lebih, pukul 3 lebih bangun nangis.. pukul 5 baru berjaya tidurkan semula.. sampai pukul 10.. bangun tu kitorg siap-siap terus gi umah bidan. nasib baik la ada bidan dalam base ni..



@ rumah bidan - sementara menunggu tu azhad diam je.. letak je atas tilam untuk urut dia dah menjerit.. pegang tangan dia lagi kuat raungnya... bidan tu pun macam takut-takut nak urut sebab azhad nangis kuat GILER! rasanya satu blok tu boleh dengar suara dia.. bidan tu cek dan cakap urat belikat azhad lari. dah masuk angin sampai ke tengkuk.. lepas urut beberapa lama baru dapat masukkan balik urat azhad. masa urut tu nak nangis saya bila azhad nangis.. kalau dia nangis sikit-sikit takpe. ni kita tahu dia nangis sebab sakit, sedih dibuatnya.. walaupun saya ni nampak macam garang tapi hati tetap sayang. siapa tak sayang anak yang dikendung 9 bulan terlebih hari ni kan.. huhu






gambar di atas sehari lepas urut.. Alhamdulillah.. day by day si kanan azhad makin ok. dah boleh angkat barang guna tangan kanan. tapi tak boleh nak hayun kuat-kuat lagi.. kalau pegang siku dan pergelangan tangan dia jerit. tapi jerit-jerit manja gitu. dah tak jerit kuat-kuat... sakit-sakit pun masih active bermain. dah boleh meniarap arah tangan sakit tu jugak! kuat anak ummi abi ni!





eh.. mana si kanan azhad?? pandai u sorok eh.. masa ni hari selasa, 2 hari lepas urut. kitorg keluar gi tengok dan beli barang sebelum pindah.. walaupun tangan azhad tak baik sepenuhnya, tapi kitorg keluar gak.. huhu.. tengok tu. singai je lebih.. Alhamdulillah.. hari rabu tu azhad dah ok.. fully recovered. ingatkan kalau tak elok gak nak gi urut lagi... dan nasib baik juga la tak patah ke apa..


errmmm mesti korang tertanya-tanya macam mana boleh jadi macam tu kan? kitorg pun tak taw macam mana boleh jadi.. tapi di sini saya nak list kan beberapa kemungkinan yang menyumbang kepada terkehelnya tangan azhad..

1. selalu jatuh katil - last jatuh SEMINGGU sebelum kejadian. takkan baru nak effect
2. jatuh terlentang time duduk - tak pernah jatuh direct. selalu sempat sambut or ada bantal kat belakang dia
3. timang tinggi-tinggi - jarang sangat timang azhad
4. tarik tangan masa nak dudukkan - selalu buat tapi dia tak nangis pun time tu. gpun dia dah pandai angkat badan bila tarik tangan dia..
5. tidur salah bantal - azhad tidur tak berbantal. hanya berbantalkan lengan ummi or abi or takde bantal langunsg..
6. terlipat tangan masa abi azhad nak letak dia atas katil malam kejadian - inilah kemungkinan yang paling BESAR.. sebab sebelum tidur tu tukar diaper dia masih boleh main guna kedua belah tangannya..


jadi lepas ni kami perlu lebih berhati-hati.. kadang-kadang tu ummi layan azhad macam dah besar padahal baru nak masuk 9 bulan.. harapkan badan je tinggi dan besar macam budak setahun lebih.. huhu..


semoga Azhad membesar dengan sihat dan pintar! menjadi insan berguna dunia akhirat.. menjadi kebanggaan ummi dan abi.. *peluk kuat-kuat* MUAXX

Tuesday, January 18, 2011

Apa Nak Buat Apabila Baby Jatuh

Assalamualaikum..


Nak share sikit tips apa nak buat apabila baby kita jatuh..

1. tengok jatuh mana dulu. depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya)
2. kalau benjol, cepat2 tuam dengan AIS bukan air suam mcm biasa yg org tua kita ajar
3. kalau tak ada apa-apa setakat benjol kepala saja tak payah bawa ke hospital.
4. kalau nak bawa pegi doktor juga, biasanya doktor tak terus x-ray dan tak ada ubat apa pun. dia akan suruh perhatikan dalam masa 24jam lepas jatuh.


Bila anda perlu bawa bayi anda berjumpa doktor?

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar daripada hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah-muntah memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal seperti muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota badan seperti tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan


Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh sebab mungkin ada gegaran pada otak. Kalau retak pada tengkorak saja, untuk bayi doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yang retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.



ni bukan lepas jatuh.. tak sempat nk amik gambar bila azhad jatuh.. saja tepek. macam tak best lak entry takde gambar kan.. hehe..



Apa-apa pun, menghindar lebih baik dari mengubati.. So untuk elakkan anak dari terjatuh LAGI pastikan anak tidak dibiarkan sendirian ditempat tinggi seperti katil, sofa. lebih-lebih lagi anak yang sudah pandai mengiring, meniarap dan seterusnya. kira dah boleh bergerak, tak static je..


sumber:
compilation from forum Cari dan online paper.. nak amik please credit to this blog too.. sharing is caring.. :)

Sunday, January 16, 2011

Jatuh Katil LAGI

Anak korang pernah jatuh katil? Apa perasaan korang masa amik baby tu??

PERGHH.. sure sedih + risau..


Azhad?? BANYAK kali jatuh katil. mula-mula tu tak jatuh ke lantai terus. ada jatuh dalam bakul sebelah katil. ada jatuh dari tilam ke katil. ~boleh refer entry ini..

yang betul-betul jatuh dari atas katil ke lantai 4 kali KOT.. tu yang saya ingat la... yang latest ni pagi buta tadi.


biasanya saya takde la risau. bukan tak risau, tapi risau sikit je. tapi incident pagi tadi memang betul-betul buat saya risau dan sedih. sebab baru 1, 2 hari lepas azhad jatuh. ni jatuh lagi. lepas azhad berjaya dipujuk dan ditidurkan oleh abi dia, mengalir air mata ni. risau dan takut if apa-apa yang tak diingini berlaku. long term effect.. minta-minta dijauhkan lah..


jatuh semalam tu gara-gara ummi tidurkan azhad, tapi ummi yang tidur dulu. azhad tak tidur dan main sorang-sorang.. sudahnya jatuh kat hujung kaki katil.. lepas ni tidur bawah je la. daripada jatuh manjang..


semoga azhad sihat selalu..

Saturday, January 15, 2011

Good News BUT Wrong Timing


Assalamualaikum


Entry kali ni rentetan dari entry lepas


actually dah hint 3 Jan lepas, cuma masih belum confirm je. hari ni dah dapat confirmation..


"Good News BUT Wrong Timing"


Apa yang korang fikir bila dengar/baca this phrase??


"Azhad nak dapat adik ke?"

"Pregnant ke?"

"Dah berisi ke?"


OH!!! Semua ayat di atas mempunyai maksud yang sama.. tapi jawapannya, mestilah TIDAK!!!



FYI, kami akan balik KL hujung bulan ni, 31 Jan.. patutnya balik bulan 3.. tapi kali ni balik buat selama-lamanya... YES!! WAAAAAAAAAA


suka tapi tak best.. ARGHHHHH





Sebab?


PERTAMA - Tak sempat bawa family datang KK.. tiket balik KL bulan 3 dah beli.. planned balik KK semula nanti nak bawa family. dah tetiba dapat signal draf, so cancel la... burn tiket!!


KEDUA - tak sempat lagi pergi Labuan, Tawau, Sandakan, Semporna etc..


KETIGA - tak sempat bawa azhad gi pulau manukan, kundasang etc..


KEEMPAT - tak dapat makan ketam dan sea food lain yang murah2 lagi


KELIMA - susah nak meniaga pearl dan kristal lepas ni..



cukup la 5 sebab tu kan.. tapi yang pasti, frust juga la walaupun happy sebab balik KL....


so sekarang ni sedang berfikir tempat-tempat untuk dilawati sebelum balik KL.. ada 17 hari je lagi.. dan.. berfikir duduk KL nanti nak keja ke, buat bisnes je ke or kedua-duanya.. Azhad lagi.. errmmmm


k la.. nanti2 sambung topic ni..

daaa...

Thursday, January 13, 2011

8 Bulan: Azhad Dah Makan NASI AYAM!!

Weehooo~~~

Last week, 6 Jan Azhad turns 8months.. sudah besar anak ummi.. lagi 4 bulan dah nak setahun... cepat betul masa berlalu!!


Meraikan 8bulan besday azhad, ummi bagi makan nasi ayam.. YUMMY!!!



ehsan atok gugel


Ko biar betul!! tak kan bagi makan nasi ayam kot!! Betul, tak tipu punya.. memang saya bagi azhad makan nasi ayam, tapi bukan macam kat atas tu.. nasi ayam kat bawah ni la.. haha..






Alhamdulillah lepas baik demam hari tu, selera makan Azhad kembali OK.. walaupun time makan tu amik masa agak lama sebab makan + main + tengok tv... huhu.. memang menguji kesabaran. tu tak kira lagi dia main sembur-sembur.. tangan tepis-tepis sudu.. ~actually dia nak pegang sendiri sudu, salah gapai sampai tertepis sudu.. buka bib sendiri ~sebab guna yg velcro


Hari ni pergi monthly check up.. actually takde la monthly pun sekarang ni.. 2 atau 3 bulan sekali sebab azhad dah besar.. ~besar la sangat.. timbang azhad 8.5kg.. naik sikit je dari timbang 6month.. mungkin sebab dia demam last week.. panjang azhad 85cm.. macam tipu je.. sebab kalau saya ukur sendiri macam baru 75cm++.. huhuhu...


Sebut Type pasal demam ni, nak ceritalah kenapa azhad demam hari tu.. beberapa hari lepas azhad baik demam (5 jan, sehari sebelum birthday azhad yg ke 8 bulan), saya tengok muka azhad naik bintik-bintik merah. terus sms hubby, tanya campak ke? amik gambar pun tak nampak sebab bintik-bintik kecil.. dalam pukul 11 lebih hubby balik rumah tengok keadaan azhad. azhad ok je tak meragam pun. tapi sebab hari kejadian tu abi azhad duty, jadi kitorg bawa gi klinik terus.. kalau confirm campak at least dah ada ubat.. tak la ummi hilang akal kalau azhad meragam.. huhu...


gi klinik, suhu azhad normal.. tapi nurse cakap memang demam campak, biasa akan naik after injection 6 bulan.. FYI, ada injection tambahan bagi orang di Sabah.. cuba tengok buku rekod kesihatan bayi korang.. MEASLES.. dok google pasal benda alah ni, tak berapa nak faham sangat since bahasa doktor ni kan.. tapi bahasa kampungnya demam campak lah.. huhu..


bila dah taw azhad demam campak, hubby apa lagi.. cepat-cepat beli buah kelapa 2 biji.. bukan air je taw.. kat sini memang berlambak jual buah kelapa fresh!! huhu... buat minum sikit, mandi sikit.. disebabkan azhad tak reti guna botol susu, kitorg suap guna sudu je. tapi banyak yang keluar balik dari masuk mulut.. dan banyak gak ummi dan abi azhad yang minum.. hehe


esoknya tu kitorg keluar gi bank.. settlekan apa yang patut.. walaupun azhad tak baik lagi, tapi sebab azhad tak meragam kitorg redah kasi pecah je...



ni muka budak demam campak @bank



lepas setel kat bank, ktorg masuk giant nak carikan azhad botol muncung itik.. ada, tapi tak banyak.. abi azhad nak yang ada tempat pemegang lak.. kalau takde tempat pegang tu byk je kaler lain.. pastu banyak yang guna straw je.. sudahnya terpaksa la amik apa yang ada.. kaler pink lak tuh!!




balik tu bagi azhad minum air kelapa guna botol ni, alhamdulillah.. habis juga dia minum.. wahh.. azhad 8 bulan dah guna botol muncung itik.. tak payah guna botol susu.. huhuhu


8 bulan ni, azhad dah pandai guling-guling.. maksudnya dari meniarap, dia terlentang balik.. agak lama gak la nak boleh dari start meniarap 4 bulan.. huhu.. pastu boleh angkat badan tinggi dah.. position macam merangkak pun dah boleh cuma azhad tak berapa rajin.. time dia rajin dia buat la. tapi sekejap je.. time dia tak rajin.. errmmmm... makan, main, tidur dan tidur dan tidur... huhu



abaikan background yang mcm tongkan pecah ittew!




macam hubby cakap, azhad ni jenis try 2, 3 kali tak boleh terus malas.. lepas tu buat balik terus jadi.. macam meniarap dan terlentang balik la.. mula-mula rajin try.. try asik tak boleh je dia terus stop.. lama gak.. lepas tu buat balik terus jadi.. tapi tak best la sebab tak nampak progress sangat.. anak orang lain yang sebaya dia, dah ada yang merangkak, start panjat-panjat.. waaa.. tak bestnya compare anak sendiri dengan anak orang.. ni kan pula kalau orang compare anak kita dengan anak orang.. SAKIT HATI!! ENOUGH!!! biar dia membesar dengan sendiri.. jangan paksa.. just bagi kata-kata semangat je..


sekarang ni azhad dah pandai jerit.. nangis jerit kuat-kuat.. macam kena pukul or sakit je. padahal jerit sebab merajuk nak tidur orang lambat tidurkan.. geram je.. tapi geram kita apa lah sangat.. budak kecik tu punya kuasa lagi power.. ~eh power dengan kuasa samala kan.. dulu masa kecik jarang nangis macam tu, sampai ada orang kata azhad slow.. ~dah tu kalau meragam sampai pakai tangkal tu ok la??


lepas tu kalau bab mainan, dia lebih suka main handphone, remote astro. dan latest, kertas dan plastik.. wah.. macam ni jimat belanja. tak payah beli mainan.. huhu.. bagi main buku or mainan dia yang ada bunyi dan material macam plastik or kertas tak nak pun..


ooo ye... azhad dah tumbuh gigi.. belah bawah, tengah. tapi sebatang je.. ni juga salah satu faktor azhad demam hari tu.. orang kata, "kalau tumbuh gigi dulu, lambat jalan" waaa... sakit hati.. minta-minta tak lah!!!


eh.. azhad dah pandai sebut "ba", "da".. ada ke dia panggil abi dia "da-da", panggil ummi "ma-ma".. huhu


~entry gila panjang gara-gara suka tangguh-tangguh.. all in one gittew..


ps: esok akan tahu confirm ke tak.. rasa macam nak, tapi macam sayang je.. huhu..

Sunday, January 9, 2011

Berita Panas!!!

OMG!!!

tu yang terlintas dalam kepala hotak masa baca berita ni..

nampaknya after 15th march 2011 kena la kembali ke Friendster or blogshop..


nak tahu sebab apa??



Facebook akan ditutup.. boleh baca kat link di bawah

BERITA PANAS


harap-harap beliau tak jadi tutup la.. huhuhu


Tuesday, January 4, 2011

Kisah Demam Azhad

Tajuk macam hape!!!!


Alhamdulillah..

tika entry ni di type, badan Azhad dah tak panas lagi.. lama gak dia demam kali ni.. kalau ikutkan ni 1st time azhad demam panas, tu yang kami risau sangat.. before ni kalau demam pun acah-acah je. kejap panas, kejap normal balik suhu badan dia.


azhad start demam hari jumaat. petang tu abi dia dah rasa badan dia panas. tapi ummi dok sangkal, cakap kalau tangan kita sejuk memang pegang orang rasa panas.. tapi dalam hati mengiyakan juga.. malam tu, abi takde gi dinner sempena new year, ummi dengan azhad je.. rasa badan azhad panas.. cuak dibuatnya.. tapi just buat apa yang patut.. bagi makan, makan ubat, tampal kool fever dan tidurkan azhad. payah gak azhad nak tidur malam tu.. pkl 11 lebih baru dia tidur.


putih la pulak anak ummi ni..



hari sabtu azhad demam lagi. tapi suhu badan kejap panas giler, kejap panas sikit. tapi masih panas dari biasa. hari ahad azhad tak kebah juga. sudahnya kitorg bawa gi klinik 1malaysia. kalau ikutkan malas sebab tahu mesti doc bagi ubat je. tapi sebab risau, kitorg pergi je. suhu azhad hari ahad tu 37 deg.. macam tak percaya je sebab badan dia panas. balik dari klinik bg makan ubat, nampak sihat sikit. siap boleh main-main, jerit-jerit, gelak-gelak.. lega rasa tengok dia dah sihat.. tapi bila malam, badan azhad panas balik. merengek je.. tak sedap badan agaknya... kepala tu tak payah cakap la, bukan takat lumur kepala dengan air daun bunga raya, dengan bunga sekali kitorg campur. siap tilam pun basah lencun.. huhuhu



boleh main lagi.. *abaikan background




semalam, isnin pagi badan azhad panas lagi.. tengah hari ktorang keluar uruskan hal sikit, azhad mengamuk je.. orang demam diusung kesana sini. kalau kita orang tua dewasa demam pun marah orang bawa kehulu-kehilir.. balik dari keluar tu terus mandi, makan dan tidur.. sampai la ni. rasa badan dah tak panas, peluh je menggantikan panas badan tu. Alhamdulillah.. dah kebah la tu kalau dah berpeluh. sepanjang demam ni langsung tak berpeluh. selimutkan dengan selimut tebal pun dia tak buang. biasa tu, selimut nipis a.k.a kain napkin tu pun dia buang..



kepala sangkut kat bawah kepala katil




gambar atas sebelum kitorang keluar tengah hari tu.. demam-demam pun aktif lagi. sampai tersangkut kepala kat bawah kepala katil tu. tak leh gerak baru dia bising-bising minta bantuan.. huhhu..


bila abi azhad cakap, "demam azhad pindah kat abi" taw apa saya jawab?? "biar la orang tua demam. budak demam risau macam-macam" itu la power of love ibu terhadap anak.. so hargailah ibu kita.. apa yang kita rasa sekarang, sama jua apa yang ibubapa kita rasa terhadap kita.. huhuhu..


later, akan cerita pasal kisah entry sebelum ni...

ermmm.. dapat good news hari ni.. tapi macam agak frust sikit sebab macam wrong timing.. apakah?? orang terdekat je yang taw.. will revealed later once dah confirm..

daa...

Saturday, January 1, 2011

New Year with Tears!

Mood sedih.. lama tak nangis!!

I ended my 2010 and started 2011 with tears.. alone!!! ~hubby ada dinner new year


"Ya ALLAH, Kau laknatlah mereka yang mengambil hakku.. Kau lipatgandakanlah rezekiku menggantikan apa yang telah mereka ambil"



nangis sambil peluk tidurkan Azhad. "semoga rezeki yang dalam dakapanku ini Kau pinjamkan sehingga akhir hayatku"





Related Posts with Thumbnails